Nursing


Sunday, 29 July 2012

rest

too many things jadi. i need a rest. a long and peaceful one.




-adios-

Tuesday, 17 July 2012

aiyarkkk

hai. pandai adalah apabila masak tomyam seafood lepas tu lupa bahawasanya aku belum mengambil ubat lalu terjadilah reaksi keradangan di seluruh badan berupa urtikaria. damn.

AKU EXAM MINGGU DEPAN WOI. ok. exam minggu depan tapi masih berblogging. haha. rasa nak hantuk kepala sendiri kat dinding. lepas tu, sejak dua menjak ni macam tension suka ati aku je. pastu marah, marah dan marah. hahaha. hobi saya marah. saya seorang pemarah. gilo ke apa. ok fine. serious.

tapi serious, aku sejak-sejak jadi DM ni, menjadi seorang yang lebih amarah. pantang tension sket, abeh la sape-sape kena marah ngan aku. haha. tadi pon aku sempat marah orang lagi kat ward. marah junior. ye aa, oncall malam, px baru masuk tak settlekan DMK(kind of status yg DM kena isi). padahal korang kan kena check, tinggal tulis je pon. last-last DM stase yang kena buat. pastu bila aku tanya apsal tak buat, leh lak jawab, sebab jaga ward cardio ni penat, tak macam jaga ward tropik and paru. yinadei. naseb la ko belum masuk ward-ward interna besar lagi, belum ko jaga ER interna lagi. postcall je konfem pengsan tak hengat. ada je alasan. haha. bebel plak kat sini. maaf, aku memang la kurang senang sket ngan junior-junior baru masuk ni. pathol tak hengat. tensen gue.

yang bestnya, dua tiga hari ni ngan pokcik-pokcik skali asyik kena marah. hahaha. maap pokcik, guwe tensen. hahaha. tapi cam tak besa lak pokcik kena marah. bak kata pokcik, blog dah best dah nama relax cool lepak, tapi tuan blog tak reti nak lepak. whoops. sentap mak nyah. ok bai.

btw, tadi aku baca whatsapp group family aku, adei, ayah chik(abang ayah aku) tengah tenat. hrmmm... hari tu masa balik abg aku kawen, sempat jugak pi tengok dia kat rumah. tu pon ayah paksa pi tengok sebab ayah kata, takut nanti tak sempat. so, pagi-pagi before flight balik surabaya, gigih jugak pi rumah dia jenguk. taknak cerita panjang-panjang nanti banjir satu rumah huaaa.

pastu aku rasa alhamdulillah sangat dengan life sekarang, dan rasa tak sabar nak balik next week berpuasa sampai raya kat malaysia bestnya Ya Allah. Thank You Thank You Thank You Ya Allah. bahagia dapat spend time with family tercinta. hehehe...

pastu tadi aku godek-godek tumblr and seperti biasa la, banyak mende-mende best untuk disharekan, layan~













p/s : and its nice when someone said, "its okay, everything's okay" at the time you realllllllllllly messed up every single thing. thank you, you. ;)






-adios-









Sunday, 15 July 2012

Malu

Kriing kriing...

Aku : hello, selamat siang, DM jaga bercakap.

Orang kat telpon : haa. DM, ce tlg tgk sat alamat Pak S tu dok kat mana?

Aku : haa. Okay2. Sat.

Orang kat telpon : okay.

Berlalu pegi kat status-status px, belek satu-satu, cari nama Pak S.

Tetiba...

Nurse : DM, carik apa? Sape talifon?

Aku : ni haa, ada orang call nak alamat Pak S.

Nurse : Pak S? Pak S mana?

Aku : ntah la.

Nurse pi kat telifon.

Nurse : helo. Haa, nak carik alamat Pak S mana?

Beberapa saat kemudian, terdengar suara mengilai dari telifon.

Nurse : (sambil pegang perut tahan gelak) DM, jumpe tak status Pak S.

Aku : takde pon. Huhu.

Nurse : haha. Memang la takde, Pak S tu bukan px, Pak S tu Ketua Nurse dekat sini. (Sambil sambung mengilai).

