Nursing


Tuesday, 25 December 2012

Jom jom jom

Jommmmmmmbang. ye, Jombang my friends... I'm going to Jombang tomorrow. huaaaaa...

aku akan bertolak ke Jombang besok di kala yang lain sibuk menghabiskan masa bersama-sama sesiapa sahaja aku tak peduli, untuk erm... 16 hari kehadapan, eh, ke 17 hari ntah? lupa. yang pasti aku balik Surabaya balik tanggal 10 Januari. sobsss...

untuk apa aku ke Jombang? untuk mengembara mencari secebis pengalaman. perghhh. takde. disamping mencari pengalaman, aku juga ke sana untuk membantai Es Degan Durian. kahkahkah.

takde. sebenarnya aku pi sana untuk memenuhi persyaratan untuk seorang doktor yang bagus gilaaa, iaitu dengan mengikuti salah satu rotation untuk doktor muda iaitu, Community Medicine.

so... selain dari dapat pengalaman, pitih ambe juga terbang begitu sahaja hanya untuk 16 hari... hahaha.



ok bai.



-adios-



Sunday, 23 December 2012

understand

somehow...


its just difficult to understand things around me.


and it really is. seriously...










-adios-

Friday, 21 December 2012

21 Dec 2012

hello all. its 21 dec 2012!!! haha. tak tak. aku taknak cakap bahawasanya aku survived "world-end-day". tapi atleast aku survived la satu tahun melayan kegilaan pokcik. haha. alhamdulillah dah setahun kenal rapat, kui3. 

next, aku baru abeh test public health. phewww. alhamdulillah. for the rest marilah kita bersama-sama tawakal kepada Nya.

aku sebenarnya nak cerita pasal aku pi Murnajati hari tu. tapi sekarang perut masuk angin dan kepala dizzy gila(alasan). lain kali la update. he he he.

okeh, meh layan gambar!


hihi...


poyo je ni... haha...

btw, thank you pokcik for crazy-ing with me all these time. hihi.


bukti... ada ke orang nak menggila tulis macam ni kat bbm? haha

bukti satu lagi. haha...


pastu, few days ago, ada kerabat aku tulis macam kat bawah ni. hahaha...




well, ehem, i do not ngorat depa. depa yang nak ngorat, abeh nak wat camna. hahahahahahahahahaha.

ok stop. takde la. tu la nama dia takdir. qada dan qadar yang telah ditetapkan. kun fayakun. kalau nak jadi, jadi jugak punya. takdak sape bleh halang. jadi, bukan aku cari depa, bukan depa cari aku, faham semua???



dah abis dah. awa siot je whatsapp cakap tengah makan durian puff. huh. makan la makan la makan la!!!!!







bai.





p/s : _ ____ ___





-adios-




Tuesday, 18 December 2012

what to write

again, I'm losing my writing skill. damn! haha

tadi banyak gila idea apa aku nak tulis kat blog, skali-skali, makan penyet nganjuk, hambek kau, bau belacan memusnahkan segala-galanya. sobs.

ingat nak tulis pasal Murnajati, tapi aku malas nak transfer gambar kat BB. nanti la hari jumaat aku update. hahaha...

btw, aku jumpa blog yang lebih kurang senaseb ngan aku! HAHAHA. excited pula.

ohye, monkey aku, Ayadh, dah baik and boleh kuar hospital, alhamdulillah! :)

hai all! I blaja ngaji lepas sembuh!

pokcik moks ni nak pi mancing esok. bai.



okay, aku nak pura-pura belajar. bai.






-adios-




Thursday, 13 December 2012

#21 : Music Exception : Cobalah Mengerti - Momo Geisha ft Peterpan




Cobalah Mengerti - Momo Geisha ft Peterpan


Aku tak kan pernah berhenti
Akan terus memahami
Masih terus berfikir
Bila harus memaksa
Atau berdarah untukmu
Apapun itu asalkan
Mencoba menerimaku

Dan kamu hanya perlu terima
Dan tak harus memahami
Dan tak harus berfikir
Hanya perlu mengerti
Aku bernafas untukmu
Jadi tetaplah di sini
Dan mulai menerimaku

Cobalah mengerti
Semua ini mencari arti
Selamanya tak kan berhenti
Inginkan rasakan
Rindu ini menjadi satu
Biar waktu yang memisahkan













p/s : its not that i'm bored or i cant stand u, its just... i don't know... if you know what i mean.








-adios-




Wednesday, 12 December 2012

Murnajati day 3

hola. update live dari Murnajati, Lawang. masuk hari ni dah hari ketiga bermusafir kat sini. Alhamdulillah, everything is good here. from tempat stay, and everything, smua okay. nanti bebila upload gambar. lupa bawak cable. 

hari-hari hujan kat sini. tapi hari ni tak hujan. tapi mendung. sejuk je rasa. tempat ni kat bukit-bukit, dekat dengan gunung. pagi-pagi pun boleh tengok gunung dengan dekat. best! angin pun sejuk je. hehe.

kat sini pon actually ada wifi. boleh tahan laju kalau tak hujan. kalau hujan, semua menjadi lemot, termasuk la line phone. haha... sabar je la...

line phone plak, kejap ada,kejap takde... pon kena sabar... kat sini seminggu untuk buat penelitian. hari ni penat ya Allah. pasal ketuk dari pintu ke pintu untuk buat survey. dah macam salesgirl dah. haha. tapi takpe, semoga penelitian ini bermanfaat insyaAllah... 

