Nursing


Sunday, 15 April 2012

fb as the place of... "sweet" ?

hari ni another history dalam sejarah relationship orang dalam ramai-ramai manusia, terputus di tengah jalan. bila aku cakap relationship, aku merujuk kepada bf gf pakwe makwe dan segala perkataan yang seangkatan dengannya.

having a relationship, tak salah. lantak hangpa la. and to end a relationship, pon tak salah, bersebab atau tidak, sebagai manusia, itu hak anda. the thing is.....

WHY ON EARTH SEMUA MANUSIA CERUK BUMI NI KENA TAHU TENTANG APA YANG TERJADI DENGAN RELATIONSHIP ANDA???


lets see. apa yang aku tulis ini :

1. tiada unsur-unsur kejelesan, kedengkian mahupun apa-apa sifat busuk hati pada esei yang akan diuraikan panjang lebar pada hari ini.
2. ini adalah pendapat dan cara fikir aku. tak setuju? aku pun tak kisah. hak korang sebagai manusia.

lets start. apa yang aku pikir : 

macam aku cakap tadi, anything u want to do with ur relationship, carry on. tak kisah. tapi for aku la, aku ulang, for aku la, korang tak payah la menayangkan sangat korang punya relationship tu merata-rata. terutama yang bf gf ni haa. aku taknak la cakap lebih kang dieorang tengking habaq suka hati depa la. tapi aku cakap balik camni, woi, pasal suka hati hang la aku kena cakap, kalau suka hati aku, dah lama dah aku putus kawan. haha. tu dah lebih  dah tu. ye ye, aku tau korang akan cakap kalau tak suka, hide je la, takpun delete je dari friendlist. wuwuu. tahukah anda aku telah menghide segala apa yang aku tak suka tengok kat fb aku tu tapi tetap keluar kat news feed aku. kalau nak delete korang kang tak etika plak, nanti korang gak yang mengungkit macam2. faham tak dilema wanita yang terjadi sekarang?

bagi yang tak berapa nak paham sangat apa yang aku cuba sampaikan, ni aku explain lagi ni.

aku tau semua orang kalau berloving2 ni semua pon berebut nak tunjuk ke-sweet-an cinta mereka ittewww kepada orang lain. aku tau perasaan ittewww. aku juga rasa best kalau dilayan se-sweet ittewww. but come on, once in a while, okay lah, sweet and memang aku pon rasa cam waaaaa sho shweeet. tapi kalau dah hari2 dok bersweetsweet kat fb la twitter la, tak ke rasa boring? okay la korang tak, tapi rakan-rakan yang lain muak kot. i repeat MUAK!!!. jangan samakan muak ngan jeles mahupun dengki sebab itu berbeza.

sebagai contoh, korang dok "muah muah i love u sayang muah muah rindu u sayang" kat wall masing2, seriously, kalau 6 bulan sekali(fine!!! sebulan sekali is acceptable) kat wall fb pon aku rasa sangat sweet. tapi TIAP-TIAP HARI DAN JAM? COME ON LAH WEH!!! korang leh bukak fb pakai internet mobile, SMS satu sen pon tak bleh ka dekat pasangan anda??? aiyaya... sho sad sho sad!

aku tak nak la cakap lebih. tapi golongan ni jugak la bila break, terus either 3 choices ni 

1 : fb deactivate which is for aku, baguuus! tak payah menyemak.
2 : fb ada, tapi gambar2, wallpost sayang2 tadi, status pasal my sayang semua dah dihapuskan. takpe, tak susahkan aku pon.
3. meratapi nasib break up dekat fb lah pulakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. ni sikit lagi nak makan pelempang.

bukan tak simpati, tapi... sebab tu aku habaq toksah dok tunjuk sangat la sekarang sibuk nak meratap menangis emosi bagai, aku panggg gak kang. aku pulak yang emosi.

ladies and gentlemen, please, GET A LIFE!!!

aku cakap satu hal la. tak salah hangpa nak bermanjewww manjewww kat twitter ke fb ke, but then, berpada-pada lah. fikir la relationship anda yang selamanya tu bukan dengan pasangan anda, tapi dengan Tuhan. terutama yang baru bergf bf ni. aku tau smua pon terpengaruh dengan nora elena la, dengan video2 proposal sweet2 dekat youtube tu, but then, takyah la over sangat nak tunjukkan kasih sayang. kalau menjadi, alhamdulillah, tapi kalau tak, tak ke sedih dapat, malu pon dapat.

aku sikit pon tak cakap mende tu salah total, just aku cakap berpada-pada. nak tunjuk yg korang ada something special ngan pasangan korang pon tak salah, tapi again, berpada-padalah. ape la nak dikejar sangat sho shweet sho shweet tu kat dunia ni? kalau korang dah betul2 sayang, tak payah tunjuk pon kesweet-an itu pon sure dah cukup bahagia kan. 

korang perasan  tak fb, twitter, youtube sekarang ni dah jadi macam satu pertandingan untuk semua menunjukkan kehebatan cinta masing2? kan dah kuar kehebatan cinta francisca peter dah ni.

tapi aku pon taktau la. aku takleh nak cakap apa, hak manusiawi. sebagaimana aku ada hak untuk menulis disini, begitulah juga hak mereka untuk menulis di fb. wakaka.

akhir kata dari aku, relax, cool and lepak je. kalau nak kawen ke ape, baru lah gebang sedunia. kalau setakat ada bf ke gf ke apa ke. no need to show the world korang tu pasangan paling sweet sedunia. skali-skala takpe. tapi kalau dah sampai hari-hari, takpayah la. kadang-kadang, tak smua kita kena bagitau dunia. kan? biar la something really sweet tu korang je yang tau, tak perlu hebah satu dunia, kan ke lagi special jugak? 
lagipun, takde faedah pon. ke korang nampak faedah?




tepuk dada tanya selera,
gigit lidah, tanyalah faedah.




p/s :
1.kalau yang dah kawen pon is not an exception. kat rumah jumpa, kerja jumpa, tapi kenapa fb jugak tempat korang bermuah2 tiap2 hari. sms ada wei, call pon bukannya mahal. wuwuu.
2. kalau satu hari aku pon jadi macam ni, lempang je, aku tak kisah.



-adios-






No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...