Nursing


Sunday, 8 July 2012

#2 Travel Indonesia : Taman Safari Indonesia II, Pasuruan, Indonesia

hai semua! memandangkan this weekend kami semua off dari segala mak nenek oncall yang ada, maka kami pon pergi berjalan-jalan melihat haiwan-haiwan di safari. sebenarnya kami pi sambil bawak budak exchange student jalan-jalan sana. hua3.

Taman Safari Indonesia II ni terletak kat Prigen-Pasuruan yakni on the way nak pi Malang. amek masa dekat nak 2 jam jugak la nak pi sini. Disebabkan ni Taman Safari, so haiwan dia dilepaskan bebas. Jadi, actually, kita masuk ke dalam kawasan hutan simpan untuk tengok binatang-binatang yang ada. So, sampai-sampai je, beli tiket, then kita boleh pilih untuk naik bas safari atau nak naik kereta sendiri untuk tengok dalam kawasan Taman Safari ni. kalau naik kereta sendiri, ada certain tempat, kita leh bukak tingkap and feed the animals. tapi kalau dah nampak leapord rimau singa terang-terang kat sebelah, toksah la dok gatai sangat nak bukak tingkap and bajet feed the animals sangat. korang la sebenarnya "feed the animals" depa. hahaha. oh, untuk harga tiket masuk, Rp 60,000 untuk dewasa, Rp 100,000 untuk tourist and untuk kanak-kanak kalau tak salah Rp 50,000 kot. itu harga untuk masuk and tengok je, tapi untuk main game dalam tu, kena tambah lagi ikut game.


so, selepas beli tiket, kami pon naik la bas safari yang disediakan, pusing-pusing dalam safari. jumpa banyak binatang tapi aku malas nak upload semua, so enjoy je la.


ni nama dia Marty. Dari zoo New York --> Madagascar --> Africa --> Indonesia.



ni zirafah ye adik-adik. depa tengah makan.




ni ostrich... comel gila die cium cermin bas. haha.


banyak lagi gambar, tapi malas nak upload. tengok kat fb je la eh. pastu yang kat atas tu semua haiwan-haiwan yang tak berapa nak serang orang. kalau macam singa, beruang, leopard, memang ada satu kereta ranger standby kat tepi tu takut pape jadi. kalau macam binatang kat atas tu, korang tengok la gambar zebra tu siap ada pakcik leh sapu-sapu kat situ. hahaha.

lepas abeh round, last station adalah park. so dalam ni ada macam theme park, animals show, baby zoo and banyak lagi. animals show yang aku sempat tengok semalam tu, ada show gajah and show dolphin. dua-dua show best. pandai gila binatang-binatang ni. especially dolphin. rasa nak gigit je sebab comel sangat. pastu kami pi Baby Zoo, so sini ada haiwan-haiwan liar yang baru nak membesar and ada jugak yang dah remaja-remaja. and dengan membayar Rp 10,000 per haiwan, anda leh bergambar sambil peluk-peluk kiss ke apa dengan haiwan-haiwan tersebut. jangan risau sebab ada ranger kat sebelah tu dengan ubat pelali yang cukup di poket mereka. hahaha. 

so, aku memilih untuk bergambar ngan harimau remaja ni. perfect couple kan rimau ni ngan aku? hahahaha.





ni orang utan tengah berguling-guling tak paham apa motif, so aku amek je gambar depa. haha.



haaa. hamek kau, Simba mengaum. hahahaha. padahal menguap. Simba ni few minutes before kami masuk dalam ni, ranger stop sat proses nak amek gambar ngan die ni. pasal die macam emosi tak stabil. die bangun mundar-mandir pastu bagi jelingan tajam sampai ranger pon cuak. haha. pastu bila die duduk, ranger tu cakap, haa meh sini nak amek gambar ngan die ni tapi takleh bising-bising. kena diam-diam je. kami pon cepat-cepat amek then blah. haha.



haa ni muka bla wei blaa...

dah taklarat dah nak tulis. exchange student time ni blah pi mana ntah tengok animal show. haha. 

setelah itu, kami keluar dari Taman Safari untuk ke Kebun Teh, malangnya, cuaca tak berapa nak best, jadi trip kami itu pon menjadi trip pi makan burger gedabak and hotdog panjang kat Malang. pusing-pusing Malang sat, then balik Surabaya balik.

Overall trip, okay la, jimat. pasai kereta pakai kereta budak indonesian kat atas ni, so just tong-tong duit minyak, and makan pon parents budak indonesian ni belanja. haha. alhamdulillah. so tinggal bayar duit masuk Taman Safari tu je la. burger ngan hotdog tu plak birthday girl kat atas ni yang pakai spek mata tu belanja. haha. alhamdulillah.

next trip pi Malang, kena pi Agrowisata untuk petik strawberry, oranges and apple, Kebun Teh, and Jatim Park. takpe, masih ada beberapa bulan lagi di sini. sempat kot. hehe








-adios-


No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...