esok ada bagi talk sket kat budak-budak skolah... tapi bukan aku la, budak group aku... aku tolong dari segi persiapan je la... pasal kena cakap jawa! haha... mana aku reti dol...

ok dah. sakit perut la. chow.








p/s : ngantuk





-adios-

Sunday, 9 December 2012

astaghfirllah






astaghfirllah. patut la hati slalu tak tenang. dah tercemar. ampuni dosa-dosaku ya Allah. :'(




-adios-





what?

aku taktau nak update apa. esok aku dah pi munarjati, lawang satu minggu. pastu sabtu in sya Allah balik surabaya balik, then exam seminggu, then pi jombang pulak untuk 3 minggu. malas sebenarnya nak pi, tapi bila pikir dapat pengalaman dan ilmu lagi, mari ikhlaskan diri.

aku taktau apa jadi ngan aku sekarang. seriously. taktau.

i dont really like my group in public health. majority junior. tapi semua yang jenis ntah la. malas nak cerita. hrmmm. lecturer plak, lagi panjang cerita. aku paling tak suka kalau isu negara jadi problem. seriously. orang sini ada segelintir yang macam tu. some of them soooo tak profesional. kalau tak puas hati dengan negara aku, do something for your country so that you can beat mine. bukan dengan cara melepaskan kemarahan pada student atau orang-orang negara yang korang tak suka. wouldn't it be too much if korang marah kat orang yang sebenarnya tak pernah cari masalah dengan korang?

living here for 5 years ++, ini la antara perkara yang aku benci hidup di sini. sabarlah jannah, sikit je lagi. kuatkan semangat!!!




miss my old group back then in interna and pediatric


amiiin...








p/s : Tuhan tak uji kalau tahu kau tak mampu. :)




p/s : i miss you...







-adios-





Thursday, 6 December 2012

jual-jual!

STICKY POST. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! :)


hai. aku ada dua kain untuk dijual, sebab hari tu aku sengaja beli lebih. so, sila-sila tengok-tengok. kalau berminat, boleh komen kat box bawah @ sebelah ni okay, saya akan bagi detail. price murah je compared to blog-blog lain sebab aku tak amek untung pon pasal sengaja beli lebih. haha. silalah pilih!




Suitable for baju kurung moden
Material for baju: Cotton lembut, bunga sulam pita, warna light grey (2m)
Material for kain: Silk bermotifkan batik(2m)

Price: RM60 (excluded postage)





Suitable for baju kurung moden


Material for baju: Silk Lembut, bunga sulam jarum with kerawang, warna putih(2m)
Material for kain: Silk lembut, warna maroon (matching with kerawang and flowers), 2m

Price: RM65 (excluded postage)





beli-beli! limited stock! =)





-adios-












Sunday, 2 December 2012

02 12 12

wow! tarikh cantik. haha. sape kawen hari ni cepat angkat tangan. haha... tarikh idaman ni. dulu zaman kecik nak tunang @ kawen tarikh ni. haha. kecik-kecik dah menggatal. abaikan.

alhamdulillah, seganjak lagi umur bertambah. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. terlalu banyak nikmat yang Allah bagi, ada yang aku sedar, maupun tak sedar, terima kasih Allah. :)

officially 23 dah. semoga diri sendiri jadi better muslimah. bila dah better part agama, baru boleh better hal lain. tak gitu? kehkeh. yang lain-lain tu taknak pikir lebih-lebih. cuma tu la, nak cepat habis belajar je. then balik, baru boleh pikir lebih-lebih. hahaha...

umur 23, masih dan akan selamanya berterima kasih kepada emak dan ayah yang sentiasa ada bersama-sama susah senang menangis menggelak(ada ke word ni?) dan untuk semua kasih sayang, masa, tenaga, wang ringgit dan semua yang tak terkira, terima kasih emak dan ayah.

untuk keluarga juga yang sedia berkasih sayang, perghhh ayat, sambung balik, dan sedia menggelak bersama aku ketika sedih, marah, kelakar dan lain-lain, terima kasih keluarga.

untuk kawan-kawan yang sentiasa mendoakan aku, terima kasih. semoga korang pon dapat apa yang korang doakan kat aku.

untuk stranger yang dah masuk ke dalam hati ni sejak setahun yang lalu, pergh lagi skali!!! pon terima kasih jugak kerana sudi menggelak bersama. kahkahkah.





jap. apsal ayat BM aku macam semacam je? haha... pedulikan.






again, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.




to all of you,



 I LOVE YOU SO STRONG YEEHAA!









Best Regard, 

Jannah, 021212






dahhh kena tukar.......



-adios-



Saturday, 1 December 2012

AFF Suzuki 2012 : MAS vs INA

so, malaysia won. 2-0. nice!

but do pray for our safety here. as people are getting crazier each day.

and do pray for our next game! hopefully boleh la masuk final. ;)


these tigers are cute...



but mine is cuter... hihi...





#selamanya Harimau Malaya.







