Nursing


Sunday, 30 September 2012

first week

first week of surgery is now over. so far, still okay lagi. need to move to gear 2 plak masuk second week ni. urology. semoga dipermudahkan segala-galanya. oncall untuk first week dah settle hari ni. 16 more to go, in 8 weeks. semangat!!!

di kesempatan menulis ini, saya ingin mengucapkan,


HAPPY BIRTHDAY 

to 

Nur Wafiatul Zahra binti Abdul Muhaimin
30 September 2012 (5 year old)


and to


Nurul Najwa Abdul Latiff
1 Oktober 2012 (20 year old)


may Allah bless both of you always.












now i'm off to sleep. too tired postcall syndrome.







-adios-




Sunday, 23 September 2012

surgery

Bismillahirrahmanirrahim.


esok start rotation baru.  phew. bismillah. surgery selama 8 minggu ke depan. Semoga dipermudahkan, dilancarkan segala urusan, diberikan kesabaran yang tinggi. amiiin.












-adios-



Happy Birthday September!

Happy Birthday to



Amzar!!!
23 September 2012 (2 tahun dahhh yeayyy!!!)


Mamu Min
6 September 2012 (31 tahun)


Mami Jah
5 September 2012 (32 tahun)


Mama Dilla
4 September 2012 (33 tahun)











-adios-




Friday, 21 September 2012

kehkeh






Baca lagi di sini dan sini.












p/s : atleast i know someone who worked really hard on this. hua3. bai.












-adios-









Wednesday, 19 September 2012

#3 Travel Indonesia : Gunung Bromo, Jawa Timur, Indonesia

hola! oleh kerana keboringan yang amat. mari kita tulis pasal travel mentravel. wohooo.

kali ni, aku nak cerita pasal Gunung Bromo plak. haaaaa, kat mana tempat ni, boleh la baca di sini dan sini. Complete. Actually Bromo ni antara gunung berapi yang still aktif kat indonesia ni. tapi masa aku pi dulu takde la tengah meletup ke apa. kalau meletup, depa memang tutup tempat untuk melancong tu. Budget trip aku ni adalah sekitar bulan May 2010, 2 tahun yang lepas, jadi mungkin harga pon dah naik ke apa, tempat dah lain ke apa, aku pon taktau. sebab tak salah aku last year, ada sekali gunung ni meletup and depa tutup sat, tapi taktau la lepas tu apa jadi. so, sebelum nak pi sana, confirmkan dulu status gunung tu, baru decide trip camne. bereh.


Jawa Timur's map. Bromo ni terletak antara Probolinggo, Lumajang and apa ntah lagi, korang nampak tak bulatan tu?


ok start. aku dan 6 orang lagi member aku sewa sebijik kereta toyota avanza dengan seorang driver skali. kami gerak dari surabaya around 10-11pm sebab niatnya sampai kat bromo tu around 3-4 am untuk tengok sunrise. keta pon gerak dan perjalanan malam yang takde jem langsung tu ambil masa around 2-3jam jugak untuk sampai kat satu checkpoint ni. checkpoint ni kira dah 1/4 jalan untuk sampai ke look out point gunung bromo ni. dari checkpoint ni pulak, kami kena sewa satu lagi jeep kecik dan kami disardinkan dalam jeep tersebut. nanti hal budget berapa aku bagitau kat bawah ni. biasanya kalau datang dengan travel agent, jeep ni dah masuk skali dalam bayaran depa. tapi disebabkan kami datang sendiri, so kami terpaksa nego sendiri harga dengan pakcik-pakcik yang bawak jeep ni. jeep die comel wooo. hahaha...

btw, aku tak ingat la kat mana pintu masuk Taman Nasional Bromo ni, ada tempat die tapi aku lupa kat mana, kena bayar gak la untuk masuk ke tempat ni, around 16,000 Rp per person.  ok sambung balik. dari checkpoint ni menuju ke look out point gunung bromo-semeru ni, ambil masa lebih kurang 1 jam gak la untuk sampai ke checkpoint 2, sebelum sampai ke look out point tadi. sakit bontot toksah cakap la sebab jeep tu kecik dan jalan nak naik atas tu, subhanallah, super kecik, super berlubang, super mendap dan gelap yang amat serta berkabus. kagum gila pakcik tu leh bawak jeep tu dengan konfidennya. setelah sampai di checkpoint 2, kami kuar la dari keta. wakaka. lawak bodo. semua orang tau. takde, masa sampai tu, kami terus pi toilet. hahahahaha... sejuk nak mampus. ada la dalam 10-15 degree kot. kehkeh. masa checkpoint first tadi pon dah start sejuk, tapi taklah sejuk macam kat atas ni wuwuu.

