Nursing


Wednesday, 16 May 2012

attitude shows altitude

attitude shows altitude. and its not backward. understeng people?

talking about attitude. aku ni bukanlah seorang yang baik sangat. kadang-kadang aku main hangin tak tentu pasal, kadang-kadang aku main sembur je orang suka hati aku tapi atleast, aku tau aku salah. hua3. kaitannya?

takde. hari sabtu hari tu ada Annual Grand Meeting untuk malaysian socitey kat surabaya ni haa. sebagai ajk bawahan yang masih lagi bertugas sebelum dewan dibubarkan, maka, aku ditugaskan untuk jaga post daftar dan post undi skaligus. aku kurang senang dengan beberapa attitude perempuan muslimah (maaf) yang kalau dekat fb bukan main lagi dok berdakwah sana sini, tapi bila real life, fail. maaf, bukan aku nak mengutuk. tapi kalau dekat fb anda boleh dok berdakwah macam2, pastu siap buat video tutorial hijab segala macam, tapi real life? dengan laki je la hang cakap leklok. hadoi. lemah betul. attitude salah seorang hamba Allah ni haa, bukan aku nak kutuk dia. bagus lah dia berdakwah, tapi tak rasa ke lagi bagus kalau anda amalkan apa yang anda dakwah tu dalam kehidupan sehari-hari. respect people around you. janganlah sebab sibuk nak makan awal, mencekik darah, attitude anda hilang, terbang, zero man!!! cakaplah baik-baik bila orang cakap baik-baik dengan anda. ini buat video tutorial hijab bagai muka habis comel manis, memang tak nafikan la awak tu cantik, pastu status smua pon baik-baik, islamic gila, tapi kadang-kadang perli jugak dalam diam, tapi kalau attitude dalam real life macam tu, sama je awak macam kita-kita yang biasa-biasa ni.

aku sikit pon tak mempersoalkan orang macam ni tak leh berdakwah ke apa, tapi for aku, kalau berdakwah, apa kata sama-sama cermin diri and sama-sama dengar nasihat orang lain. ini kita sibuk nasihat orang, bila orang nasihat dia, eh melenting tak tentu pasal. kalau tak sedia menerima nasihat orang, janganlah sibuk nak menasihati orang. betul tak?

ni topik lain sket la. aku tak tau la ni dah macam trend ke apa. sekarang ni trend orang-orang perempuan pakai muslimah fesyen gila, pastu update status semua islamic gila, tapi at the same time, make up ya ampuuun. pengsan. lepas tu buat video cara memakai hijab seperti yuna, hana tajima bla bla bla(padahal takyah buat pon dah banyak gila dah manusia lain upload dalam youtube tu ha), lepas tu buat muka cute gila nak mampus(padahal real life muka asyik masang cattung). serious, tak jadi masalah langsung kalau anda real life sama dengan seperti imej anda. tapi kalau real life dok tergedik ngan kaum bukan sejantina, pastu dengan kaum sejantina buat don't know je, pastu cakap pon tak reti nak baik-baik, macam ni ke korang nak suruh aku respect. wuwuu. sorry to say, aku lagi la respect manusia yang tak berapa nak berfesyen sangat, tapi slalu kasi dakwah baik punya, and bila jumpa real life, baik gila wa cakap lu, dari aku respect korang. tapi korang tau apa masalah aku dengan korang ni? sebab manusia luar sana ramai nak follow orang yang macam korang ni, sebab korang famous. tapi hakikatnya, real life? hahaha. kita serupa. kita sama-sama hodoh. eh, tetiba hodoh plak. haha. masalah.

aku tau mungkin ramai yang tak puas hati dengan tulisan aku ni. tak bermaksud nak merendahkan orang yang berdakwah, cuma point aku satu, kalau tak sedia menerima nasihat orang, janganlah sibuk nak menasihati orang. tu je. harap faham.

segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk dari aku sendiri. semoga kita semua bersama-sama memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. amin.




p/s : jangan la percaya attitude seseorang tu melalui blog, fb dan lain-lain. jumpa real life, baru tahu. dan ini juga termasuk aku. korang jangan percaya sangat aku macam apa yang aku tulis. lebayyy je lebih. dan mungkin aku lebih setan dari apa yang aku tulis. kuang3.



-adios-







No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...