Nursing


Thursday, 31 May 2012

MAS new baby!

happy thursday semua manusia! haha. semalam, 30 Mei 2012, gajah besi terbang ni dah sampai Malaysia. hahaha. First Malaysia Airlines A380 dengan tail number 9M-MNA selamat landing kira-kira jam berapa aku pon tak sure. hahaha. Layan la gambar-gambar yang diambil dari fb Malaysia Airlines and dari member fb MAS Aircraft Maintenance Engineer ni.


tu dia gajah besi gear down.

dah sampai KLIA

tu dia Rolls Royce Trent 900

number plat. haha

gajah besi punya ekor

gedabak nak mati mende terbang ni.

Business Class Cabin. p/s : tumbuk kang stewardess tu sengih2 plak.

First Class cabin.

Economy cabin. p/s : ni lagi sorang nak kena tumbuk.



Two facts about MAS A380

  • 494 total of passenger seats : 8 First Class seats, 66 Business Class and 420 Economy Class seats.
  • 4 engines : Rolls Royce Trent 900.

patutnya livery dia camni. tp aku malas amek tau apsal sampai2 je macam yang kat atas ni. sesape rasa rajin nak explain dipersilakan. aku malas nak google. haha.









Bila aku leh terbang naik gajah besi terbang ni woi? sesiapa blanje please.







-adios-




Monday, 28 May 2012

malaysia

assalamualaikum. saya cute. hehe. boleh blah. bai.

hari ni tanggal 28 may, bermaksud ada 24 hari lagi sebelum aku balik msia untuk kawen potteng. tiket smua dah beli, tapi surat cuti smua belum settle agi. malasnya. dah la sebelum balik kena settle oncall kat tempat paling scary dalam sejarah hidup DM. 4 kali plak tu. sorang2 plak tu. aiyaya. semoga lancar semuanya tanpa sebarang masalah. huhu. balik this time jugak I'll ride on our national airlines setelah sekian lama asyik menyumbang dana  bantuan kepada tony fernandes. excited much cause skarang depa dah guna 738 untuk flight pi ganu. the last time aku naik, still pakai 734 lama lagi. wuwuu.

apa-apa hal, aku baru dapat tahu satu berita sedih dan gembira. berita sedih adalah, jadual aku dianjak lagi. so kira nanti aku habis 2 minggu lambat dari jadual asal. urgh. sabar je la dengan universiti yang dah bagi blog free kat aku ni... T___T. die ingat, kasi blog free kat aku, leh konon2 bodek la biar aku setuju jadual berganjak. sorry, i tak makan bodek u! but the good news is, cuti raya aku SEBULAN siot. hahahaha. mana ada DM cuti raya sebulan. muahaha. alhamdulillah. disebalik kesusahan pasti ada kesenangan, janji Allah tu benar. he he he.

memikirkan jadual yang dianjak tu, banyak lagi mende yang turut dianjak sama. termasuklah kalau aku ada kena ngulang apa2 department(mohon dijauhkan amiiin), yudisium aku, dan tarikh penggelaran doktor aku turut dianjak sama. kalau semua tu teranjak, tarikh kuar print out ijazah yang leh dihantar untuk interview pon nampak gaya teranjak, tarikh mula kerja pon turut la teranjak sama. damn. raya tahun depan ntah sempat ke tak start kerja. adoi. datang ikut batch 2007, tapi budak medic kat msia uk smua, batch 2008 pon abeh sama ngan 2007 kat sini. indo punya style. what do you expect? haiya. sabar je la.

tak larat la nak membebel. nak pi makan red velvet yang buat smalam kat rumah exbos sat. bai.





-adios-





Sunday, 27 May 2012

# 11 : Music Exception : Its Gonna Be Alright - Priscilla Ahn



Its Gonna Be Alright - Priscilla Ahn


Just walk away.
I don't wanna be that girl again.
That says goodbye to another broken hearted boyfriend.
But I'll let this slide.
cause you're different from all of them.
Yeah...

I need to learn when i've had enough.
I know its hard when the going gets tough.
But i don't want to stop this.
So promise me,
it's gonna be alright.

Someday you'll see, the hell is wrong with me.
Sometimes my mind is floating in another forein galaxy.
i'll leave behind all the tarot cards of an unknown prophecy.

I need to learn when i've had enough.
I know its hard when the going gets tough.
But i don't want to stop this.
So promise me,
it's gonna be alright.

So feel the waters and tell me,
what you wanna do to make it.
Cause i've got a piece of my mind,
saying its alright.
It's gonna be alright.

