Nursing


Monday, 13 February 2012

mihmihmih

nowadays safiah ibrahim suka buat bunyi mihmihmih tu. aku cakap macam bunyi siamang. tetiba aku teringat satu cerita. takde kaitan pon sebenarnya. tapi nak cerita gak.


pada suatu petang, di halaman rumah Halaman Dhuha, aku dan adik beradikku yang lain bermain-main apa yang patut kat halaman rumahku yang indah itu. tiba-tiba ayah datang dengan pakai kain pelekat die, saje tengok anak cucu dia main. pastu ayah tengok kat sebuah pohon kelapa rendang ni. banyak gak la buah. ayah pon memberi arahan, 'ana, gi amek buah kelapa tu, sedap kalau nak minum air tu". aku balas, "camne nak amek?". ayah cakap, "pusing-pusingkan je buah tu, nanti tercabut sendiri". aku balas, "okay, sat", sambil menuju ke arah pokok kelapa, panjat atas kerusi kayu kat sebelah tu, terus pusingkan buah kelapa tu seperti yang diarahkan. gigih betul aku pusingkan buah kelapa tu, tapi tak tercabut pon. 

setelah beberapa ketika mencuba dan gagal, aku bagitau ayah, "ayah, tak boleh pon, dok pusing-pusing tapi tak tercabut pon". ayah cakap, "try la dulu, buleh punye la". aku jawab, "tak bolehhhhh.....", sambil terus memusing-musingkan buah kelapa tersebut. last2 ayah datang dan kemudiannya memusingkan kelapa itu. eh, sekejap je dah tercabut.



dengan muka selamba ayah berkata, "komang spana mu ana, monyet pon buleh buat".


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







"BAIKLAH AYAH, BAIKLAH", membuat muka pasrah dan berlalu pergi.















p/s : bukan cerita rekaan.




-adios-

No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...