Nursing


Friday, 15 June 2012

15 June 2012

Selamat awal pagi 15 June 2012. Aku bersiaran langsung dari ward Pandan 1(Interna Lelaki). Oncall yang sangat stress. So far.

What to do, jaga ward hari ni, dapat pulak dengan doc yang erm, pelik dan aneh. Aku stress. Sumpah tak tipu. First time aku jaga berlinangan air mata kat ward. Huhu. Untung Fun datang tolong petang tadi, dan sesungguhnya dia pon memahami kestressan aku bila tgk doc tu tadi. Ya Allah, beri la kesabaran dalam hati ini. Biarlah apa nak jadi, janji, aku takde dendam ngan orang yang mcm ni. Huhu.

15 June 2012. Potteng nak nikah tarikh ni. Lepas asar kot. And yes, aku sorang je yang still stuck kat sini. Oncall yang tak berhabisan. Semoga ganjarannya juga sebegitu, tak berhabisan.

Ah, banyaknya mengeluh. Merasa berdosa. Hrmmm. Takpe. Setidaknya minggu depan, pada ketika dan saat ini, aku dah kat KLIA, tengok kapal terbang, atau mungkin layan makan KFC sorang-sorang. Apa kaitannya? Kehkeh.

Mesti orang yang baca ni ckp, aik ada masa plak nak berblog? Sebab pada ketika ini, aku baru je boleh duduk dengan aman. Tapi dapat serangan nyamuk yang superhebat. Adalah 10 dah kena gigit nyamuk.

Aku taktau nak buat apa. Tak boleh nak tido, fikiran berat. Ada satu px yg kena observasi ketat. Hrmmm.

Nak bercerita ngan pokcik, dia dah tertido. Biaq pi la. Besok berperang lagi katanya. Tapi bukan game plan dia. Kot. Aku bukannya paham sangat. Mengiyakan je setiap kata. Tanpa memahami. Kehkeh. Untung orangnnya bersabar. So far. (Sebab belum tau perangai aku yg super annoying).

Cakap pasal annoying. Tadi sembang2 ngan exbos. Ada ke dia cakap aku annoying. Tidakkah dia sedar bahawasanya dia berjuta kali lagi annoying dari aku? Hampeh betoi mamat tu.

Cepatlah subuh. Setidaknya bila dah subuh, setengah jam lepas tu dah mulai cerah. Bila mulai cerah, aku dah boleh mandi dan tukar baju. Bermaksud, tak lama selepas itu, habis sudah oncall aku kat tempat ni. Hrmmm. Semoga lancar untuk 5 jam lebih berikutnya.





Ya Allah,banyaknya nyamuk.






-adios-



Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

1 comment:

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...