I'm going to try to stay as sane as i could possibly.
Big girls still cry so please be patient with me.
You and i were a match made at a birthday party




-adios-





Friday, 25 May 2012

rindu

hai. pada petang tadi, adik saya yang bernama Awa moksmoks telah mewassap didalam group family kami untuk bertanya soalan yang emak tanyakan kepada kakdilah tentang apa yang mau dilahap untuk dinner. tiba-tiba saya yang menjawab apa yang mahu dilahap untuk dinner. wuwuu.

saya menyenaraikan segala makanan yang saya suka suruh mak saya masak lantas tiba-tiba saya juga tersenaraikan masakan yang arwah nenek saya selalu masak ketika saya di sekolah rendah. tiba-tiba saya jadi rindu pada zaman itu. zaman 3 beradik(saya dan abang 2 orang) berada di sekolah rendah, balik berjalan kaki ke rumah indawan(nenek). sungguh indah rasanya pada masa itu. hu hu hu.

pada ketika darjah 1 sampai la darjah 6, saya bersekolah tidak jauh dari rumah nenek saya, dan juga pejabat tempat ayah saya bekerja, tapi saya lebih sering pulang ke rumah nenek rasanya. kot. indawan(nenek) akan memasak masakan yang pada ketika itu, saya rasa biasa, tapi pada ketika ini saya rasa sedap gilos wuwuu. antara masakan bestest indawan masak adalah, ayam masak kicap, ikan kembung goreng, ikan kembung sumbat, sarok lada, bubur lambuk pedas dan yang paling best adalah nasi @ mihun goreng yang sangat unik kerana indawan akan memasukkan keropok lekor sekali didalamnya. sedap betul wooo. bubur lambuk indawan sangat sedap, dan  yang bestest nya adalah, mak saya dah pandai buat bubur lambuk sedap nak mampos macam indawan buat. sekarang tiba-tiba saya jadi tidak sabar untuk pulang berbuka puasa pada bulan Ramadhan nanti.

tiba-tiba saya merasakan saya juga merindui masakan ibu saya. masakan ibu saya yang paling sedap didunia pastilah Nasi Halaman Dhuha. hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh turut serta memakan menu ini kerana ia adalah rahsia kerajaan emak saya. selepas itu, saya sangat suka sup sayur labu ikan cebis pedas yang emak slalu buat setiap kali saya pulang kerana hanya saya yang suka nak mampos menu itu di dalam keluarga. haha. selepas itu, ayam berkhelah yang emak saya masak juga sedap. oh oh and mee goreng basah mak saya masak super sedap sehingga menjilat jari. oh oh ngan sotong sumbat mak masak untuk dimakan petang hari juga sedap. saya tidak boleh menyenaraikan masakan sedap lainnya kerana semua mak saya masak sangatlah sedap. haha. saya tak bodek emak saya cop.

tiba-tiba, saya juga teringatkan kereta merah inda yang bernombor plate TD 744. sungguh classic. kereta itu berjasa kepada kami 3 beradik. hal ini kerana, pada suatu hari, hujan yang sangat lebat di musim tengkujuh telah menyerang kami, dan kami stuck di sekolah bertiga beradik. Lalu, inda sebagai hero malaya, mendrivekan kereta merah classic terbabit dan mengambil kami bertiga di sekolah. Akhirnya, kami sampai juga ke rumah inda dan indawan dengan selamat dan tanpa basah kuyup. haha. begitulah cerita bagaimana kereta itu berjasa kepada kami.

saya juga mengingati bagaimana rumah inda dan indawan itu sangatlah best menjadi tempat permainan kami ketika kecil. saya suka lepak bilik yang indawan selalu rehat petang2. homai. saya rasa saya still boleh ingat bau bantal kat bilik tu. bau rumah lama. huaaa. rindunya. kat bahagian atas rumah inda and indawan, ada banyak bilik disitu. saya suka main dalam bilik Mama(kakak sulung mak saya) kerana disitu lah banyak barang-barang perhiasan rambut yang boleh saya mainkan. oh, dan juga di bilik Sumah(adik perempuan bongsu mak saya), kerana disitu ada kipas pengantin yang sudah tidak dipakai. haha. main kawen2 plak. bengong betul masa kecil2 dahulu.

pernah juga ketika kami pulang kampung berhari raya(pada masa itu, kami still dok penang), pada hari raya pertama, kami semua bangun pagi kerana dikejutkan oleh berita musang yang panjat pokok mangga belakang rumah indawan, lalu terpeleot dan terjatuh dengan cunnya di belakang rumah itu. kesian musang tersebut kerana mati on the spot. itulah kali pertama dan kali terakhir saya melihat musang real dan live. rumah saya sekarang ayah saya cakap ada juga musang slalu masuk, pasai tu ayam suka tido atas pokok sebab musang makan ayam. namun, saya tidak pernah menjumpai musang terbabit. yang saya tahu hanyalah berita ayam atas pokok yang tidur pada waktu malam diatas pokok, kemudian hujan dengan lebatnya dengan kilat sabung menyabung pada malam terbabit, dan kemudiannya ayam tersebut dipanah petir kerana petir telah memanah pokok tersebut. arus elektrik yang mengalir tanpa penebat akhirnya menjadi penyebab kematian ayam tersebut. kesian ayam itu. this is real story. no kidding. kematian ayam tersebut hanya disedari beberapa hari setelah kejadian setelah PokMat terbau bangkai dan kemudiannya mencari sumber bangkai tersebut yang berakhir dengan penemuan tragis ayam tersebut. Rest In Peace, ayam.