-adios-





Thursday, 29 November 2012

malaysia story

hola. 

aku baru belek-belek entry-entry aku last year. i think I'm losing my writing skill. damn. haha. 

berbalik kepada malaysia story. hari tu hujung minggu aku balik. setelah 11 minggu tak balik. HAHA. bukan apa, aku stress tingkat tinggi ketika dalam surgery rotation, jadi aku perlukan masa de-stress. wahaha. takde. well, suka hati aku la nak balik ke apa. jangan sibuk. haip!

so aku balik hari jumaat malam, sampai airport around 9.30pm. awa amek kat airport kol 10.30. aku sampai tu, aku call dia, dia baru nak masuk highway dari cap ayam(shah alam). naseb la aku ada janji ngan kakak pokcik nak bagi and settlekan bayaran kain-kain dia kirim hari tu. so, ada la jugak peneman sampai awa datang memunculkan diri dengan kereta barunya yang kotor itu. kui3. malam tu aku tido kemuning utama rumah mamu min. sampai pon dah kol 11 lebih malam. seperti biasa kena tazkirah lewat malam dengan mamu kerana sampai lambat. -__-" tapi bestnya, mamu and mami girl dah beli nasi kandar as dinner kami. wahaha. gila kol 11 makan nasi. hahaha.

esok pagi bangun awal, dan bergerak pi makan roti canai. pergh, puas hati makan roti canai sebijik, roti planta sebijik, kuah banjir ngan teh ais di pagi hari. haha. nikmat sat. berzaman dah tak makan kari mamak. huhu. pastu balik rumah dan bermain dengan Z & Z. zulfa skarang dah makin active dan sangat banyak cakap. padahal last time aku jumpa masa raya, dia masih lagi eksyen dengan aku. wahaha... now dah boleh nyakat-nyakat dah. nak gigit je rasa. ngap.

pastu, aku and awa and zahra kuar pi bagi mandi kereta awa yang kotor itu. kui3. bagi mandi kat kedai boyfriend zahra. haha. pastu gerak pi tesco shah alam sebab nak cari t shirt best. skali skali, hampa, bukan macam t shirt yang aku nak. takpe. then gerak balik pi rumah mamu, dah ada mamijah dan monkeys yang berdua itu, hana dan amzar, ada ayah dan azie dan juga pokyeng, umie athi dan ilyaas menunggu di sana. weehoo! mamigirl and emak mamigirl cooked nasi tomato ngan dalca ngan ayam pedas sedap gilos sehingga perut full makan.


keta cikawa mandi...


lepas kenyang dan membuntatkan perut, solat sat then gerak pi setia city mall. haha. aku tak beli papepon kat sini. mamijah yang borong banyak. aku, ayah, azie, awa, pokyeng, umie athi dan ilyaas hanya melayan juice dekat boost ke apemende ntah then beli durian puff. Ya Allah sedap gila durian puff tu, serious tak tipu. kami beli 3 kotak ada 8 biji dalam setiap kotak, makan ramai-ramai! pergh. terangkat.

pastu, kami pon bergerak balik ke rumah sentul, dan kemudiannya bersiap-siap untuk melantak lagi skali kat Bombay Palace. kat sana, skali lagi kami melantak makanan india. shrimp vindaloo, saffron rice, tandoori chicken, kambing apemende ntah, papadom dan macam-macam lagi. gila. kebuntat gila. balik-balik rumah, semua orang kol 11 dah tertido jadi ular sawa pasal kenyang sangat. haha.










muka hana kena tutup ngan peace zahra. tengok zulfa, nakal gila muka. haha...


esok pagi, pokyeng, umie athi and ilyaas beli nasi lemak and roti canai. makan di rumah, then siap-siap kuar pi jusco setiawangsa. dan disana, saya telah memborong macam-macam. baju dan kasut. dan disana jugalah saya bergayut telifon dengan emak tercinta. hihihi... lepas tu kami bergegas pulang ke sentul, kemas-kemas barang, then pi uitm main campus untuk amek vip pass untuk convo awa. first time masuk campus uitm. damn it, best gila suasana campus. campus aku kat sini tak nampak macam campus langsung. haha. bersyukur la sesiapa belajar kat malaysia tu. library pon best. meh datang tengok library aku camne. huhu.

balik dari uitm, singgah rumah mamu min, nap sat then gerak pi giant kemuning plak beli stock makanan nak wat balik sini. dah abeh shopping, balik-balik terus kemas-kemas barang, mandi, then gerak pi airport. flight kol 8.45pm. punya la happy pasai 8.15pm dah panggil masuk. skali delay dalam aircraft dekat nak sejam gara-gara pax tak masuk, then kena kuarkan bag. lama nak mampus. akhirnya, aku pon pulang la ke surabaya, sampai rumah kol 11++pm surabaya time, dan pada hari isninnya, aku ke klinik desa untuk berkhidmat kepada masyarakat.

kesimpulan dari cerita ini, aku balik untuk berjumpa keluarga dan MAKAN. haha ha ha ha habis cerita. akhir cerita, aku rindu ngan depa ni. huhu.


kaqak ajane ngan ayadh...

gigit kaqakkkkk...
  
ilyaas and zulfa...






p/s : rindu smua huaaaaa...





-adios-





#20 : Music Exception : Jangan Ada Dusta Diantara Kita - Rossa ft Broery Marantika




Jangan Ada Dusta Diantara Kita - Rossa ft Broery Marantika


Ketika pertama ku jumpa denganmu
bukankah pernah ku tanyakan padamu kasih
takkan kecewakah kau pada diriku
takkan menyesalkah kau hidup denganku nanti

Memang kau bukan yang pertama bagiku
pernah satu hati mengisi hidupku dulu
dan kini semua kau katakan padaku huuu
jangan ada dusta di antara kita kasih

Semua terserah padamu aku begini adanya
ku hormati keputusanmu apapun yang akan kau katakan (kau katakan)
sebelum terlanjur kita jauh melangkah, kau katakan saja

Dan katakan padaku
jangan ada dusta di antara kita

Memang kau bukan yang pertama bagiku
pernah satu hati mengisi hidupku dulu
dan kini semua kau katakan padaku huuu
jangan ada dusta di antara kita kasih

Semua terserah padamu aku begini adanya
ku hormati keputusanmu apapun yang akan kau katakan (kau katakan)
sebelum terlanjur (sebelum terlanjur) kita jauh melangkah
kau katakan saja huuu uuuu





p/s : kui3.