dari checkpoint 2 tu, kami kena jalan sekitar 10 minit camtu, mendaki jalan tar yang tak seberapa tinggi sangat, baru sampai kat look out point. masa tu dah around 3-4 am dah kot, and kat atas tu orang pon dah start ramai. oh ye, sepanjang checkpoint 1 ke checkpoint 2 tu banyak je hotel-hotel kecik yang wujud. so, kalau nak tido situ pon boleh, tapi kena book awal pasai besa mat saleh penuh kat kawasan ni. sepanjang dari checkpoint 2 ke look out point, ada macam-macam mende orang-orang local ni jual dan sewa. ada sewa winter coat, baju sejuk, ada yang jual mafla, topi tutup telinga, jagung bakar, maggi cup, air panas dan macam-macam la. gerai-gerai jual air panas dan makanan-makanan ringan dan berat pon banyak. tapi harga toksah cakap la. tapi papehal aku still enjoy makan jagung bakar panas-panas kat atas tu, sempoi gila rasa. haha.

bila dah sampai lookout point tu, kami pon berjimba sambil kira bintang dan sambung garis-garis bintang untuk tengok buruj. tapi semua gagal sebab semua pon fail ilmu falaq. ape la nak jadi budak-budak zaman sekarang ni. ish3. tak lama lepas tu, tibalah waktu solat subuh bagi kawasan gunung tersebut dan sekitarnya, maka kami pon solat la kat surau open yang dah disediakan tu. ya ampunnn, dingin banget masa nak amek wudhu. layan je la. macam mandi ais pon ada. haha. layan... dah abih solat, tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua orang, melihat sunrise!!! haha... aku ni asal travel je tengok sunrise, dah takde mende lain agaknya. kehkeh. nak wat camne, ciptaan Allah yang satu ni cantik sangat kalau nak diperhatikan. hihi.


Gelap lagi time ni... nampak kepala orang ngan camera orang je. haha...


dah cerah sket tapi takde sunrays...


tengok punya tengok, satu-satu  sunrays kuar, tak lama pastu, taraaaaaaaaaaaa, cerah dah. haha. lepas dah cerah, apa lagi, bergambar lah semua orang. kehkeh...


Subhanallah, cun gilaaa!








abih bergambar, kami pon turun pi kat checkpoint 2 tadi, dari situ, kami naik jeep tadi, turun ke tempat kawah gunung berapi. wohooo. sebelum sampai ke kawah gunung berapi tu, jeep tadi boleh stop hanya kat tempat parking jeep je. dari tempat parking tu ke kawah gunung berapi, kami kena jalan around 10-15 minit, kena naik jalan yang agak berbukit around 10 minit dan kena panjat tangga around 10 minit untuk tengok kat dalam kawah tu ada apa. haha. penat gila panjat tangga tu. tinggi nak mampus. hahaha...

dari tempat parking jeep tu ke tangga tu pulak, ada perkhidmatan menaiki keldai atau kuda untuk ke situ. harga boleh nego. usually keldai tu orang nego around 20,000-50,000 rupiah kot untuk perjalanan pergi balik. kuda tu up sket la, around 50,000-70,000 rupiah. jaga-jaga sebab disinilah tempat tourist kena ketuk dengan harga yang tak logik. ada ke naik kuda, perjalanan pergi balik harga 100,000-150,000 rupiah. mahal nak mampus. baik bawak kuda sendiri je wuwuu.


nampak tak keldai dan kuda tu? kehkeh... pastu kat tangga tu, ada macam pit stop kat tengah tu, untuk amek nafas. haha...


dah sampai kat tangga tu, kami pon panjat la dengan gigihnya. longgar skru lutut aku wei. hahaha... pastu dalam perjalanan nak naik panjat tu dan jugak bila sampai kat atas tu, ada la makcik-makcik jual maggi cup ngan air panas... kalau-kalau korang nak feeling-feeling breakfast kat sebelah kawah yang berbau sulphur yang sangat enak itu, boleh la beli... harga standard je, mahal seribu dua je dari tempat biasa. kehkeh.