ah, kalau nak ditulis, banyak gila memori masa kecil kat rumah tu. dari zaman balik sekolah jalan kaki, sampai la zaman balik sekolah menengah naik bas ke rumah indawan. bestnya bila mengenangkan zaman dulu. zaman sekarang? budak sekolah rendah balik jalan kaki sorang macam tu kena culiklah jawabnya. huhu...

apa-apa hal, pada hari ini saya ingin menyatakan kerinduan kepada semua keluarga saya. yang masih hidup, mahupun yang sudah meninggal dunia. Al-Fatihah. 

semoga memori ini terus kekal di benak minda sampai mati. antara pengalaman berharga yang mengajar erti hidup sebenar. i love them all.



ni lah sarok lada sedap...


ni pon. sape nak pos surabaya angkat tangan!!!




p/s : 

1. saya kurang memori bersama nenek dan atuk di belah ayah saya. hal ini kerana nenek meninggal ketika saya masih kecil dan atuk saya meninggal ketika ayah saya berusia 10 tahun. inda(atuk sebelah emak) pula meninggal pada ketika saya berusia 8 tahun dan indawan meninggal pada ketika usia 16 tahun. Dan ketika indawan meninggal, saya berada di situ, di katil hospital tempat beliau menghembuskan nafas terakhir. dan Alhamdulillah, sepanjang indawan sakit, walaupun ketika itu masih budak hingusan belasan tahun, tapi saya diberi peluang berbakti kepada nenek saya indawan. semoga selepas ini, saya terus diberikan peluang untuk berbakti kepada keluarga saya pula, InsyaAllah.

2. image dari google.com.






-adios-


Wednesday, 23 May 2012

wedding invitation.

Tu diaaaaaaa. Fb aku penuh dengan wedding invitation... muahahaha... ada yang aku sempat pi, and ada jugak yang tak sempat. so, pada hari ini di kala aku bosan, aku tulis kat sini je lah ucapan Selamat Pengantin Baru kepada kawan-kawan yang sudah, sedang dan akan bernikah sepanjang May dan June ini.

12 May 2012 
'Izzati(kembar kepada highschool's friend) and Hafiz 

13 May 2012
Dhitta (Indonesian friend) and Reza

19 May 2012
Hilmi (yaya's cousin) and Syuhada
Nina (Indonesian friend) and Ikhwan
Shabrina (Indonesian friend) and Salim

27 May 2012
Arina Aliaa (Unair's senior) and Ismail (Unair's senior)

1 June 2012
Nor Shida (Unair's senior) and pasangan

2 June 2012
Nurul Fathiah (Highschool's friend) and pasangan

3 June 2012
Siti Fatimah (Unair's senior) and Noor Adam

23 June 2012
Hakim (Potteng abang saya) and Sarah (yaya)

30 June 2012
Wani (Matrik's friend) and Azrim




Selamat Pengantin Baru, semoga diberkati semuanya hendaknya. hehe.











-adios-





Reception.

Pergh. Terkezut mak tajuk entry cenggitu. Abaikan kegilaan itu. Aku baru abeh minum 2 shot caffein dari starbucks. Halfprice if pakai tumbler. Haruslah menggunakan peluang sebaik-baiknya. Hua hua hua.

Today dah masuk 23 May 2012. Ada lagi satu bulan tepat, sebelum reception majlis perkahwinan Potteng and Yaya di Terengganu. Baju kahwin aku dah siap. This time very the simple punya. Aku tak reti la buat2 baju ni. Sobs.

Dengan ini, aku menjemput rakan-rakan pembaca(koya glemer) blog aku untuk ke majlis perkahwinan aku, eh, abang aku maksudnya, pada 23 June ni. Nanti banner later lah aku letak.

Hrmmm. Takdak apa dah nak tulis. Nak sambung kira bintang. Takpun biri-biri. Okay bai.





P/s : semoga ini yang terakhir. Amiiin.





-adios-





Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, 21 May 2012

# 10 : Music Exception : Soko - Take My Heart

lagu ini is shhoooooo sssccchhhhwwwweeetttt... layanz.






Take My Heart - Soko

You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

If I take your heart, I will cherish it every day
If I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
If I take your heart, it's forever close to mine

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

(violin solo!)

I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return

I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return






-adios-





Sunday, 20 May 2012

Internal Medicine

Bismillahirahmannirahim.

Esok start department baru, the biggest and tough-est department among the other(s). 10 weeks will be the most critical moment in my DM @ clinical history. Do pray for me and friends. Semoga semua lancar insyaAllah amin.






-adios-




Saturday, 19 May 2012

#1 Travel Indonesia : Tanjung Papuma, Jember, Indonesia

Selamat tengahari rakan-rakan. Tadi pagi saya telah bangun jam 10.30am kerana kelelahan setelah bercuti dengan bestnya di Tanjung Papuma, Jember, Jawa Timur, Indonesia. Ini merupakan trip entah keberapa kali di sekitar Indonesia, namun, trip pertama kali ke Jember. Trip yang lain-lain before this kalau saya rajin saya tulis la blog. kuang kuang kuang.