-adios










Tuesday, 27 November 2012

klinik desa

hai. balik hari tu best woo. lain kali update pasal balik hari tu. ni nak crite pasal klinik desa. 

so skarang ni posisi aku kat klinik desa. best thing pasai klinik desa ni, patient dia tak seramai kat base aku kat spital soetomo tu, and patient die patient biasa-biasa. batuk, demam, diarrhea etc. yang tak bestnya adalah, kiteorang kena buat some sort of research data yang langsung tidak aku fahami program-program bla bla bla pasai banyak sangat singkatan. sangat la kagum ngan manusia yang buat public health ni. -__-"

dok kat klinik desa ni macam-macam ragam bleh tgk. smalam ada la beberapa yang tak sakit, datang buat-buat sakit kononnya diarrhea, bila check, takde pape pon. datang semata-mata nak mintak MC. haha. doktor kat sini semua dah lali dah, so depa, berkeras taknak bagi MC. kui3. kesian patient tipu-tipu tu. tadi plak aku bertugas kat poli kesihatan ibu dan anak. px datang-datang je, terus bagitau macam ni "saya last period bla bla bla, cepat kira saya beranak bila". haha... laju je. tak sempat aku nak history taking banyak-banyak. pastu, bila aku kira, die tak percaya, semangat pi tanya balik kat bidan, betul ke tak aku kira. hahaha... die ingat aku tipu kot. masalah sket orang-orang kat sini, lebih percaya bidan dari dokter. sigh.

best jugak dok sini. yang tak bestnya tu lah, banyak research and collect data bla bla bla nak kena buat. pastu banyak gak kerja-kerja lain kena buat. yang penting kat sini, kena pandai cakap, twist sket, orang-orang sini dah leh percaya apa yang anda cakap. haha. memang latihan jadi ahli politik betul la. haha.

tu je la cerita aku hari ni. bai.





p/s : deepest apologize to pokcik. sorry.





-adios-






Friday, 23 November 2012

TORA kembali lagi!!!

hola!

kahkahkah. best tak aku punya header baru? sebab aku dah tak sanggup tengok muka sendiri jadi header, maka, aku buat tulisan plak. lagipun, early next year tambah 2 lagi anak-anak. tak cukup dah nak letak gambar. haha...

cun kan aku design sendiri header tu? haha...






ok bai.





p/s : konfem pas ni kena kritik ngan pokcik. pengkritik setia. boleh la masuk geng ngan abang-abang kakak-kakak aku yang sama je suka kritik. naseb baik mak ayah aku best, i love u lah mak ayah. muahhh. tetiba.






-adios-




Wednesday, 21 November 2012

#19 : Music Exception : A Thousand Years Part 2 - Christina Perri ft. Steve Kazee


A Thousand Years Part 2 - Christina Perri ft. Steve Kazee


The day we met
Frozen I held my breath
Right from the start
I knew it I found a home for my
Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more





p/s : I'll love you for a thousand more ;)







-adios-




Sunday, 18 November 2012

Next

hola! esok dah start public health & community medicine. 5 weeks for public health and the other 3 weeks for community medicine. mari berkuliah, berpaper work dan bermasuk kampung untuk 8 minggu ke hadapan.! melatih diri jadi doktor desa yang berwawasan sekaligus amik skill jadi ahli politik sket2... kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik...

takde mende sangat nak tulis. oncall bedah dah settle weiiiii!!! Ya Allah, bersyukurnya hamba. lepas ni tinggal oncall yang ringan-ringan je sampai settle semua next year insyaAllah. doakan saya cepat habis belajar, menjadi rajin bertambah-tambah, cepat memahami dan mengingati apa yang dipelajari, dan dijauhkan dari menjadi orang-orang sombong bila dah pandai, dan cepat-cepat kawen... eh, tetiba lari topik kui3.

tau tak. aku rasa nak bercuti. maksud aku bercuti yang real holiday. ngan family. jalan-jalan, amek gambar, makan-makan, sembang, gaduh, shopping, pokok segala ulamnya, pi jalan-jalan, tengok something different. for the past 5 years, hidup aku either pi pulau jawa, takpon malaysia, pulau jawa then malaysia. tu pon ada lagi suara-suara sumbang yang cakap camni "asyik balik msia je, bila belajar?". pergh, menyirap darah (sikit la)... ye la, aku balik msia jumpa family weh, bukan pi jalan-jalan. panas je bila cakap camtu. 

lantak la peduli apa orang kata. tak deng deng.

apsal aku tulis ni wei? ntah. aku tengok adik, kakak, kakak ipar aku pi geloland (Legoland versi hana). rasa cam nak pi jugak jalan-jalan. huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... saya memerlukan hiburan. dan pantai. huaaa. tetiba.


London, 2006

Banff, Canada, 2007

New York, US, 2007

Central Park horse ride, 2007






lihat semua gambar. ye semua. saya seorang yang berlagak. (tapi saya tak upload gambar-gambar ni dalam fb cop)


MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.




p/s : pokcik belayar dua minggu mulai besok. huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. dengan cuaca laut china selatan sekarang, saya mendoakan pokcik semoga selamat pergi dan selamat sampai kembali. amiiin. 1 december tu kena wajib sampai msia dah. pasai 2 tu ada date. hehehehehe.....


bubbye bubbye...










bai.





