Nursing


Friday, 25 May 2012

rindu

hai. pada petang tadi, adik saya yang bernama Awa moksmoks telah mewassap didalam group family kami untuk bertanya soalan yang emak tanyakan kepada kakdilah tentang apa yang mau dilahap untuk dinner. tiba-tiba saya yang menjawab apa yang mahu dilahap untuk dinner. wuwuu.

saya menyenaraikan segala makanan yang saya suka suruh mak saya masak lantas tiba-tiba saya juga tersenaraikan masakan yang arwah nenek saya selalu masak ketika saya di sekolah rendah. tiba-tiba saya jadi rindu pada zaman itu. zaman 3 beradik(saya dan abang 2 orang) berada di sekolah rendah, balik berjalan kaki ke rumah indawan(nenek). sungguh indah rasanya pada masa itu. hu hu hu.

pada ketika darjah 1 sampai la darjah 6, saya bersekolah tidak jauh dari rumah nenek saya, dan juga pejabat tempat ayah saya bekerja, tapi saya lebih sering pulang ke rumah nenek rasanya. kot. indawan(nenek) akan memasak masakan yang pada ketika itu, saya rasa biasa, tapi pada ketika ini saya rasa sedap gilos wuwuu. antara masakan bestest indawan masak adalah, ayam masak kicap, ikan kembung goreng, ikan kembung sumbat, sarok lada, bubur lambuk pedas dan yang paling best adalah nasi @ mihun goreng yang sangat unik kerana indawan akan memasukkan keropok lekor sekali didalamnya. sedap betul wooo. bubur lambuk indawan sangat sedap, dan  yang bestest nya adalah, mak saya dah pandai buat bubur lambuk sedap nak mampos macam indawan buat. sekarang tiba-tiba saya jadi tidak sabar untuk pulang berbuka puasa pada bulan Ramadhan nanti.

tiba-tiba saya merasakan saya juga merindui masakan ibu saya. masakan ibu saya yang paling sedap didunia pastilah Nasi Halaman Dhuha. hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh turut serta memakan menu ini kerana ia adalah rahsia kerajaan emak saya. selepas itu, saya sangat suka sup sayur labu ikan cebis pedas yang emak slalu buat setiap kali saya pulang kerana hanya saya yang suka nak mampos menu itu di dalam keluarga. haha. selepas itu, ayam berkhelah yang emak saya masak juga sedap. oh oh and mee goreng basah mak saya masak super sedap sehingga menjilat jari. oh oh ngan sotong sumbat mak masak untuk dimakan petang hari juga sedap. saya tidak boleh menyenaraikan masakan sedap lainnya kerana semua mak saya masak sangatlah sedap. haha. saya tak bodek emak saya cop.

tiba-tiba, saya juga teringatkan kereta merah inda yang bernombor plate TD 744. sungguh classic. kereta itu berjasa kepada kami 3 beradik. hal ini kerana, pada suatu hari, hujan yang sangat lebat di musim tengkujuh telah menyerang kami, dan kami stuck di sekolah bertiga beradik. Lalu, inda sebagai hero malaya, mendrivekan kereta merah classic terbabit dan mengambil kami bertiga di sekolah. Akhirnya, kami sampai juga ke rumah inda dan indawan dengan selamat dan tanpa basah kuyup. haha. begitulah cerita bagaimana kereta itu berjasa kepada kami.

saya juga mengingati bagaimana rumah inda dan indawan itu sangatlah best menjadi tempat permainan kami ketika kecil. saya suka lepak bilik yang indawan selalu rehat petang2. homai. saya rasa saya still boleh ingat bau bantal kat bilik tu. bau rumah lama. huaaa. rindunya. kat bahagian atas rumah inda and indawan, ada banyak bilik disitu. saya suka main dalam bilik Mama(kakak sulung mak saya) kerana disitu lah banyak barang-barang perhiasan rambut yang boleh saya mainkan. oh, dan juga di bilik Sumah(adik perempuan bongsu mak saya), kerana disitu ada kipas pengantin yang sudah tidak dipakai. haha. main kawen2 plak. bengong betul masa kecil2 dahulu.