Sekarang, mari bercerita. Pada hari Khamis yang lalu, saya dan rakan-rakan iaitu Fun, Bah, Saffy dan Ros telah ke Papuma. Penat woi tulis karangan camni. ok. kami bertolak dari Surabaya pada jam 11.00pm kerana perjalanan ke sana mengambil masa sekitar 5-6 jam, dan kami mahu melihat sunrise disana dan tidak mahu menginap disana, maka, kami mengambil keputusan untuk bertolak malam. Saya yang post-oncall ketika itu tidur tak sedar diri di dalam kereta, hanya bangun ketika mahu ke toilet. hua hua hua.

Kami sampai di Papuma pada jam 4.00am. Setelah membayar Rp7000 per person dan Rp2000 per kereta untuk masuk ke tempat percutian Papuma itu, kami segera singgah ke surau terdekat untuk menunaikan solat fardhu Subuh. Setelah itu, kami menaiki kereta sekali lagi untuk naik ke look up point untuk melihat sunrise. Setelah parking, kami perlu mendaki tangga yang agak tinggi untuk sampai ke gazebo look up point. Kami sangat penat mendaki, namun, pemandangan yang kami perolehi ketika berada di look up point sangatlah best dan tidak mengecewakan, Subhanallah! Kuasa Tuhan tu hebat ye rakan-rakan semua. Bersyukurlah!


View dari look up point Tanjung Papuma, 0500am.


Subhanallah! tengoklah ombak tu! cantik!!!


Setelah puas mengambil gambar, kami turun ke bawah dan tukar baju kerana kami nak bermain pasir dan snorkelling. Tapi sebelum itu, kami haruslah breakfast dulu kerana semua dah lapar tahap nak melahap seekor panda. Kami breakfast Mee Goreng, Telur Goreng, dan Nasi Goreng dan juga tidak dilupakan, minum air kelapa. enak woo!


Air kelapa sedap, Rp6000


View pantai pagi sebelum kami breakfast.


Tetiba terjumpa Cik Awa plak kat sini. Muahahaha.


Subhanallah!!!

Setelah kenyang, kami ke Tourist Office untuk snorkelling. Malangnya, kami disuruh tunggu sehingga jam 0800am. Tunggu punya tunggu, jam 0900 kami tanya lagi kerana ada satu rombongan datang, dan terus boleh snorkelling. Apabila kami bertanya kepada pihak pengurusan, katanya rombongan itu sudah booking sejak semalam lagi. Kami disuruh tunggu 2nd trip pada jam 1000am. Padahal masa tu, saya dah tak berharap, sebab biasanya kalau kat msia, around 1100am tu if snorkelling air dah start keruh sbb arus makin kuat. Camne nak snorkelling kalau air keruh tak nampak pape kan. Jam 1000am apabila first trip rombongan itu kembali, kami bertanya lagi. Sangkaan saya tepat sekali, depa cakap air dah start keruh, so tak nampak sangat pon. damn sungguh pakcik tu. ada ke satu trip je satu hari. dah tau macam tu, bukak la dari jam 0600 trip untuk snorkelling. dah la ramai yang berminat. teruk sungguh pengurusan. masa dekat redang dulu, jauh lagi bagus and senang kalau nak snorkelling. hampeh tol. eh, ter-emo pula saya. maaf.

Setelah hampa kerana tidak boleh snorkelling, kami pon pergi ke sekitar pantai sambil hentak-hentak kaki kerana bengang gila. Lalu kami berguling-guling diatas pasir dan mandi laut ho yeahhh. best gila. ha ha ha ha. Kami berendam di dalam laut sekitar satu jam, kemudian kami bermain futsal pantai dan beach volleyball. Setelah penat, kami pon mandi dan kemudiannya makan tengah hari. Kami makan nasi goreng, nasi putih, ikan bakar, sotong masak masam manis dan aiskrim paddlepop. Kami minum macam besa la, air kelapa lagi. ha ha ha.


Tertido kerana kepenatan menunggu ikan bakar yang lama gila nak masak.


Faktor penyebab kenapa semua perut tetiba mengandung 9 bulan.

Setelah kenyang dan perut sedang membawa anak 9 bulan, kami menjalankan sesi photography di tepi pantai. Masing-masing menjangok. hua hua hua. Tetapi kami sedikit kecewa kerana matahari takdak kerana hari mahu hujan. Tapi takpe, kami tetap enjoy bergambar macam orang asli tak penah jumpa camera. Ada kami kesah? Tidak.
Sebelum pulang, kami terserempak rakan Indonesia sekuliah kami yang datang ke pantai tersebut bersama keluarganya lalu saya sebagai photographer yang berkaliber(sedikit la) mengambil gambar mereka lompat macam monkey. whoops. tapi saya pon ada juga melompat macam monkey. hua hua hua.


Say "monkeyyyyyy"


Freaking love this picture!!!


Tempat kami guling-guling.


Makcik penjual topi.


Tetiba jadi makcik pemakai topi.

