Nursing


Saturday, 19 May 2012

#1 Travel Indonesia : Tanjung Papuma, Jember, Indonesia

Selamat tengahari rakan-rakan. Tadi pagi saya telah bangun jam 10.30am kerana kelelahan setelah bercuti dengan bestnya di Tanjung Papuma, Jember, Jawa Timur, Indonesia. Ini merupakan trip entah keberapa kali di sekitar Indonesia, namun, trip pertama kali ke Jember. Trip yang lain-lain before this kalau saya rajin saya tulis la blog. kuang kuang kuang.

Sekarang, mari bercerita. Pada hari Khamis yang lalu, saya dan rakan-rakan iaitu Fun, Bah, Saffy dan Ros telah ke Papuma. Penat woi tulis karangan camni. ok. kami bertolak dari Surabaya pada jam 11.00pm kerana perjalanan ke sana mengambil masa sekitar 5-6 jam, dan kami mahu melihat sunrise disana dan tidak mahu menginap disana, maka, kami mengambil keputusan untuk bertolak malam. Saya yang post-oncall ketika itu tidur tak sedar diri di dalam kereta, hanya bangun ketika mahu ke toilet. hua hua hua.

Kami sampai di Papuma pada jam 4.00am. Setelah membayar Rp7000 per person dan Rp2000 per kereta untuk masuk ke tempat percutian Papuma itu, kami segera singgah ke surau terdekat untuk menunaikan solat fardhu Subuh. Setelah itu, kami menaiki kereta sekali lagi untuk naik ke look up point untuk melihat sunrise. Setelah parking, kami perlu mendaki tangga yang agak tinggi untuk sampai ke gazebo look up point. Kami sangat penat mendaki, namun, pemandangan yang kami perolehi ketika berada di look up point sangatlah best dan tidak mengecewakan, Subhanallah! Kuasa Tuhan tu hebat ye rakan-rakan semua. Bersyukurlah!


View dari look up point Tanjung Papuma, 0500am.


Subhanallah! tengoklah ombak tu! cantik!!!


Setelah puas mengambil gambar, kami turun ke bawah dan tukar baju kerana kami nak bermain pasir dan snorkelling. Tapi sebelum itu, kami haruslah breakfast dulu kerana semua dah lapar tahap nak melahap seekor panda. Kami breakfast Mee Goreng, Telur Goreng, dan Nasi Goreng dan juga tidak dilupakan, minum air kelapa. enak woo!


Air kelapa sedap, Rp6000


View pantai pagi sebelum kami breakfast.


Tetiba terjumpa Cik Awa plak kat sini. Muahahaha.


Subhanallah!!!

Setelah kenyang, kami ke Tourist Office untuk snorkelling. Malangnya, kami disuruh tunggu sehingga jam 0800am. Tunggu punya tunggu, jam 0900 kami tanya lagi kerana ada satu rombongan datang, dan terus boleh snorkelling. Apabila kami bertanya kepada pihak pengurusan, katanya rombongan itu sudah booking sejak semalam lagi. Kami disuruh tunggu 2nd trip pada jam 1000am. Padahal masa tu, saya dah tak berharap, sebab biasanya kalau kat msia, around 1100am tu if snorkelling air dah start keruh sbb arus makin kuat. Camne nak snorkelling kalau air keruh tak nampak pape kan. Jam 1000am apabila first trip rombongan itu kembali, kami bertanya lagi. Sangkaan saya tepat sekali, depa cakap air dah start keruh, so tak nampak sangat pon. damn sungguh pakcik tu. ada ke satu trip je satu hari. dah tau macam tu, bukak la dari jam 0600 trip untuk snorkelling. dah la ramai yang berminat. teruk sungguh pengurusan. masa dekat redang dulu, jauh lagi bagus and senang kalau nak snorkelling. hampeh tol. eh, ter-emo pula saya. maaf.

Setelah hampa kerana tidak boleh snorkelling, kami pon pergi ke sekitar pantai sambil hentak-hentak kaki kerana bengang gila. Lalu kami berguling-guling diatas pasir dan mandi laut ho yeahhh. best gila. ha ha ha ha. Kami berendam di dalam laut sekitar satu jam, kemudian kami bermain futsal pantai dan beach volleyball. Setelah penat, kami pon mandi dan kemudiannya makan tengah hari. Kami makan nasi goreng, nasi putih, ikan bakar, sotong masak masam manis dan aiskrim paddlepop. Kami minum macam besa la, air kelapa lagi. ha ha ha.


Tertido kerana kepenatan menunggu ikan bakar yang lama gila nak masak.


Faktor penyebab kenapa semua perut tetiba mengandung 9 bulan.

Setelah kenyang dan perut sedang membawa anak 9 bulan, kami menjalankan sesi photography di tepi pantai. Masing-masing menjangok. hua hua hua. Tetapi kami sedikit kecewa kerana matahari takdak kerana hari mahu hujan. Tapi takpe, kami tetap enjoy bergambar macam orang asli tak penah jumpa camera. Ada kami kesah? Tidak.
Sebelum pulang, kami terserempak rakan Indonesia sekuliah kami yang datang ke pantai tersebut bersama keluarganya lalu saya sebagai photographer yang berkaliber(sedikit la) mengambil gambar mereka lompat macam monkey. whoops. tapi saya pon ada juga melompat macam monkey. hua hua hua.


Say "monkeyyyyyy"


Freaking love this picture!!!


Tempat kami guling-guling.


Makcik penjual topi.


Tetiba jadi makcik pemakai topi.

Setelah penat memonkeykan diri, kami pun pulang sekitar jam 1730, setelah menunaikan Jama' dan Qasar Maghrib dan Isya'. Walaupun penat, kami tetap gembira menikmati alam sekitar yang telah dihadiahkan oleh Si Pencipta. Kami tidur dengan lenanya sepanjang perjalanan balik dan sampai di rumah tepat jam 2300 malam.



hadiah. he he he he he.







Cerita tammat.







p/s :
1. Tanjung Papuma bukan kat Papua ye rakan-rakan, Papua tu ada malaria. wuwuu.
2. Makanan kat sana murah. Ikan bakar tu baru Rp75000. Kalau kat surabaya, ikan sungai yang tak fresh, bakar macam tu, dah Rp50000.
3. Overall trip, transport, minyak, makan, tiket masuk is less than Rp 250,000.00 @ RM 85/person. And if nak snorkelling (rent equipments with a pemandu), only have to add up Rp 50,000 @ RM15/person.








-adios-


5 comments:

  1. fewit..saya tahu siapa F kuang kuang kuang

    hahahah, klakar la cik awa kurus je nyorok blkg pokok

    ReplyDelete
  2. haha. cik awa tetiba magic plak jadi kurus... takpe lah, atleast nnti dia muat dress merah dia untuk prom night nnti. muahahahahahaha

    siapa F? siapa? haha.

    ReplyDelete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...