pernah juga ketika kami pulang kampung berhari raya(pada masa itu, kami still dok penang), pada hari raya pertama, kami semua bangun pagi kerana dikejutkan oleh berita musang yang panjat pokok mangga belakang rumah indawan, lalu terpeleot dan terjatuh dengan cunnya di belakang rumah itu. kesian musang tersebut kerana mati on the spot. itulah kali pertama dan kali terakhir saya melihat musang real dan live. rumah saya sekarang ayah saya cakap ada juga musang slalu masuk, pasai tu ayam suka tido atas pokok sebab musang makan ayam. namun, saya tidak pernah menjumpai musang terbabit. yang saya tahu hanyalah berita ayam atas pokok yang tidur pada waktu malam diatas pokok, kemudian hujan dengan lebatnya dengan kilat sabung menyabung pada malam terbabit, dan kemudiannya ayam tersebut dipanah petir kerana petir telah memanah pokok tersebut. arus elektrik yang mengalir tanpa penebat akhirnya menjadi penyebab kematian ayam tersebut. kesian ayam itu. this is real story. no kidding. kematian ayam tersebut hanya disedari beberapa hari setelah kejadian setelah PokMat terbau bangkai dan kemudiannya mencari sumber bangkai tersebut yang berakhir dengan penemuan tragis ayam tersebut. Rest In Peace, ayam.

ah, kalau nak ditulis, banyak gila memori masa kecil kat rumah tu. dari zaman balik sekolah jalan kaki, sampai la zaman balik sekolah menengah naik bas ke rumah indawan. bestnya bila mengenangkan zaman dulu. zaman sekarang? budak sekolah rendah balik jalan kaki sorang macam tu kena culiklah jawabnya. huhu...

apa-apa hal, pada hari ini saya ingin menyatakan kerinduan kepada semua keluarga saya. yang masih hidup, mahupun yang sudah meninggal dunia. Al-Fatihah. 

semoga memori ini terus kekal di benak minda sampai mati. antara pengalaman berharga yang mengajar erti hidup sebenar. i love them all.



ni lah sarok lada sedap...


ni pon. sape nak pos surabaya angkat tangan!!!




p/s : 

1. saya kurang memori bersama nenek dan atuk di belah ayah saya. hal ini kerana nenek meninggal ketika saya masih kecil dan atuk saya meninggal ketika ayah saya berusia 10 tahun. inda(atuk sebelah emak) pula meninggal pada ketika saya berusia 8 tahun dan indawan meninggal pada ketika usia 16 tahun. Dan ketika indawan meninggal, saya berada di situ, di katil hospital tempat beliau menghembuskan nafas terakhir. dan Alhamdulillah, sepanjang indawan sakit, walaupun ketika itu masih budak hingusan belasan tahun, tapi saya diberi peluang berbakti kepada nenek saya indawan. semoga selepas ini, saya terus diberikan peluang untuk berbakti kepada keluarga saya pula, InsyaAllah.

2. image dari google.com.






-adios-


2 comments:

  1. ana! gambar ayam kena panah petir ade kat fb kd.. cer cari tgk. kd amek gambor tu.. kot nak bubuh kat blog nie.. hahaah! lepas tu musang kat rumah HD pon pernah mati kat pondok jaga.. di syaki terkena arus letrik kat atas tu.. lepas tu pok jatuh mati depan rumah.. pok mat tanam bangkainye..

    kedua.. nak makan sedap sokmo duduklah di Ganu.. ye.. keje di hospital HSNZ bukan di hospital tanah merah.. hahaha! so that hari2 buleh makan mak masak yg sedap giler walapon hanya nasi goreng atau masak lemak kuning ikan tenggiriw.. weiii, sayur labu pedas pon feveret kd la.. cuma skrg kd x buleh menghayatinya sbb perut kd dah jadi perut cap ayam.. huwaaaa!

    ReplyDelete
  2. spital tanah merah hari2 leh makan nasi kerabu ori.wakakakakakakakakakakaka

    ReplyDelete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...