Setelah penat memonkeykan diri, kami pun pulang sekitar jam 1730, setelah menunaikan Jama' dan Qasar Maghrib dan Isya'. Walaupun penat, kami tetap gembira menikmati alam sekitar yang telah dihadiahkan oleh Si Pencipta. Kami tidur dengan lenanya sepanjang perjalanan balik dan sampai di rumah tepat jam 2300 malam.



hadiah. he he he he he.







Cerita tammat.







p/s :
1. Tanjung Papuma bukan kat Papua ye rakan-rakan, Papua tu ada malaria. wuwuu.
2. Makanan kat sana murah. Ikan bakar tu baru Rp75000. Kalau kat surabaya, ikan sungai yang tak fresh, bakar macam tu, dah Rp50000.
3. Overall trip, transport, minyak, makan, tiket masuk is less than Rp 250,000.00 @ RM 85/person. And if nak snorkelling (rent equipments with a pemandu), only have to add up Rp 50,000 @ RM15/person.








-adios-


Thursday, 17 May 2012

maaf

pada malam ini, sebelum saya mewangikan diri dan siap-siap untuk bergerak ke tempat percutian(pergh). maka, dengan ini, saya ingin mengusulkan permintaan maaf.

pertama kepada mak dan ayah saya kerana saya telah belanjakan wang ringgit RM100 untuk tujuan cuti-cuti Indonesia di Jember, dan juga kerana menghancurkan harapan untuk lulus doktor on time (kerana masalah silam).

kedua, kepada kakak yang second yang mek cuek tu sebab saya suka melenting dengan dia sebab dia memang kuat membebel. kakak saya yang first kadang-kadang saya suka melenting juga.  abang-abang saya mereka cool macam saya walaupun abang saya yang first tu annoying juga kadangkala dengan mengejek blog saya suatu ketika dahulu. urgh.

ketiga, saya tidak mahu meminta maaf kepada adik saya kerana mereka semua lebih sengal dari saya. wahaha.

keempat, kepada rakan-rakan taulan kerana saya suka hangin dengan mereka terutama ketika mereka buat kerja slow dan saya tidak sabar dan tidak tahan dengan ke-slow-an itu.

dan kelima kepada pokcik navy kita MFY kerana telah erm, membuat sesuatu salah dengan anda. apa2hal, anda still poyo. ha ha ha.




dan sesungguhnya, saya ingin bercuti tanpa rasa beban di minda. maka, permohonan maaf ini ditulis dari hati yang tulus dan ikhlas. perggghhh. okay bai nak wangikan diri.





-adios-




my way

SAYA SANGAT SERABUT DAN SAYA SANGAT RIMAS DAN SAYA SANGAT STRESS DENGAN MASALAH HIDUP SAYA. BAI.







I NEED A PERFECT GATEAWAY!



p/s : dan saya tak larat nak sakitkan hati orang yang saya sayang. tapi mesti tersakitkan jugak. maaf. takde niat. bai. sejuta kali mintak maaf pun saya rasa tak guna, mungkin kepada anda.




-adios-





Wednesday, 16 May 2012

attitude shows altitude

attitude shows altitude. and its not backward. understeng people?

talking about attitude. aku ni bukanlah seorang yang baik sangat. kadang-kadang aku main hangin tak tentu pasal, kadang-kadang aku main sembur je orang suka hati aku tapi atleast, aku tau aku salah. hua3. kaitannya?

takde. hari sabtu hari tu ada Annual Grand Meeting untuk malaysian socitey kat surabaya ni haa. sebagai ajk bawahan yang masih lagi bertugas sebelum dewan dibubarkan, maka, aku ditugaskan untuk jaga post daftar dan post undi skaligus. aku kurang senang dengan beberapa attitude perempuan muslimah (maaf) yang kalau dekat fb bukan main lagi dok berdakwah sana sini, tapi bila real life, fail. maaf, bukan aku nak mengutuk. tapi kalau dekat fb anda boleh dok berdakwah macam2, pastu siap buat video tutorial hijab segala macam, tapi real life? dengan laki je la hang cakap leklok. hadoi. lemah betul. attitude salah seorang hamba Allah ni haa, bukan aku nak kutuk dia. bagus lah dia berdakwah, tapi tak rasa ke lagi bagus kalau anda amalkan apa yang anda dakwah tu dalam kehidupan sehari-hari. respect people around you. janganlah sebab sibuk nak makan awal, mencekik darah, attitude anda hilang, terbang, zero man!!! cakaplah baik-baik bila orang cakap baik-baik dengan anda. ini buat video tutorial hijab bagai muka habis comel manis, memang tak nafikan la awak tu cantik, pastu status smua pon baik-baik, islamic gila, tapi kadang-kadang perli jugak dalam diam, tapi kalau attitude dalam real life macam tu, sama je awak macam kita-kita yang biasa-biasa ni.

aku sikit pon tak mempersoalkan orang macam ni tak leh berdakwah ke apa, tapi for aku, kalau berdakwah, apa kata sama-sama cermin diri and sama-sama dengar nasihat orang lain. ini kita sibuk nasihat orang, bila orang nasihat dia, eh melenting tak tentu pasal. kalau tak sedia menerima nasihat orang, janganlah sibuk nak menasihati orang. betul tak?