-adios-




Wednesday, 14 November 2012

as expected

phew... surgery is over... well, technically, not yet. not just i have another 2 oncalls, but i also have to extend (in the other word : repeat) my surgery rotation. sigh. life is hard.

down? yes. regret? not really. I've tried my best. i think i studied more in surgery compared to another rotation. just maybe this time, its not my luck. or maybe God wants me to study harder. maybe. who knows? you're gonna treat human's life right? so deal with it.

talking about the exam. from 9 stations, i managed to finish successfully 2 stations.  for the other 4 stations, i didn't have enough time to answer the question till the end(half answered and the bell rang kriiiiing, then berlalu ke station berikutnya dengan pasrah), and the other 3, i didn't really cover/know the cases. based on exam system, i still can pass surgery if i fail 3 stations. more than 3, repeat is the answer.

i admit i did not cover really well in all cases. since last week hari-hari balik ke rumah petang, then oncall, then post call. bila masa nak study pon taktau. sama jugak last night was my postcall day. memang penat smalam, study pon terumbang ambing. then how? am i too weak, too stupid or what? takpelah. dan memang takdir.

that is why i said its not my luck. i still can pass if i finish my 4 stations, well, let it be. dah lepas dah pon.

my junior yang fail jugak bbm me, mental breakdown. i said, relax. this is trial. deep inside, sape la tak rasa down. dah la kena repeat lagi sebulan. tapi takpe, kalau semua ada hikmah, terima je la, and learn the lesson. nothing can change anything. mungkin tak berkat jugak ye, pasal hari-hari dok maki groupmate. ye lah, dah penat, groupmate buat hal, sape tak hangin. tapi takpelah. sekali lagi. dah memang takdir.

slalu ingat jannah, Tuhan sayang, Tuhan sayang, Tuhan sayang. Tuhan taknak kamu jadi doktor nanti, asyik kena saman je. ingat tu, Tuhan sayang.


penutup tahun hijrah yang kurang baik tahun ini. tapi percayalah Allah adalah sebaik-baik perancang.  meh baca doa.







now its time to rest my mind. just let the past and learn for tomorrow. Allah knows the best. Have faith.







-adios-




Sunday, 11 November 2012

final week : the final

assalamualaikum. 

moving to final week tomorrow. the horror of all weeks. three final days. i repeat THREE. exam is on wednesday. but tomorrow still, i got oncall to be settled, and the most horror-est, lecturer yang lead morning report on tuesday morning, phew, seram.

i hate final week. few days before exam, these is what i feel. i cant think. i cant feel. i cant eat. i cant go anywhere and the most annoying feeling : i cant even sit properly. semua menda dah jadi tak kena. i hate exam. i hate final. 

tadi dah cakap phone ngan mak ayah. lega sket. tapi palpitation tetap berjalan. adui... apsal la exam kena jadi seram camni. huhu...

pokcik lak dah pi mancing agi. takbestnya, blom tau bila balik. esok? lusa? taktau la. hrmmm...




bai nak bajet study.




-adios-




Friday, 9 November 2012

#4 Travel Indonesia : Tips and tricks in Indonesia.

assalamualaikum. salam sejahtera. sekadar pengumuman. aku exam hari rabu woi. palpitation bermula sekarang. lup dup lup dup lup dup.

okay. disebabkan kakdilah mahu berangkat ke Bandung pada ahad ini, beliau meminta begitu banyak sekali tips ke Indonesia (especially Bandung) yang malas aku tuliskan dalam whatsapp lalu aku tuliskan di sini.

so... kite start now...

1. LCCT (ni kalau travel naik airasia, if naik mas, dah biasa kan korang semua)
  • sila sediakan passport, boarding pass(make sure dah web check-in) dan make sure berat bag semua dah dibeli masa tempahan tiket pesawat online.
  • datang awal ke lcct, 3 hours before flight. sebab kalau just nak drop baggage je pon, it takes time dan kena bersabar dengan some of them yang suka potong queue yang akhirnya membuatkan aku maki macam harom (tanya kak yaya kalau tak caya).
  • lepas check-in, boleh lepak2 dulu, then masuk dalam departure hall. biasa takde masalah untuk lepas imigresen dan security.
  • tunggu kat gate yang ditetapkan. bila gate tu bukak untuk boarding, biar je orang lain beratur dulu, then tengah2 tu, kita beratur then bila nak jalan menuju ke aircraft, sila lakukan pecutan maksimal sebab kalau naseb tak baik,  seat anda orang lain yang amek. especially flight to indonesia. take note. oh, jangan lupa tengok aircraft tu park kat bay berapa supaya tak tersalah naik flight.


2. In-flight
  • matikan telefon bimbit anda. wahaha. tips bengong. tapi jangan terkejut, flight pi indonesia ni, nak take-off pon slalu bunyi phone. pasrah jer la.
  • kalau lapar, beli makanan. kalau nak souvenir, pon jugak, beli je la.


3. Landing at the airport (indonesia airport)
  • usually, aircraft belum sempat park, orang-orang sini dah berdiri sebok nak kuar, sekali lagi, pasrah je la. jangan maki, sebab tambah dosa.
  • untuk lepas dari imigresen, tak susah, as long as ada return tiket, tunjuk je. kalau pegawai tanya nak wat apa datang, cakap je "saya nak cuti". depa paham je bahasa melayu pasai bandung and jakarta tu ramai orang msia datang. kalau depa tak paham, cakap camni, "liburan dong pakkk, nyantei2"...
  • masa nak amek bag, haa, ni kena jaga2, sila ambil sendiri trolley untuk letak bag. kalau ada orang offer atau tetiba datang bawak trolley, senggol-senggol anda, buat bodo je, tetap amek trolley dan tunggu bag kita. sebab orang-orang tu bekerja untuk bawak bag, and kita kena bayar sampai la ke kereta.
  • make sure amek transport yang memang diyakini sepenuhnya. contoh kalau kat airport surabaya, depa ada taxi and travel airport nama KAHA. ni memang selamat 100%. tempat-tempat lain, aku tak pasti.


