Nursing


Friday, 9 March 2012

#3 flight experience : the dread makcik

back in 2008/2009/2010. i really tak boleh nak recall bila ni jadi. tapi yang pasti, flight dari KUL-SUB.

so, as usual, naik flight yang melibatkan indonesian flight ni, adalah satu kewajiban untuk membeli seat sendiri. tak suka die main acak je seat, lebih2 lagi kalau dapat seat B atau E. homai. buatnya dua2 orang sebelah berbau best. pengsan seketika. so at that time aku beli window seat, as usual. tapi position di emergency exit yang tengah. sebab beli tiket lambat, and banyak window seat habes. let me tell you satu tips, kalau naik airbus, especially A320, DO NOT PICK ANY OF EMERGENCY EXIT, pasaipa tau, pasai seat tak bleh nak adjust ke belakang. sakit belakang kalau nak tido. aku taktau la kalau airbus type lain camne yang pasti A320 mmg takleh. masa Air Asia Indonesia still guna B737-400, aku pernah dapat seat emergency exit tu tapi bleh je nak declinekan seat tu. eh decline eh? ntah malas nak google.

berbalik kepada cerita. masa aku sampai kat tempat duduk aku, sorang makcik ni dah duduk kat seat aku. aku lupa row brape yang pasti seat F. aku pon cam, makcik, bolehkah saya duduk di situ kerana itu adalah tempat saya? dan makcik tadi mereply : anak duduk tempat makcik je lah eh. makcik dah lama tak naik kapal terbang. last naik 10 tahun lepas(kot.lupa). makcik memang takut naik kapal terbang bla bla bla. melihatkan kesungguhan makcik itu ketakutan, aku pon bagi can la. walaupon aku dah bayar seat aku tu. sobs. di sebelah kanan aku adalah seorang pakcik bisnesman cina malaysia yang baik hati.

nak dijadikan cerita. makcik tu punya la takut, aircraft tak jalan lagi pelbagai doa die baca. aku kesian aku pon saja la sembang2 ngan die during taxi smpi la take off. saja nak aleh perhatian die so takde la die cuak sangat. ish baiknya aku. muahahaha. masa sembang tu makcik tu ada la crite, die ni asalnya orang indonesia, tapi kawen ngan orang msia and now dah jadi permanent resident kat msia. die balik indo pon pasai ade kakak die ke sape ntah meninggal. die crite lagi die memang takut naik kapal terbang, kalau nak naik je 2,3 hari sebelum tu dah demam2 dah pasal cuak. haha. sabar je la.

so bila dah take off tu weather actually okay je. turbulence pon sikit2 je, tu pon bila dah sampai laut jawa. tapi makcik ni punye la cuak siap pegang tangan aku all the flight. wahahaha. aku time tu puasa, and since travel dari pagi, memang ngantuk la. seat plak tak bleh nak adjust, last2 bukak meja depan tu and tido macam tido atas meja tu. sakit tulang belakang. makcik tu sepanjang aku dok tido tangan die letak belakang aku gaya tepuk2 nak bagi budak tido. hahaha. pasrah sebentar.  pastu bila makanan datang, die blanje aku hotdog. siap paksa2 lagi biar dia yang bayarkan, sbb aku cakap aku puasa, nnti dah kat epot aku carik la makan. last2 dapat la hotdog sebijik die blanje. haha. masa descend tu sebenarnya dah maghrib dah. tapi aku malas nak makan, minum air je. makcik ni paksa2 plak kan soh bukak puasa. haha. pasrah sahaja. bila dah nak landing, macam besa la akan bunyi 3 tingtong tingtong tingtong menandakan sila pakai talipinggang keledar anda letakkan meja ditempat yang asal bla bla bla... makcik tu asal bunyi tingtong je muka cuak nak mati. haha. aku pon explain la kalau 3 kali biasanya sebab dah nak landing bla bla bla.

lagi takleh bla. bila aircraft bukak tayar, gear down, kan bunyi die kuat macam hape kan. makcik ni dua2 tangan die genggam tangan aku kuat kan main. muahahaha. kesian gila tengok muka die cuak sambil tengok2 ke arah luar tingkap. haha. bila explain tu bunyi tayar kuar la makcik, baru la muka die lega sket. haha. bila dah landing je, muka die lega gila! siap sebelum kuar tu tetiba die jadi hiperaktif. hahahahaha... lawak sungguh makcik terbabit.



habis cerita.





-adios-

1 comment:

  1. hahahahaha.. geli ketiak baca pasal makcik ni..comel giler lg2 part yg dia tepuk2 blakang tu.. sian dia.. kihkihkihkih

    ReplyDelete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...