Kawah gunung berapi yang mengeluarkan bau best gila...



Ni bukit berlumut, sebelah kawah tadi...


View dari atas kawah, nampak tempat parking jeep tadi and ada macam temple ke pejabat ke apa ntah kat situ...


Bergambar di atas kawah gunung berapi...


dah abih bergambar segala macam, kami pon turun la balik ke tempat jeep. dari jeep tu, kami pon keluar Taman Nasional tu dan menuju ke checkpoint 1 dan ber-reunion bersama pakcik driver keta yang kami sewa tadi. wohooo... sampai kat checkpoint 1 ni, baru la kami ber-breakfast kat situ. hihi. dah abih breakfast, kami gerak turun pi balik surabaya... eh tak, kami lanjutkan perjalanan ke Pantai Pasir Putih, yang ni aku malas nak cerita pasal pantai die tak menarik dan takde apa sangat pon nak dicerita. wahahaha...


Comel kan jeep ni. hahaha... siap ada pakcik jual bakso agi depan ni... haha...


Himpunan jeep jeep comel...



overall untuk trip bromo sahaja, ni aku bagi roughly punya budget la.

sewa kereta avanza + driver + minyak = 300,000 - 400,000 Rp / kereta / 24jam
sewa jeep dari first checkpoint = 500,000 - 700,000 Rp / jeep
bayaran masuk taman nasional bromo = 16,000 Rp/ person
makan + minum = +- 50,000 Rp/ person

aku pi hari tu bertujuh, so total budget sorang, ada la around 250,000 Rp sorang, iaitu around RM 100 la sorang. boleh la kan untuk perjalanan 24 jam dan backpacking punya trip. kehkehkeh.




cam keta mainan. hahaha...

  
tak paham apsal aku and ika tak terlompat...
  

Gambar setelah diedit... 


Sekadar gambar hiasan. muahahahahahaha...



sekian dari bilik berita.





p/s : nak pi sini, better sediakan baju sejuk yang cukup. memanglah tak sesejuk winter kat mana-mana negara, tapi ada bulan-bulan tertentu yang suhu kat sini boleh mencecah 1-5 degree. so better standby jer kan. kehkeh.








-adios-






Tuesday, 18 September 2012

boring

argggghhhhhh... boring... serious boring...

kerja dah siap (yeke?wahahaha), kelas ganti tinggal esok je lagi sehari, pastu cuti lagi, passport pon tgh dok renew visa. krohz...

dah selamat jelajah segala blog yang dah dibookmark kat laptop ni. now taktau nak buat apa. nak tido kang awal sgt. nak berbbm ngan pokcik, pokcik baru belayar pi memancing tadi sampai next week. krohz.

tadi tepon emak. kesian emak kat rumah ngan ayah kelip2 mata dua orang. hehe. oh and payyad demam... kesian payyad, takpe la, demam tumbuh gigi and sebab baru pandai merangkak. cayalah payyad!

sekarang aku nak sambung keboringan balik. bai.



-adios-

Monday, 17 September 2012

ospek 2012 - a thought from a senior *updated

hola. hari ni mari membebel pasal ospek 2012. btw, ospek is orientasi. ospek malaysian ni actually tiap-tiap tahun dijalankan selama 3 hari 2 malam, merupakan acara Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Surabaya, dengan kerjasama Kelab Umno Luar Negara Cawangan Surabaya. venue ospek ni bertukar-tukar tiap-tiap tahun dan tahun ni venue adalah di Institut Agama Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya.

sebenarnya banyak yang aku nak tulis. bukan nak, aku dah tulis dah pon, tapi bila aku fikir balik, biarlah menjadi simpanan aku saja, untuk aku ingat-ingat balik suatu ketika nanti. sebab? sebab aku dah mula malas dan muak dengan drama surabaya. tak tahu lah ni memang masalah junior, atau masalah generasi. hrmmm.

setelah dipendekkan karangan panjang yang telah aku karang, aku simpulkan beberapa point sahaja.


  • sepanjang 5 tahun berada kat sini, ini adalah ospek terteruk pernah aku tengok. bermula dengan masalah junior, senior dan panitia serta ajk yang sangat lemah.

