Nursing


Friday, 17 February 2012

khamis minggu hadapan

khamis minggu hadapan saya ujian.
khamis minggu ini saya belum belajar.
khamis minggu ini saya masih malas-malas ayam.
khamis minggu ini saya masih kabur-kabur blur.
khamis minggu hadapan saya ujian.

khamis minggu hadapan saya ujian.
jumaat minggu ini saya masih posting di hospital luar.
jumaat minggu ini saya masih benci posting di hospital luar.
jumaat minggu ini saya masih tidak suka labour room.
khamis minggu hadapan saya ujian.

khamis minggu hadapan saya ujian.
sabtu minggu ini saya jaga/oncall lagi.
sabtu minggu ini saya tetap benci labour room.
sabtu minggu ini saya pasti penat.
khamis minggu hadapan saya ujian.

khamis minggu hadapan saya ujian.
ahad minggu ini saya rancang hafal satu buku melody of phantom.
ahad minggu ini saya rasa saya hanya boleh hafal a few phantom.
ahad minggu ini pasti saya kelamkabut masih banyak yang tertinggal.
khamis minggu hadapan saya ujian.

khamis minggu hadapan saya ujian.
isnin minggu hadapan saya kembali ke hospital saya.
isnin minggu hadapan saya masih di labour room hospital saya.
isnin minggu hadapan saya oncall lagi.
khamis minggu hadapan saya ujian.

khamis minggu hadapan saya ujian.
selasa minggu hadapan saya masih benci labour room.
selasa minggu hadapan saya pasti penat postcall.
selasa minggu hadapan saya dah start cuak sebab tak habis study.
khamis minggu hadapan saya ujian.

khamis minggu hadapan saya ujian.
rabu minggu hadapan saya dah semakin menggila.
rabu minggu hadapan kekelamkabutan semakin terserlah.
rabu minggu hadapan pasti bontot juga tidak senang untuk duduk.
khamis minggu hadapan saya ujian.

khamis minggu hadapan saya ujian.
khamis minggu hadapan saya mungkin pengsan.
khamis minggu hadapan saya mungkin menangis.
khamis minggu hadapan saya mungkin baibai. sobs.
khamis minggu hadapan saya ujian.


coretan sebuah "denial" seorang mahasiswa menghadapi hari-hari bakal ujian.






-adios-



No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...