Aku : ooo ye ke... Mana la nak tau... (Sambil berlalu pergi tangan tutup muka, nyorok bawah meja)...















Goodbye all. My life is ironic.







-adios-






Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

Saturday, 14 July 2012

miss

Apparently, these few days, I tend to remember and miss someone who used to give me this quote before,





Il n'y a qu'un bonheur dans la vie, c'est d'aimer et d'ĂȘtre aimĂ©







Thank you for that quote. I think I know now how does that feel. :)









p/s : Al-Fatihah.



-adios-



Thursday, 12 July 2012

:)



happiness comes after pain
it comes at the moment we never expected

keep praying
and believing

the time will come

just


have faith in Him, just have faith

insyaAllah

a journey to a complete life, perhaps... maybe...



-adios-




Monday, 9 July 2012

alhamdulillah





For everything, Ya Allah, everything. Alhamdulillah.










-adios-




Sunday, 8 July 2012

#2 Travel Indonesia : Taman Safari Indonesia II, Pasuruan, Indonesia

hai semua! memandangkan this weekend kami semua off dari segala mak nenek oncall yang ada, maka kami pon pergi berjalan-jalan melihat haiwan-haiwan di safari. sebenarnya kami pi sambil bawak budak exchange student jalan-jalan sana. hua3.

Taman Safari Indonesia II ni terletak kat Prigen-Pasuruan yakni on the way nak pi Malang. amek masa dekat nak 2 jam jugak la nak pi sini. Disebabkan ni Taman Safari, so haiwan dia dilepaskan bebas. Jadi, actually, kita masuk ke dalam kawasan hutan simpan untuk tengok binatang-binatang yang ada. So, sampai-sampai je, beli tiket, then kita boleh pilih untuk naik bas safari atau nak naik kereta sendiri untuk tengok dalam kawasan Taman Safari ni. kalau naik kereta sendiri, ada certain tempat, kita leh bukak tingkap and feed the animals. tapi kalau dah nampak leapord rimau singa terang-terang kat sebelah, toksah la dok gatai sangat nak bukak tingkap and bajet feed the animals sangat. korang la sebenarnya "feed the animals" depa. hahaha. oh, untuk harga tiket masuk, Rp 60,000 untuk dewasa, Rp 100,000 untuk tourist and untuk kanak-kanak kalau tak salah Rp 50,000 kot. itu harga untuk masuk and tengok je, tapi untuk main game dalam tu, kena tambah lagi ikut game.


so, selepas beli tiket, kami pon naik la bas safari yang disediakan, pusing-pusing dalam safari. jumpa banyak binatang tapi aku malas nak upload semua, so enjoy je la.


ni nama dia Marty. Dari zoo New York --> Madagascar --> Africa --> Indonesia.



ni zirafah ye adik-adik. depa tengah makan.




ni ostrich... comel gila die cium cermin bas. haha.


banyak lagi gambar, tapi malas nak upload. tengok kat fb je la eh. pastu yang kat atas tu semua haiwan-haiwan yang tak berapa nak serang orang. kalau macam singa, beruang, leopard, memang ada satu kereta ranger standby kat tepi tu takut pape jadi. kalau macam binatang kat atas tu, korang tengok la gambar zebra tu siap ada pakcik leh sapu-sapu kat situ. hahaha.

lepas abeh round, last station adalah park. so dalam ni ada macam theme park, animals show, baby zoo and banyak lagi. animals show yang aku sempat tengok semalam tu, ada show gajah and show dolphin. dua-dua show best. pandai gila binatang-binatang ni. especially dolphin. rasa nak gigit je sebab comel sangat. pastu kami pi Baby Zoo, so sini ada haiwan-haiwan liar yang baru nak membesar and ada jugak yang dah remaja-remaja. and dengan membayar Rp 10,000 per haiwan, anda leh bergambar sambil peluk-peluk kiss ke apa dengan haiwan-haiwan tersebut. jangan risau sebab ada ranger kat sebelah tu dengan ubat pelali yang cukup di poket mereka. hahaha. 

so, aku memilih untuk bergambar ngan harimau remaja ni. perfect couple kan rimau ni ngan aku? hahahaha.