ni topik lain sket la. aku tak tau la ni dah macam trend ke apa. sekarang ni trend orang-orang perempuan pakai muslimah fesyen gila, pastu update status semua islamic gila, tapi at the same time, make up ya ampuuun. pengsan. lepas tu buat video cara memakai hijab seperti yuna, hana tajima bla bla bla(padahal takyah buat pon dah banyak gila dah manusia lain upload dalam youtube tu ha), lepas tu buat muka cute gila nak mampus(padahal real life muka asyik masang cattung). serious, tak jadi masalah langsung kalau anda real life sama dengan seperti imej anda. tapi kalau real life dok tergedik ngan kaum bukan sejantina, pastu dengan kaum sejantina buat don't know je, pastu cakap pon tak reti nak baik-baik, macam ni ke korang nak suruh aku respect. wuwuu. sorry to say, aku lagi la respect manusia yang tak berapa nak berfesyen sangat, tapi slalu kasi dakwah baik punya, and bila jumpa real life, baik gila wa cakap lu, dari aku respect korang. tapi korang tau apa masalah aku dengan korang ni? sebab manusia luar sana ramai nak follow orang yang macam korang ni, sebab korang famous. tapi hakikatnya, real life? hahaha. kita serupa. kita sama-sama hodoh. eh, tetiba hodoh plak. haha. masalah.

aku tau mungkin ramai yang tak puas hati dengan tulisan aku ni. tak bermaksud nak merendahkan orang yang berdakwah, cuma point aku satu, kalau tak sedia menerima nasihat orang, janganlah sibuk nak menasihati orang. tu je. harap faham.

segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk dari aku sendiri. semoga kita semua bersama-sama memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. amin.




p/s : jangan la percaya attitude seseorang tu melalui blog, fb dan lain-lain. jumpa real life, baru tahu. dan ini juga termasuk aku. korang jangan percaya sangat aku macam apa yang aku tulis. lebayyy je lebih. dan mungkin aku lebih setan dari apa yang aku tulis. kuang3.



-adios-







early riser

good early morning early riser. its 16 May today. Selamat Hari Guru untuk semua cikgu2 yang pernah mengajar saya secara langsung atau tidak langsung, best atau tidak best dan semua yang berjasa telah mengajar saya untuk menjadi seorang saya hari ini. Cikgu ni tak semestinya cikgu sekolah, boleh jadi lecturer, boleh jadi cikgu tuisyen, boleh jadi emak dan ayah, keluarga dan oh tak lupa juga, patient(s) saya di mana jua anda berada, anda juga tetap guru saya! dan juga kepada orang-orang yang pernah masuk ke dalam hidup saya selama umur ini, selamat hari guru! terima kasih atas jasa yang telah anda berikan. semoga Allah balas jasa baik kalian. hihi.

phew, just done with exam. urgh. neuro exam was a tough one. 50% marks on OSCE and another 50% from minicheck. well, minicheck last week, alhamdulillah, i did perform well. but OSCE. huaaaaaaaaaaa. i stepped in to the exam hall, with hope "mintak2 la aku pengsan" (supaya takyah amek exam) haha, and i ended up answering few questions dengan gorengan terbaik sekali sealam semesta. and then when i came out from the exam hall, dramatically i whispered to myself, i think i'm gonna repeat this lab. wuwuu. but thinking that 50-50 quota on that osce and minicheck exam, well, lets just hope for the best shall we? btw, who the hell  in this world can cover all topics in human neuro in just 3 weeks you tell me? grr. tutup kisah exam.

last week, 10 May was my ayah's birthday. hihi. emak ngan ayahnye birthday only 2 days different, but 7 years apart. pergh. hebak2. so, di blog ini, saya mengucapkan, Happy 63th Birthday kepada ayah tercinta dengan ucapan, ceria2 selalu. kah kah kah. takde la. ucapan dia, may Allah bless you always ayah. you know i always love you. he he he. 

Raya 2009

Iklan Petronas - Raya 2011


tomorrow will be my last day in neuro. gotta kejar few signs from docs and specialist, make another few new px status(s) and, might as well say goodbye to neuro ward. taddaa. and besok juga mahu ke JMP untuk mengambil baju kawen yang sudah siap dijahit. yeay!

and lusa, Khamis, cuti! Jumaat pon! ho yeah! and my friends and i will have a sweet escape for this long weekend. its tanning time people! hoyeah! say hai to beach! yee haaa...


okay bai ngantuk nak tido.





-adios-




Tuesday, 8 May 2012

my emak's birthday

today is my emak's birthday. she's turning 57th year old. I love her and i will love her forever.




raya 2010

raya 2010

raya 2007

raya 2011





happy birthday emak. saya sayang emak. semoga Allah bless emak selalu.

meanwhile, lihat gambar2 di atas. saya kuciwa dengan sekarang dan diri sendiri. wuwuu.

