Nursing


Saturday, 5 May 2012

tired

good morning saturday! phew. baru balik dari spital. postcall and i'm super duper tired, even though i slept for almost 4 hours yesterday (tapi bukan straight, bangun skejap2 pasal kena observe px. wuwuwu).

yesterday was a long tiring day. seriously a long one. Kepala otak aku mula berserabut kerana panggilan telifon ittewwwwwwwww. luga ehh loo.

few days ago i got 3 miscalls from malaysia number, satu dari call tu aku angkat dan ada orang berbahasa melayu di talian. sudah kusyak something fishy kerana numberku itu tak banyak orang yang tahu. untuk mengecilkan scope pencarian, ada beberapa orang yang sudah aku agak sebagai penelifon number aku yang best itu. masa aku angkat call skali tu, beriya cari member dia, even aku dah cakap, salah number, dah la masa dalam MR(kantoi angkat phone masa morning report hahaha), aku tanya cari sape, die bleh plak tanya aku ni sapa. aku pon tak tau, sape yang call sape ni sebenarnya?

selepas panggilan telifon itu, sehari selepas itu, sekali lagi aku mendapat panggilan telifon yang sama, tapi disebabkan masa tu tengah kerja kat ward and phone dalam posisi silent mode, jadi sekali lagi, terjadilah ia sebuah miscall sahaja. wakaka. dan sepanjang itu, telah aku lakukan soal siasat kepada beberapa orang yang aku syak berkait dengan si pemanggil itu. dan seperti dijangkakan, tiada kesimpulan yang dapat dilakukan. kah3.

semalam, ketika baru sahaja mahu melantak mee ayam bakso yang baru sampai di depan mata ketika breakfast, tiba-tiba, sekali lagi, aku dapat panggilan telifon. aku pon angkat la. akhirnya si pemanggil mengenalkan diri. akhirnya. dan sesungguhnya itulah orang yang aku syak dari awal. muahahahaha. sometimes my women instinct is just too good. Thanks Allah for this speciality. he he he.

maka bercakaplah saya dengan beliau. dan akhirnya, terjadilah sebuah drama. aku tak paham apsal hidup aku kena banyak drama sinetron sangat. bahana dok kat indon gamoknya. wahahaha. pasrah je la. dan drama itu berterusan sehingga ke msg fb dan sms. seketul bukti dikeluarkan namun malangnya itu memakan masa 2 tahun yang lalu. di zaman aku tidak mengenali sesiapa kecuali aku. pergh, ayat novel siot. okay poyo.

aku bukanlah jahat sangat, aku pon bukanlah baik sangat, dan aku bukanlah bodoh sangat. segala benda yang jadi yang ada tuduhan mendadak, melulu dari orang yang tak pernah aku kenal, haruslah aku research dan kaji terlebih dahulu. bahkan, sebelum terjadi kisah drama semalam, aku dah berjuta kali bertanya soalan yang sama kepada tuan punya diri, dan jawapan sama diberikan dengan jaminan, sila tanya kakak dan adik saya kalau tidak percaya. dan yang lebih membingungkan, cerita kedua-dua belah berbeza sama sekali. macam langit dengan bumi dan macam air masin dengan air tawar. maka, dimanakah posisi aku? mungkin diatas pokok antara langit dan bumi, atau mungkin di atas benteng di antara air masin dan air tawar. pergh. cukup sudah kehiperbolaan ini.

sekarang ni, aku taktau mana nak percaya. aku kenal yang ni lebih dulu, dan ada jaminan yang aku rasa apa yang dia ni bagitau, benda betul, tapi aku still rasa ada something yang dihide-kan. yang sorang lagi ni, aku kenal baru saja, dan kenapa baru datang sekarang kalau dia dah tahu lebih lama? dan lagi aku pelik, kalau dah tahu perangai yang ni ni macam tu, kenapa anda stay sampai sekarang? sanggup anda gadaikan hidup berharga anda itu untuk perangai yang macam ni(yang seperti kata andalah kan)?tak sayang hidup ke apa?


nak sayang orang tak salah, tapi kalau dah memperbodohkan diri sangat sebab sayang orang, then, hrmmm, i let u judge.


for now, aku taknak involve dengan masalah drama korang. malas. penat. serabut dan terbantut nafsu makan mee ayam bakso aku.


 tapi satu mende yang aku pasti, Allah tu adil. korang jangan la main2 dengan Tuhan. karma tu ada. what goes around comes around. dan yang lagi best korang tau apa? doa orang teraniaya tu dimakbulkan.

situation ni antara dua je. antara seorang itu memang penipu dan pemain hebat. atau mungkin seorang lagi pemfitnah berjaya. dan aku taknak tuduh sape2. like i said, i let God settle this case. Dia lebih tahu siapa yang bercakap benar. and if one day Dia dah tunjuk, semoga Dia ampunkan dosa2 korang.






above all, I'm sorry if apa aku tulis ni mungkin menyakitkan hati beberapa pihak. 


aku penat dan aku nak tido. bai.




p/s : i dont do catfight. meow~



-adios-

No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...