  • junior seperti biasalah, masalah generasi, pantang ditegur, pantang dimarah dan mungkin hilang rasa hormat kat senior ataupun orang yang lebih tua. ditegur cara duduk yang agak kurang sopan, korang buat dekk, bila senior tengking marah, korang melenting balik. tak faham apa yang korang nak. lebih menyakitkan hati bila kita marah, eh, ada plak yang cakap "mak bapak kami pon tak pernah marah kami". well, that explains very well why sesetengah di antara korang ni perangai macam ni. dik, ingat sikit, Islam tu ajar biar sopan dan sabar. bila korang melenting balik, mana pergi ajaran Islam yang korang cakap korang  tahu tu? nak marah dengan kenyataan ni? silakan. pendapat aku, aku bebas nak lontarkan.

  • masalah senior. mungkin perbezaan pandangan sesetengah senior berbeza. yang menjadi permasalahan, ada benda yang boleh dibawa berbincang terlebih dahulu, akhirnya "menjatuhkan maruah" sesetengah senior lain. mungkin senior yang tidak pernah menyertai ospek atau pernah lari dari ospek mempunyai pandangan berbeza dengan senior yang pernah mengikuti ospek. maaf andai kata apa yang aku cakap ni tak sesuai. tapi jikalau ilmu agama sesetengah senior ni lebih tinggi, tegurlah dengan baik, bukan dengan cara menjatuhkan depan junior-junior ni semua. mungkin ilmu agama sesetengah senior ni tak setinggi kalian yang "tahu dan belajar" ilmu agama ni, tapi rasanya korang pon tahukan macam mana nak tegur sesuatu kesalahan orang lain? 

  • bagi senior perempuan yang merasakan tindakan kami, yakni sesetengah senior perempuan lain ni melampau dan menjatuhkan maruah junior, maka, datanglah kepada kami dan tegur secara baik, berbincang. bukannya menyuruh senior lelaki(yang juga junior kepada kami) untuk menegur secara terang-terangan di hadapan junior. (*updated : ni actually salah faham. takde sape suruh, memang intention senior lelaki tersebut)  tegur ke tu? nampak macam protes and cari gaduh ada la. apa bezanya kami dengan anda semua kalau macam tu? sama la jugak, kita saling menjatuhkan maruah masing-masing, tak ke? dan kalau menegur sesuatu, janganlah membuat seolah-olah kami tidak tahu ilmu agama langsung. ingat, kami pon tahu Allah itu ada, Allah itu wujud. ;)

  • dari segi pengurusan ospek kali ni sangat lemah. terutama bab-bab makanan. gelas yang dipakai seingat aku masa dulu tu, junior makan, junior minum, maka junior lah yang membasuh. kali ni? ajk yang jaga bab-bab makanan entah kemana, sedia makanan then lepas tangan. akhir sekali YDP yang basuh gelas semua. bagus lah sangat. ini belum dikira dengan beberapa hal lain yang sangatlah panjang kalau nak dibebelkan kat sini.

  • kesimpulannya, ospek kali ni tak menarik langsung. macam gagal pon ada kot. haha. aku ni bukanlah manusia jenis pembuli masa ospek. mungkin aku lantang bersuara bila tiba hal disiplin dan punctuality, tapi untuk membuli, jauh sekali. aku sendiri selepas diospek pada tahun 2007 tak pernah berfikir untuk membalas dendam. sebut memanglah selalu, tapi bila berhadapan dengan junior, hati aku ni takde pon nak marah-marah korang. tapi satu je aku mintak, untuk ospek yang 3 hari ni, berdisiplinlah, tahanlah sabar, tepatilah masa dan kerja yang diberi tu tolonglah siapkan. kalau kerja dalam masa 3 hari ni korang tak dapat siapkan, apetah lagi la kerja-kerja lain yang korang dapat masa belajar nanti dengan assignment yang bertimbun dan dateline yang sentiasa mengejar. oh dan tak dilupakan, actually masa yang diberikan untuk korang solat takkan berganjak kalau korang tepati masa at the first place. sekian. ;)

back then in 2007, look, how innocent we were! haha



the beauty of unite, after ospek 2007 habis...






