Nursing


Sunday, 8 January 2012

10 January 2012 - happy birthday my blog!

hai.

so... it's been a year since this blog ditubuhkan. hahaha. blog ni buat time tengah cuti semester dulu. argh, bestnya cuti dua bulan. now cuti skejap2 je dan sangat memenatkan hidup zaman clinical ni. hukhuk.

this blog is not actually the first blog i wrote. i had a few blogs before, ada yang di blogspot, blogdrive, and multiply. but i dont do friendster-blogging dulu2. hahaha. tapi aku hanya active di blogspot sahaja compared to yang lain2 sebab yang ni lagi senang nak adjust pape setting tonet2. blogspot plak dah ada dari form 4(year 2004) lagi. dan aku pon dah lupa first blog aku apemende nama ntah. hahaha. seingat yang aku ingat, 2 kali aku berblog secara serious dan dua2 nya akhirnya ditutup sehinggalah wujud leklekcool.blogspot. sebab dulu banyak kontroversi. dari buat open for public, then ditutup dan dibuat open for private, juga ditutup atas sebab-sebab kontroversi. bajet glemer lettew~~

dulu aku memang jenis pemblog yang aktif (pergh), maksud aktif di sini adalah dengan cara berkunjung ke blog-blog lain dan mencapub memberikan komen2 dengan harapan orang lain pon melawat blog aku. zaman dulu2 takde followers. starting 2007 ke 2008 ntah baru start ada follower2 tu and lagi la kempunan smua pon dok berebut nak komen dan mendapat lebih ramai follower tanpa sebab yang pasti. yela, dulu bukan ada nuffnang pon nak dapat2 duit. tapi yang pasti, adalah terasa best dan glemer (pergh) kalau ramai yang memberikan komen dan feedback dari apa yang anda tulis. 

blog yang terakhir aku karang before this blog is blog dengan nama medsfly.blogspot, dibuka secara private. hanya orang yang dijemput berdasarkan email sahaja yang akan dibenarkan membaca, dan sebenarnya total reader aku dulu tidak lah sampai 100 pon. blog itu ditutup dengan alasan aku bosan. cool gila alasan haha puiii. alasan sebenarnya adalah aku dah tak merasakan keseronokan dalam menulis. nak buat macam mana, genetik suka menulis dan mengarang ni memang dah ada dalam darah keluarga aku sejak dulu(pergh). cuma genetik membaca tu je yang aku tak ikut sangat. hua3. maksud keseronokan dalam menulis tu adalah aku rasa macam kenapa aku menulis blog (technically menaip) dengan harapan orang membaca. tu bukan apa yang membestkan. sebabnya, bila aku tengok blog2 lain ramai readers semua, mula la aku pon sebok nak menambah reader jugak... pastu komen sana sini masuk blog sana sini mencapub semua. bila jadi semua ni, dah hilang arah tujuan asal aku nak menulis atas kerana sebab "aku suka menulis". lepas tu dia ada satu feeling yang tak sihat bila aku bersaing dalam mendapatkan followers ni yang aku rasa macam, err, perlu ke banyak follower? hahahaha. agak saiko di situ.

dan sebab itu la blog lama aku berkubur dalam sebulan dua dan kemudian datangnya satu mood baru untuk mengarang blog dan maka terjadilah blog ini. tanpa menghairankan berapa banyak followers. yang penting, aku mengarang apa yang aku rasa, apa yang aku pikir, apa yang aku rasa menarik untuk dikongsikan dan banyak lagi. itu lah motif. tapi tetap saja, aku letakkan link followers kat tepi ni bukan dengan harapan follower sampai beribu raban, tapi dengan harapan sapa yang betul2 nak baca blog aku, bila jadi follower, then akan dapat update. dan itu jugak yang aku lakukan untuk blog yang aku follow dan akan follow. sebab senang dapat update. takyah bukak hari2. hahaha. dan sorry la untuk yang follow aku dengan harapan aku follow back tu mmg diharapkan jangan berharap la. because if aku tak suka baca blog korang, jangan harap aku nak follow back. like i said, i follow who i want, and i don't care if people don't follow mine. its not a big deal anyway.


anyhow, its hard to find orang yang menulis kerana dia suka menulis zaman sekarang. now it is more to "if people have blog, i must have one too". and i am really grateful cause somehow aku dah tersedar. kalau tak, dulu tu, asyik bertanding je blog sape lagi ramai follower or blog sape lagi ramai orang komen. hahaha. untung la aku start berblogging awal2 di masa muda dan now dah tersedar dari lamunan. hahahaha. and oh, kalau korang baca blog zaman sekarang, sangatla typical gila gaya penulisan sorang2. tak caya? pi la kaji sendiri. haha. seperti yang di awal cerita, aku juga seperti itu suatu ketika dahului. hahaha. ini la yang dikatakan arus perubahan minda manusia. hahahaha.

apa2 hal pon, itu hak semua orang. dan pandangan orang tu memang berbeza. so takleh cakap apa lah. maybe ikut trend maybe die suka maybe apa2 je lah as long as korang bahagia mendapatkan hak-hak korang then its okay. jangan esok lusa pegi bergaduh dengan orang blog lain sebab tak sehaluan pendapat pastu mula la perang antara bloggers. kelakar hokeng. kalau hang tuah hang jebat tengok mesti gelak terguling-guling pasai depa dulu dok melawan penjahat bertikam keris, hangpa smua plak dok bergaduh pasal tulisan sesama sendiri. muahkahkahkahkah.


akhir kata, sempena ulang tahun blog-yang-ntah-keberapa-ini yang pertama, tulislah dan karanglah blog anda ikhlas dari hati, bukan sebab nak kejar benda-benda duniawi ni je. cewwah. selamat ulang tahun blog leklekcool.blogspot yang pertama, dan untuk semua bloggers, selamat mengarang.




"What people don't see in themselves nowadays is, they do something for the sake of trend, not because for the sake of them" - anonymous




p/s :

1. what i wrote is my opinion, and its from my own perception. u may agree with mine, and u may not(apemende ni?) to agree. its up to you.
2. will update about my zoo trip with friends tomorrow! yeay!
3. tulis pasal ni awal2 sebab tgh ade idea... and sebab 10 jan tu oncall. huaa




-adios-





No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...