I'm officially a lobster. gemuk. bulat. bola. bumi. globe. dan segala benda yang berbentuk bulat.

saya kena kuruskan kecikkan badan. sebab abang saya nak kawen dan nanti saya kelihatan begitu paling sangat hodoh sekali. disamping itu saya perlu kecikkan badan kerana saya juga nak kawen? eh?






p/s : memerang dia mati seekor. disyaki dibaham(diberikan bisa) oleh ular tedung. wuwuu. rest in peace Pokcek. tak sempat kita berjumpa. hu hu hu hu hu.








-adios-

Monday, 7 May 2012

# 9 : Music Exception : Yuna - Planes


Takde lirik lagi. but will update it as soon as dapat lyrics.

*update lyrics


Driving fast but I am nowhere
I'm at home when I am out there
I speak louder when I'm silent
Try to be somewhere I'm not but I
I'm so confused, I just like you
Ooo

I can see in front my eyes
Wake up in another life
I don't like planes
But I love to fly Love to fly

I got friends but I'm still shy
Sometimes I laugh sometimes I cry
I don't like planes
But I love to fly Love to fly

I feel lost but
I'm surrounded by a million perfect strangers
You're like lightning I'm so grounded
But I'm flying when I'm next to you
I'm so confused, you might be too
Ooo

I can see in front my eyes
Wake up in another life
I don't like planes
But I love to fly Love to fly

I got friends but I'm still shy
Sometimes I laugh sometimes I cry
I don't like planes
But I love to fly Love to fly

I'm so confused, I just like you
Ooo

I can see in front my eyes
Wake up in another life
I don't like planes
But I love to fly Love to fly

I got friends but I'm still shy
Sometimes I laugh sometimes I cry
I don't like planes
But I love to fly Love to fly





p/s : i'm so confused.




-adios-





# 8 : Music Exception : Yuna - Decorate(extended)

FINALLY YUNA DATANG LAGI DENGAN LAGU DECORATE YANG DAH DIEXTEND!!! MY FAVOURITE ALL TIME, AND THE EXTENDED LYRICS PON AWESOME MANNN!!! 


LAYANZZZ!




Yuna - Decorate (Extended)

So you decided to see me out of the blue
Should I let you come over?
I think you're doing fine
That girl in your arms, does she know where you come from?

Almost made me move out of town
You don't want me to be around
But I stayed anyway
Just in case

Finding reasons to hate you more than before
Like how you said you would call
But never at all
Got rid of your number that I know by heart

You left your things at my place
As if I have all the space
'Cause you know I don't mind
Just come back when you think it's time

I'm all black and white inside
Monotonous from left to right
I decorate my house with things you love
Just in case you show up

So you decided to see me out of the blue
Should I let you come over?
You do this all the time
You come and you go like I'm nothing you know

Every time you come back to me
I'm prepared to watch you leave
You can't make your mind up
About me

I imagine what it's like
What if you might leave everything and come home?
But I know that you won't
After what I've been through I still worry about you

You're letting go all your friends
It's definitely the end
But you know I don't mind
Just come back when you think it's time

Just in case you show up
In case you show up






p/s : After what I've been through I still worry about you, just come back when you think its time.




-adios-

Sunday, 6 May 2012

# 7 : Music Exception : Queen Of The Night - Syafinaz Selamat





takyah lirik kot. haha



-adios-

#6 : Music Exception : Yuna - Memo






Memo - Yuna

I dont mind if you wanna stay
With that smile upon your face
Hang around for a little while
Please dont drive away even for a mile

Different continents
Its not a thing
Coz i know we’ll be okay
Endless borders,countless days
Our love will pave the way

I’ll be your wall
For you to lean on
When you fall just try to hold on
I’ll be back in your arms
Toegther we’ll always be
For what may come
For what may come

I dont mind if you are far away
I’ll be waiting for you anway
Under the sky of sunshine o rain
I know ‘m gonna be in your arms again

Different continents
Its not a thing
Coz i know we’ll be okay
Endless borders,countless days
Our love will pave the way

I’ll be your wall
For you to lean on
When you fall just try to hold on
I’ll be back in your arms
Together we’ll always be
For what may come

Together we’ll always be
For what may come
Together we’ll always be
For what may come
For what may come








-adios-




Saturday, 5 May 2012

tired

good morning saturday! phew. baru balik dari spital. postcall and i'm super duper tired, even though i slept for almost 4 hours yesterday (tapi bukan straight, bangun skejap2 pasal kena observe px. wuwuwu).

yesterday was a long tiring day. seriously a long one. Kepala otak aku mula berserabut kerana panggilan telifon ittewwwwwwwww. luga ehh loo.

few days ago i got 3 miscalls from malaysia number, satu dari call tu aku angkat dan ada orang berbahasa melayu di talian. sudah kusyak something fishy kerana numberku itu tak banyak orang yang tahu. untuk mengecilkan scope pencarian, ada beberapa orang yang sudah aku agak sebagai penelifon number aku yang best itu. masa aku angkat call skali tu, beriya cari member dia, even aku dah cakap, salah number, dah la masa dalam MR(kantoi angkat phone masa morning report hahaha), aku tanya cari sape, die bleh plak tanya aku ni sapa. aku pon tak tau, sape yang call sape ni sebenarnya?