maaflah kalau tulisan ni mungkin menyakitkan hati banyak pihak. ini adalah pandangan aku yang aku rasa aku berhak nak kemukakan. buang yang keruh, ambil yang jernih, takde niat untuk membuli melainkan untuk melatih anda semua untuk lebih berdisiplin. percayalah, perjalanan kat bumi indonesia ni jauh lagi mencabar dari apa yang anda jalani di ospek. kalau anda rasa ospek memaksa anda melakukan perkara-perkara bodoh dan memalukan, menjatuhkan maruah, percaya lah hidup anda disini, terutama bagi yang mengambil jurusan medic, dentistry, pharmacy dan veterinar, perjalanan anda semasa di universiti, jauh lebih mencabar. perkara bodoh dan memalukan tu adalah asam garam untuk berjaya dan lulus dalam bidang yang diceburi. tak percaya? tunggulah bila sampai masa. aku dah melalui dan sedang melalui dan mungkin akan terus melalui. tapi nak buat macam mana, layan~

oh dan mungkin aku tak belajar agama setinggi mereka yang ambil pengajian dalam bidang agama, tapi atleast, aku masih ada pegangan agama aku, and aku masih tau menjaga maruah aku. peace.


segala yang baik adalah dari Allah, dan segala yang buruk juga adalah dari Allah, tapi atas kekurangan dan kekhilafan aku sendiri.


p/s :

  1. Kalau tulisan ni pon panjang, korang bayangkan draft aku yang tak terpost tu sepanjang apa lagi. hahaha...
  2. ada sorang hamba Allah ni tulis mcm ni pasal ospek "ingat ko boleh push everybody around sepjg hidup ke???" NOBODY said ospek is about to push everyone around for the ENTIRE life UNLESS, orang yg ckp tu actually cant let thing go. ospek is ospek. after ospek, kita sama je, no senior no junior. peace.







-adios-





Friday, 14 September 2012

aku dah cakap dah...

haa... aku dah cakap dah... ni haa bukti...
















semua pon dah berjangkit lagu hantu... haha.. lagho lagho... abaikan kakdilah punya 2 last lirik tu... tetiba masuk ramlah ram. haha...









nah, ni untuk orang yang terlampau obses dengan iphone baru... iphone 101 pon orang dah leh predict dah. hahaha...















p/s : sumber gambar last dari fb ni.







-adios-




Thursday, 13 September 2012

lagu berhantu

hahhhhh... tu dia..... tetiba kuar segala lagu hantu dalam pikiran.

takde.

sebenarnya, lagu hantu yang aku maksudkan ialah lagu yang once dia dah masuk dalam kepala, dia akan sentiasa terngiang-ngiang.

aku bagi contoh dua lagu ni.

Masa kecik-kecik dulu, di saat tidur petang dengan lena, tetiba dengar lagu ni...

"paaadddllleeeee pop! yeay! paaddllleeee pop! wow!"

ataupun lagu ni...

"matcool matcool kawanku, mari kita ikut matcool, main-main selaluuu, syoknya syoknya ada mat cool"

terus bangun tido dan bangun korek tabung lalu mengejar pakcik jual aiskrim yang akhirnya kantoi dating ngan anak jiran sebelah... haa haa, pandai menggatai.

takde. okay. sambung. haa. pastu bila dah dapat aiskrim tu kan, lagu-lagu tu, satu hari masuk dalam otak aku. turun tangga nak pi dinner pon leh lompat-lompat nyanyi matcool matcool paddle pop paddle pop. annoying gila aku dari kecik sampai sekarang. hahaha.

lepas tu, ada lagi lagu berhantu lain. tergantung apa yang masuk kat otak dan jadi terngiang-ngiang...


dulu aku pernah terngiang lagu ni beberapa hari...

"ini tidak adil tidak adil... bagiku... ini tidak adil tidak adil bagimuuu"

yang lagi annoying, part ni je la yang satu hari aku dok ulang-ulang-ulang-ulang sampai member rasa nak sepak. haha...

sama la ngan lagu ni..

"and i swear that i dont have a gunnnn, no i dont have a gunnnn, no i dont have a gunnnnnnnnnn"

part tu je la dok ulang. hang pasaipa? tetiba nak menyumpah saya tidak ada pistol pasaipa?


ye, itulah aku yang agak gila. -__-"


those were NOT the worst case. satu hari ni, member indian aku, dok nyanyi-nyanyi lagu ni kat sebelah aku, right beside my ear......

"la la la la la la... sing the happy song..."

tau apa akibatnya nyanyi lagu ni kat sebelah aku?



dekat nak seminggu aku jalan-jalan dalam spital sambil nyanyi lagu ni... annoying tak annoyingnya the smurf punya happy song.








korang tau lagu apa tengah ada dalam otak aku ni?