ni orang utan tengah berguling-guling tak paham apa motif, so aku amek je gambar depa. haha.



haaa. hamek kau, Simba mengaum. hahahaha. padahal menguap. Simba ni few minutes before kami masuk dalam ni, ranger stop sat proses nak amek gambar ngan die ni. pasal die macam emosi tak stabil. die bangun mundar-mandir pastu bagi jelingan tajam sampai ranger pon cuak. haha. pastu bila die duduk, ranger tu cakap, haa meh sini nak amek gambar ngan die ni tapi takleh bising-bising. kena diam-diam je. kami pon cepat-cepat amek then blah. haha.



haa ni muka bla wei blaa...

dah taklarat dah nak tulis. exchange student time ni blah pi mana ntah tengok animal show. haha. 

setelah itu, kami keluar dari Taman Safari untuk ke Kebun Teh, malangnya, cuaca tak berapa nak best, jadi trip kami itu pon menjadi trip pi makan burger gedabak and hotdog panjang kat Malang. pusing-pusing Malang sat, then balik Surabaya balik.

Overall trip, okay la, jimat. pasai kereta pakai kereta budak indonesian kat atas ni, so just tong-tong duit minyak, and makan pon parents budak indonesian ni belanja. haha. alhamdulillah. so tinggal bayar duit masuk Taman Safari tu je la. burger ngan hotdog tu plak birthday girl kat atas ni yang pakai spek mata tu belanja. haha. alhamdulillah.

next trip pi Malang, kena pi Agrowisata untuk petik strawberry, oranges and apple, Kebun Teh, and Jatim Park. takpe, masih ada beberapa bulan lagi di sini. sempat kot. hehe








-adios-


Friday, 6 July 2012

oh my english!

hai. sejak hari isnin yang lalu, Morning report kami telah disajikan dalam bahasa inggeris kerana ada exchange student yang datangnya dari US, France, Norway, Canada, Spain dan lain-lain. Oleh sebab itu, nak taknak, terpaksa la depa ni bercakap dalam bahasa omputih.

aku sendiri memang la fail bab2 cakap ke tulis ke dan lain2 lah dalam bahasa omputih ni. grammar toksah cakap la, bak kata ayah aku, has been have been had been, who cares? hahahaha.

nak dijadikan cerita, member aku yang menyajikan morning report tadi, selepas melaporkan jumlah px yang masuk dengan segala assessment dan data-data yang diperlukan, maka, disajikan pula setelah itu, 2 cases yang masuk untuk didiskusikan bersama. First case adalah (sebagai contoh), 

Member aku : Puan M, 32 year old, she works as... (dia stop sat)... erm... mother... mother... (sambil tengok kat audience mencari jawapan yang sesuai)

Audience : what mother?

Member aku : This one... (sambil tunjuk kat slide, word die adalah "Ibu suri rumah tangga")

Audience : oooooohhhhhhhh... housewife..!

Member aku : he he...





Sebenarnya takde la kelakar sangat kisah tu... but the thing is... cara member aku tu sebut mother... mother... masa nak cari perkataan yang sesuai tu, bunyi macam die nak mencarut. hahahahahahahahahaha. aku taktahan nak gelak... mother... mother... macam apa je bunyi. hahahaha...





dah2, aku tau korang pon dok tengah pikir carutan mother... mother... apa kan. hahaha.







p/s : Air Asia tengah buat tiket promo ke Surabaya. Travel period 10 August 2012 - 22 May 2013. Booking period : 28 June 2012 - 8 July 2012. Come on, 2 hari lagi! Anda boleh dapatkan semurah RM 109! mari mari mari. untuk tour guide, saya ada. hehe *tertakhluk terma dan syarat.




-adios-




Thursday, 5 July 2012

5 July
















Don't know if really the person I met exactly a year ago is the one, but I believe, Kunfayakun, if its meant to be, it will happen. It's in the hands of Allaah & I'm at peace with that. Have faith.









-adios-





Wednesday, 4 July 2012

Nisfu Syaaban

Salam Nisfu Syaaban.

Maaf Zahir dan Batin.










































p/s : sampai satu tahap, aku dah malas dengan semua menda. SEMUA.







-adios-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...