4. Around the place
  • safety : jaga passport dan bag anda. diulangi, JAGA elok2. since banyak case especially tourist in Bandung and Jakarta,yang hilang passport and duit (penah ada yang dekat RM 5000 hilang sebab bag kena toreh). so sekali lagi diulangi JAGA bag anda. bagi yang lelaki, dilarang simpan wallet dalam pocket seluar bahagian belakang. sangat berbahaya.
  • shopping : ketika mahu shopping, jangan la buat kerek dok speaking english bajet cam kita ni tourist sangat. kalau boleh, speak bahasa melayu baku pon okay (bahasa baku kita somehow sama ngan bahasa orang-orang sumatera cakap). kalau mahu tawar menawar, bagi je harga yang paling rendah dan logik yang boleh fikir, jangan buat macam kita nak sangat barang tu. kalau misalnya kita takde intention nak beli, jangan la sibuk nak bertanya dan tawar-menawar harga sebab kadang-kadang ada yang jenis sampai lubang cacing die kejar korang paksa soh beli. the best tips : kalau ada translator atau someone yang boleh berbahasa indonesia dengan baik, lagi senang. pandai bahasa jawa, lagi senang dan tak kena tipu, especially bahasa jawa kasar sebab orang pulau jawa yang paling power adalah yang boleh berbahasa jawa kasar. kui3. kot la. ni member aku kata.
  • transport : untuk transport around tempat yang dikunjungi, sebaiknya korang dah plan skali dengan tour and travel untuk mengelakkan ditipu oleh teksi-teksi tempatan. pengalaman selama 2 kali ke bandung, taxi depa suck. seriously. surabaya is much better than other places in indonesia if part taxi-taxi ni. tak caya, tanya la ayah aku. haha.
  • money exchange : sebolehnya tukar la duit dulu kat msia, walaupun agak rugi. nak tukar kat sini pon okay, tapi cari money changer yang bleh dipercayai dan rate tinggi. rate sekarang Rp 3050 = RM 1. so nanti kalau confuse nak kira harga barang ke apa, harga barang yang berjuta-juta tu, bahagi je dengan 3050, then dapat la amount dalam ringgit. 
  • factory outlet : since di bandung especially, ada banyak gila factory outlet, sila cari dan usha semua factory outlet (kalau boleh), before beli. kat bandung, factory outlet terletak di Jalan Dago. so sepanjang jalan tu, kiri dan kanan, banyak gila factory outlet yang boleh dikunjungi. benda yang tak best adalah, tempat tu outdoor, and kedai dia sebijik-sebijik. so you gotta wear something flat on your feet or else, kaki anda merana. and outdoor tu bukan macam kat JPO ke apa, outdoor depa tu, tengah-tengah jalan, ada kereta semua. ha ha ha. and before beli, check dulu, harga and kualiti barang. somehow, barang factory outlet depa takde la factory outlet sangat, ada jugak yang ciplak punya barang, tapi harga mahal. so again, tengok la rasionaliti kualiti, harga dan kuantiti before beli.
  • kain-kain etc : yang ni aku tak reti nak bagi tips sangat. kalau kat surabaya, senang pasai aku dah tau kedai apa yang okay and kedai apa yang cekik darah. kalau kat tempat-tempat lain, aku takleh bagi komen sangat. yang pasti, kain lace murah! haha. ok serious. yang pasti, pandai-pandai la tawar-menawar dan tengok kualiti dan harga. the last time aku pi bandung, member aku pegi tempat depa jual-jual kain tu (lupa nama), member aku kata harga jauh lagi mahal dari tempat yang aku selalu pi kat surabaya. apetah lagi kalau depa tau kita malaysia, wassalam. harapan lah nak harga murah-murah.
  • makan : haaaaa. part makan-makan ni no hal sangat kat indonesia. make sure jangan masuk kedai yang ada babi sudah. contoh : sate babi Halim. hahaha... abglim jual sate babi. kui3. takde. jaga-jaga bila makan kat food court as usually food court depa main campur je jual babi ke tak jual babi ke. so, better amek kedai makan yang betul-betul kedai makan, and make sure takde jual babi or pakai minyak babi. untuk makanan tepi jalan (terutama kalau anda tengah lapar ketika shopping di jalan dago), kalau perut anda belum terbiasa dengan makanan-makanan tepi jalan, sila jangan beli. kalau perut anda macam perut kami yang dah terimmune dengan makanan-makanan sini, takde masalah. paling teruk pon sakit perut 2 kali buang, settle. tapi kalau cam baru-baru datang sini, 10 kali buang sehari! HAHA...
  • simcard : untuk memudahkan anda, activekanlah roaming anda sejak dari msia untuk kemudahan tanpa batas. hahaha... kalau takleh roaming, or rasa roaming tu mahal, boleh beli simcard dekat sini. kalau bleh, jangan beli kat airport. harga mahal, tapi kredit takde. beli la simcard dekat tepi-tepi jalan ke dalam mall ke, murah sket. yang aku recommend : axis. axis ni call msia murah, and untuk pakej internet dan blackberry, jauh lagi murah dari service provider lain. biasa kalau beli simcard baru kat sini, standard harga Rp 10,000 dengan isi kredit kat dalam around 3-5k. jangan tanya kenapa, sbb aku pon taktau. if beli simcard baru, lepas beli, tanya kredit ada brape kat dalam,  terus pasang dan check kredit, betul ke tak, kalau tak cukup, maksudnya penipu la tu. demand je soh tambah kredit tu. lepas dah activate, tambah jer kredit. biasa 20-30k dah cukup untuk duduk 3,4 hari kat sini. oh ye, kalau nak beli kredit, ckp "sy nak beli pulsa". Pulsa = kredit. and usually depa jual kredit tak sama dengan harga kredit sebenar. contoh, nak kredit 10k, depa akan charge 12k. tu memang macam tu sistem depa kat sini.
  • solat dan waktu : waktu kat sini around 4am camtu dah subuh, and around 5.45pm dah maghrib. untuk surau, dont worry, almost every tempat ada surau, korang just tanya je. bereh.