"kuatkan radio kuatkan radio andaaaaaaaaaaa... aku yang patuttt... yang patuttt" (sambil buat gaya sleek)






siot punya najwa latif. dah 3 hari aku terngiang lagu ni... haish.











-adios-



Tuesday, 11 September 2012

Malindo Airways




KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Tuesday announced the setting up of a new low-cost airline known as Malindo Airways.

Najib said the airline, borne out of a collaboration between National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) and Indonesia's PT Lion Group, would begin operations on May 1 next year and be based in KLIA 2.

The collaboration, said Najib, not only marked another milestone in the nation's aviation industry, but also represented yet another facet of the close relationship between Malaysia and Indonesia.

"To my mind the acronym Malindo- the melodic combination of the names of Malaysia and Indonesia - has very significant historical connotations, reflecting the long intertwined history of the peoples of our two countries.

"In terms of this to be established airline, I believe the name reflects the bridging of the two countries by way of a wide network of flights that will connect various cities and towns regionally, opening new destinations for travellers from within the Nusantara and beyond," he said after witnessing the signing ceremony for the establishment of the airline between the two companies, here.

Najib said the entry of the new airline was a timely move to meet the burgeoning market demand, both for low cost flights and maximum connectivity across the region especially between different cities in Malaysia and various parts of Indonesia.

He said, with significant experience in Airline Operations, MRO (Maintenance, Repair and Overhaul) services, Supply Chain Management and Human Capital development, NADI and PT Lion Group would not only be able to provide quality services to their consumers in the region, but also to the global aviation industry.

"This will fortify the Aviation Business ecosystem both in Malaysia and Indonesia. Furthermore, the partnership will provide the regional low-cost air travel market with healthy competition, ultimately benefiting low-cost travellers in both countries," said Najib.

According to the prime minister, the Malaysian Aerospace Industry, which has grown tremendously over the last 20 years, will be well poised to meet the challenges and to seize the opportunities of the future if it was continuously nurtured.

In 2011, Najib said, the industry generated RM26bil in turnover, employing approximately 54,000 workers, 15,000 of whom were skilled in various vocations.

"This is something that we, as Malaysians, can take pride in, particularly because it is a testament to the success of the National Aerospace Blueprint (NAB) that was introduced in 1997," he said.

The Blueprint laid out 45 recommendations covering aerospace manufacturing, commercial aviation, general aviation, systems and space, to provide Malaysia with the essential framework to develop itself as technologically and competitively competent global aerospace player by 2015.

The introduction of the Government's Economic Transformation Program (ETP) further bolstered Malaysia's Aerospace industry, identifying two Entry Point Projects, namely "EPP1-Growing MRO Services" and "EPP2-Growing Large Pure Play Engineering Services", which were expected to contribute RM16.9bil to Malaysia's Gross National Income (GNI) and create over 32,000 jobs by 2020, added Najib. - Bernama











p/s : May next year? tak sempat la merasa naik. kehkeh.. untuk penggelaran doktor nanti leh kot insyaAllah. he he he.







-adios-



Sunday, 9 September 2012

heart medicine

lately ni, semacam je aku ni. lain macam. macam asyik cepat marah, cepat sensitif, ntah apa jadi aku pon tak tau. haha...

maybe i need this...







and this, perhaps...


















mak, nak nasi goreng pattaya macam ni pleaseeeeeeeeeee!






p/s : credit pictures from IloveAllaah's fb and random google picture.







-adios-







Wednesday, 5 September 2012

#1 oops i did it! : Typo : Examples, cases, and lessons.

Case 1
dalam family group wassap.

kakdilah    : tadi dalam paper, ada orang buang babi kat depan skolah umie azie dulu!
abanglim   : perghhh! biadap! biadap!
aku             : erm... babi ke baby?


...........................................................................................




Case 2 
bbm aku dan pokcik

aku        : ganu kena 2-0 ngan atm..... t-team kena bantai ngan sarawak sampai 6!!!
pokcik  : ish3... doprok ngattt ganu...
aku        : butler ngan cmj punya pasal... doprock cettong... berat nananggggg...
pokcik  : beraaaaak nanang!!
aku        : erm. berat ke berak? ee jeyyy.. smelly talk. not good not good...
pokcik  : ler, smelly talk pulak dahhh.....


...........................................................................................