selepas panggilan telifon itu, sehari selepas itu, sekali lagi aku mendapat panggilan telifon yang sama, tapi disebabkan masa tu tengah kerja kat ward and phone dalam posisi silent mode, jadi sekali lagi, terjadilah ia sebuah miscall sahaja. wakaka. dan sepanjang itu, telah aku lakukan soal siasat kepada beberapa orang yang aku syak berkait dengan si pemanggil itu. dan seperti dijangkakan, tiada kesimpulan yang dapat dilakukan. kah3.

semalam, ketika baru sahaja mahu melantak mee ayam bakso yang baru sampai di depan mata ketika breakfast, tiba-tiba, sekali lagi, aku dapat panggilan telifon. aku pon angkat la. akhirnya si pemanggil mengenalkan diri. akhirnya. dan sesungguhnya itulah orang yang aku syak dari awal. muahahahaha. sometimes my women instinct is just too good. Thanks Allah for this speciality. he he he.

maka bercakaplah saya dengan beliau. dan akhirnya, terjadilah sebuah drama. aku tak paham apsal hidup aku kena banyak drama sinetron sangat. bahana dok kat indon gamoknya. wahahaha. pasrah je la. dan drama itu berterusan sehingga ke msg fb dan sms. seketul bukti dikeluarkan namun malangnya itu memakan masa 2 tahun yang lalu. di zaman aku tidak mengenali sesiapa kecuali aku. pergh, ayat novel siot. okay poyo.

aku bukanlah jahat sangat, aku pon bukanlah baik sangat, dan aku bukanlah bodoh sangat. segala benda yang jadi yang ada tuduhan mendadak, melulu dari orang yang tak pernah aku kenal, haruslah aku research dan kaji terlebih dahulu. bahkan, sebelum terjadi kisah drama semalam, aku dah berjuta kali bertanya soalan yang sama kepada tuan punya diri, dan jawapan sama diberikan dengan jaminan, sila tanya kakak dan adik saya kalau tidak percaya. dan yang lebih membingungkan, cerita kedua-dua belah berbeza sama sekali. macam langit dengan bumi dan macam air masin dengan air tawar. maka, dimanakah posisi aku? mungkin diatas pokok antara langit dan bumi, atau mungkin di atas benteng di antara air masin dan air tawar. pergh. cukup sudah kehiperbolaan ini.

sekarang ni, aku taktau mana nak percaya. aku kenal yang ni lebih dulu, dan ada jaminan yang aku rasa apa yang dia ni bagitau, benda betul, tapi aku still rasa ada something yang dihide-kan. yang sorang lagi ni, aku kenal baru saja, dan kenapa baru datang sekarang kalau dia dah tahu lebih lama? dan lagi aku pelik, kalau dah tahu perangai yang ni ni macam tu, kenapa anda stay sampai sekarang? sanggup anda gadaikan hidup berharga anda itu untuk perangai yang macam ni(yang seperti kata andalah kan)?tak sayang hidup ke apa?


nak sayang orang tak salah, tapi kalau dah memperbodohkan diri sangat sebab sayang orang, then, hrmmm, i let u judge.


for now, aku taknak involve dengan masalah drama korang. malas. penat. serabut dan terbantut nafsu makan mee ayam bakso aku.


 tapi satu mende yang aku pasti, Allah tu adil. korang jangan la main2 dengan Tuhan. karma tu ada. what goes around comes around. dan yang lagi best korang tau apa? doa orang teraniaya tu dimakbulkan.

situation ni antara dua je. antara seorang itu memang penipu dan pemain hebat. atau mungkin seorang lagi pemfitnah berjaya. dan aku taknak tuduh sape2. like i said, i let God settle this case. Dia lebih tahu siapa yang bercakap benar. and if one day Dia dah tunjuk, semoga Dia ampunkan dosa2 korang.






above all, I'm sorry if apa aku tulis ni mungkin menyakitkan hati beberapa pihak. 


aku penat dan aku nak tido. bai.




p/s : i dont do catfight. meow~



-adios-

Thursday, 3 May 2012

Unstable

These few days, these few weeks, and months in fact, I've been suffering @ surviving from this thing called "unstable emotion". I laugh easily, so do get mad easily. What happened to me?

Sometimes its not that I want to get mad, its just like a common reflex I behave when something is not going the same way as the way I'm thinking and planning and finally, leads me to this one little emotion but gives everyone else(and me too) major impact. What happened to me?

Few seconds after I burst out, I regret. And I wish I was never there and said those things. Not to mention, everytime I burst everything out, it seems to be few little tears on my eyes. No need to ask for the reason behind those tears for me myself can't answer it too. Oh my, what happened to me?

Hrm. I need to have more patience. I need to get out from this stupid unstable emotion. I need to learn to manage stress. I need to do everything it takes to make me normal again.




Or perhaps, I just need to go back to He who made me. I've been too far away from Him lately. I made too many sins yet I still pretend that I didn't do it. Dear Lord, please forgive me for all mistakes I did.


And to people I hurt, I am sorry.



-adios-



Sent from my BlackBerry® smartphone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...