5. Going back
  • datang awal ke airport. i repeat AWAL!!! jalan kat indonesia ni sangatlah jem wa cakap sama lu. bandung and jakarta especially. super duper jem. jauh lagi parah dari KL. seriously.
  • again, sila make sure tiket semua dah sedia, passport, barang-barang dah pack dengan baik, dan baggage pon dah dibeli (kalau travel dengan airasia).
  • santai, lepak dan relax je lepas drop baggage semua. if nak shopping kat airport pon no hal kalau nak habiskan duit (ni ayah slalu buat).
  • masuk flight dan bertolak balik lah. sayonara!


6. Emergency
  • bawa duit lebih, paling tak, kad atm yang bleh digunakan worldwide. atleast time emergency senang nak kuarkan duit.
  • bawak ubat diarrhea! haha... incase kena serangan sakit perut.
  • untuk info kedutaan malaysia di jakarta, klik sini.


7. Enjoy and have fun!



8. Untuk tips kentut secara diam
  • tanya pada yang pakar : ayah, pokkeng dan daddy syah.




sekian dari bilik berita. ada soalan, tanya kat komen.






-adios-

Tuesday, 6 November 2012

Homesick

A day before I went back to surabaya, aku tido petang kat rumah, depan tv, mak tengah tengok crite hindustan zaman dahulu. Tau la kan sound lagu crite dulu2 camne kan. Aku bangun dari tido petang tu, bangun dengan perasaan massive homesickness. Padahal masa tu dah kat rumah, mak pon kat sebelah. Tapi still rasa macam tu. Mungkin sebab berfikir, esoknya dah nak balik surabaya.

Bayangkan hari ni, aku terlelap sebelum keluar pi spital untuk oncall. 30 minit nap, dan aku boleh mimpi hospital environment, dan nap 30 minit tu yang sepatutnya menghilangkan lelah, akhirnya menambahkan lagi rasa lelah, sebab dalam mimpi tu, aku sedang berkerja. Dan ketika itulah, perasaan homesick datang bertubi-tubi. Benci gila feeling tu. Buat duduk tak senang.

Sekarang aku duduk kat cafe ER 4th floor. Ambil makanan yang disediakan untuk doktor dan doktor muda. Bukak makanan, lauk telur masin, tempe, kuah lodeh dan keropok. Ambil keropok, kembali tutup kotak makanan. Order air oren, hirup. Now, rasa nausea. Bila tengok lauk makanan menyedihkan, lagi la bertambah-tambah rasa homesick.

Esok ada discussion dengan prof PR. The greatest TCV surgeon in Indonesia. Esok juga ada discussion dengan sorang lagi specialist. Tetiba plak mintak untuk buat one case report untuk discussion. Satu group hari ni semua jaga. Entah sempat siap atau tidak. Haish.

Apa nak jadi, jadi la. Serahkan kat Allah.

Sekarang tengah merenung ER dari tingkat atas tempat OT. Full House. Sampai tak cukup tempat, depa apar tilam. Fuh. First time tgk ER full camni.


Bai.



-adios-




Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

Sunday, 4 November 2012

week 6

week 6 is over. moving to week 7 tomorrow. Thorax and Cardiovascular Surgery. semoga okay2 sahaja.


hrmmm. november already. cepat gila tahun ni berlalu. mungkin sebab sepanjang tahun ni aku stuck dalam rotation lab-lab besar sejak dari 1 January. fuhhh. penat. sabar jannah, sket je lagi. you can do it!!!




bai.





-adios-




Tuesday, 30 October 2012

#18 : Music Exception : Be Alright - Justin Bieber



Be Alright - Justin Bieber


Across the ocean, across the sea,
Starting to forget the way you look at me now
Over the mountains, across the sky,
Need to see your face, I need to look in your eyes

Through the storm and through the clouds
Bumps on the road and upside down now
I know it's hard, babe, to sleep at night
Don't you worry
'cause everything's gonna be alright, ai-ai-ai-aight
Be alright, ai-ai-ai-aight

Through the sorrow, and the fights,
Don't you worry
'cause everything's gonna be alright, ai-ai-ai-aight
Be alright, ai-ai-ai-aight

All alone, in my room
Waiting for your phone call to come soon
And for you, oh, I would walk a thousand miles,
To be in your arms, holding my heart

Oh I,
Oh I,
I love you
And everything's gonna be alright, ai-ai-ai-aight
Be alright, ai-ai-ai-aight