Case 3
YM aku ngan member budak skolah rendah (si A)

A     : best ke dok sana?
aku  : boleh la untuk hidup kan... skali skala blaja hidup susah...
A     : dahtu tiap-tiap hari pi kelas naik apa?
aku  : naik beca je... takkan naik kera pulak... mana ada duit...
A     : haa? nape kena naik kera?
aku  : *keta la keta... bukan kera...



...........................................................................................









Learn the lesson :

1. Learn to differentiate the spelling between english and malay. Kerana satu huruf, rosak satu ayat.

2. Mind what do you type. Sometimes, your brain translate the word you want to say or listen, to the word you want to write, even ejaan tu sebenarnya salah. Pendek kata, bunyi kadang-kadang menentukan ejaan, tapi berbalik kepada tadi, kerana satu huruf, rosak satu ayat, beserta maksudnya sekali. Tak pasal-pasal ayat sopan menjadi smelly talk. yekyek... hana ajane busuk...

3. ALWAYS crosscheck your spelling before pressing ENTER. Minor mis-spell leads to major mistake. For example, who the hell in this world want to ride on a monkey to go to school. Its keta(singkatan to kereta), not kera! 

4. Be careful with the letter above, down, right or left from the letter you want to type or write. Again, remember, minor mis-spell leads to major mistake.

5. Smelly talk is not good and unhealthy.









Kaqak Ajane and kaqak Hana smelly.










Mejar ngan Payyad dduli mende..... tido lagi bagus....














p/s : monkey is NOT a kind of transportation. -__-"








-adios-







life goes on

HUARRRRRRRGGGGGGGHHHHHHHHH.....


sejak-sejak sampai surabaya ni asyik ngantuk ngantuk ngantuk... padahal bukan kat lab busy pon... lab yang oncall pon tarak. haha... tapi ngantuk gak... taktau la apsal... mungkin kat msia kurang tido kot... hahaha... kalau la mak baca ni......... lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiii*


alhamdulillah latest news from my friend, Faiz dah recover very well... dah siap bleh cakap dan bergurau dah kata golfrennya kepada aku tadi... alhamdulillah... :)


pastu... apa lagi ntah nak cerita... tadi kat rumah member bukan main banyak idea. sekarang i have no idea... wakaka...

okay bai.






p/s : thanks to zati and errol for the news. your kindness is very muchhh appreciated.





-adios-





Tuesday, 4 September 2012

Faiz Nasir

Salam. 


My friend Faiz Nasir skarang dalam condition yang tak berapa bagus di ICU Sungai Buloh due to  jangkitan kuman kat otak (as far as i know from his friend... meningitis maybe???). And they said depa tebuk leher untuk bantu pernafasan (tracheostomy maybe???) Anyhow, please do pray for him. Ya Allah, sembuhkanlah dia dan berikanlah apa yang terbaik untuk dia. Amin.













p/s : a year ago die yang prihatin gila datang tanya aku okay ke tak masa arwah kawan aku meninggal... hrmmm... semoga dia cepat recover and dijauhkan dari sebarang komplikasi lain. Amin ya rabbal alamin.






-adios-




Sunday, 2 September 2012

last day

huaaaaarrrrggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

cuti

aku

dah

habes

.................................................................................................

berbalik kepada dunia nyata. esok dah balik ke surabaya "tercinta". mari pasrah beramai-ramai.

well, papehal, last day aku kat ganu sepanjang cuti ni dah berjaya di-spent sepenuhnya. bermula dengan pickup pokcik kat jeti, pi bf, antar bus station, balik umah, main ngan payad and ajane, lelap sat, bangun tido dengan rasa homesick pasai pikir esok dah nak balik + emak tengok crite hisdustan lama 'sangam' tu, tetiba rasa homesick, hahahaha, aku gila, pi kat mrsm azie, tolong ngorat budak skolah bagi pihak azie, panggil nama boipreng azie kat ladang basketball, shopping baju kat hock kee seng, masak spageti bolognese yang terover pedas kat ayah(sorry ayah, ter-pedas plak), packing barang, update laptop, transfer lagu, movie, etc, dan sekarang, mengarang blog. 


maka, dengan ini, diisytiharkan, cuti saya di terengganu, tamat.












less than a year. few months left. semangat! semangat! semangat!


















semangat yang hilang...~~~











hoi, main-main, main-main.





and its time to say goodbye to all teletubbies and monkeys. goodbye all. see u in few months time.








-adios-






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...