Through the long nights
And the bright lights
Don't you worry
'cause everything's gonna be alright, ai-ai-ai-aight
Be alright, ai-ai-ai-aight

You know that I care for you
I'll always be there for you
I promise I will stay right here, yeah

I know that you want me too,
Baby we can make it through anything
'Cause everything's gonna be alright, ai-ai-ai-aight
Be alright, ai-ai-ai-aight

Through the sorrow, and the fights,
Don't you worry
'cause everything's gonna be alright, ai-ai-ai-aight
Be alright, ai-ai-ai-aight

Through the sorrow, and the fights,
Don't you worry
Everything's gonna be alright






-adios-




Sunday, 28 October 2012

Krohzzz

Moving to week 6 tomorrow. Deng! 16 days to surgery final exam. Gue bakalan mampus deh.
-__-"


Well, talking about week 6, aku akan masuk Pediatric Surgery.

I remember back then when I was in my fourth semester, I really impress with this one specialist from Pediatric Surgery. Kagum sangat!

But now.....


Segala harapan hancur musnah. Wahaha.


Hoi, main-main!

I hate surgery. I hate pediatric. And I hate Pediatric Surgery. Haha.

Not really. Takde. Actually, now, aku macam ada this kind of love-hate relationship tau.

I love both pediatric and surgery, somehow senang masuk otak dua-dua subject ni.

TETAPI...

I really hate what it does to my life. Busy shiot. Dan aku seorang yang pemalas.




Entry tamat tanpa sebarang konklusi.













-adios-


Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

Miss my zing

Pokcik : erm, apa tajuk pasni?
Aku : tajuk apa?
Pokcik : tajuk post baru
Aku : wedding
Pokcik : apsal tak buat tajuk "miss my zing"
Aku : macam la slalu baca pon tulis blog camtu
Pokcik : ape plak slalu je baca...





kui3. Baru tau ada secret admirer baca blog. Muahahaha. Okay bai perasan gila.





P/s :
1. I do miss my zing + my monkeys too. Kui3.
2. Pokcik soh update entry ni. haha.



-adios-




Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

Wedding

Fuyyyooo!

No, no, its not that I'm getting married or something. Its just... looking at how eager some people think about wedding makes me wondering, do they think about marriage too?

God, thinking about marriage does make me erm... Seram sejuk. Ha ha ha.

Gila kau blaja tak habes lagi cam erk, tersedak tekak mak oi fikir pasal wedding wedding wedding. Jap, fikir wedding leh tahan. Fikir marriage? Fail. Haha.

Apsal aku tulis ni?



Sebab aku rasa kelakar dengan sesuatu. dan hanya kami sahaja yang paham. HAHA.


Bak kata Fun, member aku, "spender pon mak bapak beli lagi, takyah berangan la ko nak kawen"


Baik Fun, baik.



Tido dulu.



-adios-




Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

Saturday, 27 October 2012

week 5 : selamat hari raya aidiladha

assalamualaikum!

phew. week 5 is not officially over yet, with one oncall left, on sunday morning. on the other hand, i got a day off tomorrow. yeay!

hari raya aidiladha tahun ini dirayakan sekali lagi, untuk keempat kalinya di bumi surabaya, dan insyaAllah ini adalah raya terakhir aku kat sini. amiiin. tak berubah seperti tahun sebelumnya, malam raya, aku kena kerja. kalau last year malam raya aku oncall kat ER ENT, this year kat surgery ward. nothing much except i got a big fight with my oncall's partner due to dia datang lambat 3 jam hokeng!!! sape tak angin. sabar jannah sabar, sket je lagi.

apparently, "sabar jannah sabar, sket je lagi" dah jadi the most favorite line yang aku slalu tweet recently. sebab semakin nak habis belajar, semakin banyak dugaan datang. ya Allah, sabarkan hati, tabahkanlah hatiku menghadapi semua ini. huhu.

malam semalam masa oncall kat ward, takde apa sangat pon, sempat jugak dok berwhatsapp dengan geng-geng dekat untuk celebrate raya skali sebab PKPMICS (surabaya malaysian society) buat majlis malam. so, disebabkan itu, kiteorg pon plan untuk sambut sesama geng je untuk pagi raya tu.

abih je morning report pagi tadi, aku balik rumah, tengok si aizi (housemate sementara), dah siap masak meehun, and tengah wat adunan kuih cara. aku balik-balik je, sembang sat ngan aizi, then tertido dalam setengah jam, baru mandi then siap-siap pakai baju raya. then pagi tadi kami pon beraya la sesama kami. antara juadah yang disediakan adalah, meehun goreng, kuih cara, ketupat nasi, lemang, rendang instant, papadom, nasi minyak, ayam masak merah, hati masak kicap, dan air bandung. and none of them were prepared by me. hahahaha... alhamdulillah, rezeki pagi raya.

sambil-sambil makan tu, buat keluar laptop, then pasang lagu raya. hahaha... beraya di perantauan lah sangat kan. tapi sangat enjoy, sebab this is the last time kiteorang celebrate raya together. pasni balik for good, semua dah hidup sendiri-sendiri... wuwuu...

now jom layan gambar. he he he...



melepak didalam bilik sementara budak-budak laki smayang jumaat

menu aidiladha


kuih cara home made by aizi


pisang family patient bagi di malam raya


monkeys at home@Halaman Dhuha, mak whatsapp... huhu...


kena kutuk ngan pokcik sehari sebelum raya...



gambar poyo :  Selamat Hari Raya AidilAdha dari saya yang di perantauan... :)









tamat...










-adios-














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...