Nursing


Tuesday, 13 December 2011

Bandung Games 2011

assalamualaikum dan salam satu malaysia.


haha. poyo. okay start.

takde. aku bukannya nak tulis apa sangat. tapi banyak benda yang aku rasa agak menyesal pi BG2011 ni. merepek. mengarut. dan mencarutkan. itulah 3 kata yang dapat disimpulkan dari keseluruhan acara yang dikatakan "berprestij" ini.

Kontinjen Surabaya sebahagian sudah sampai ke Bandung pada pagi Jumaat manakala yang lainnya(termasuk aku) menyusul sampai di Bandung pada hari Sabtu pagi, sekitar jam 7 pagi. Perjalanan menaiki kereta api Surabaya-Bandung mengambil masa sekitar 14-16 jam. Kami menunggu pengangkutan yang membawa kami ke tempat penginapan sekitar 30 - 45 minit. Sampainya di tempat penginapan, kami disuruh untuk cepat kerana permainan sudah hampir bermula pada ketika itu. Kami juga disuruh mengganti pakaian sukan apabila sudah sampai di tempat lapangan futsal. Kami segera menaiki bas kerana sukarelawan dari Bandung yang sudah berada di dalam bas dari jauh memberi isyarat dan menyuruh kami cepat menaiki bas. Lucunya, bas hanya bergerak 15 minit setelah kami naik, dan ajaibnya, tiada siapa yang naik atau turun dari bas itu. Lebih aneh, kenapa kami disuruh cepat sedangkan kami membuang masa 15 minit(yang boleh digunakan untuk mengganti pakaian) didalam bas HANYA untuk menunggu bas bergerak. Any logical reason?

SATU JAM perjalanan menaiki bas, AKHIRNYA kami tiba di lapangan futsal. Perasaan cuak menyelubungi setiap pemain tiba-tiba bertukar menjadi perasaan "apekah?" apabila melihat lapangan futsal. satu perkataan. MENGECEWAKAN. perjalanan satu jam untuk mendapat lapangan seperti ini?  hrm. Ukuraz saiz lapangan futsal hanya tidak sampai 3/4 dari ukuran saiz lapangan futsal biasa dan sesungguhnya, tempat itu amat sangat menyedihkan. Berbaloikah untuk perjalanan satu jam tadi? 

Setelah mengganti pakaian, kami bertanya kepada panatia, adakah kami boleh melakukan pemanasan badan terlebih dahulu oleh kerana kontinjen lain ada yang sudah memulakan permainan. Panatia memberi respon positif. Setelah perlawanan Bali menentang Medan, kami masuk ke lapangan untuk proses pemanasan, yang diberi masa 10 MINIT. Baru sahaja warming up tidak sampai 5 minit, pengadil masuk ke lapangan menerangkan peraturan permainan dan permainan dimulakan. Sempat kami protes kami belum selesai melakukan pemanasan, tetapi hanya dilayan acuh tidak acuh oleh pengadil, dan kami memulakan permainan, dalam keadaan TIDAK BERSEDIA sama sekali dan hasilnya, hancur.

Setelah selesai semuanya, kami melihat perlawanan antara kontinjen-kontinjen yang lain. Lucu, ada yang tersungkur dek kerana tersadung garisan tepi lapangan yang sudah koyak rabak. Sampai saat ini, masih tidak dapat kami fikirkan, kenapa dalam banyak-banyak lapangan futsal di Bandung, tempat itu juga yang dipilih.

Cerita futsal perempuan tamat di sini. Sepanjang acara BG2011 berlangsung, banyak lagi "keajaiban" lain berlaku. Yang lebih aneh, mengapa semua "keajaiban ini berpihak pada pihak kontinjen Bandung itu sendiri akhirnya? Ini bukan persoalan yang dibangkitkan oleh kontinjen kami semata, tetapi juga oleh kontinjen-kontinjen lainnya.

1. Berbalik kepada cerita futsal tadi. Lelah otak memikirkan, apa RASIONALnya dipilih lapangan futsal yang mengambil masa perjalanan kira-kira satu jam sedangkan lapangan itu tidaklah seperti yang diharapkan dan lebih menyedihkan, tidak sesuai dengan saiz lapangan futsal sebenar. Adakah kerana futsal perempuan, maka lapangan dikecilkan? dan kenapa lapangan futsal tahun sebelumnya mengikut ukuran biasa? Persoalan lagi, mengapa peringkat saringan untuk futsal perempuan, hanya diberikan masa 5 minit untuk first half, 3 minit rest dan 5 minit lagi untuk second half. Total waktu permainan 10 minit sahaja, adakah kerana kami perempuan? kami tidak mengharapkan permainan yang lama kerana kami bukanlah hebat seperti kaum lelaki bermain, tapi fikirkanlah bagi kontinjen yang membawa pemain lokal bersama, dari jauh datang dengan membayar sendiri, dan hasilnya adalah untuk bermain perlawanan 10 minit. Jika anda di tempat kami, apa yang anda rasakan?

2. Cerita volley perempuan. saya kurang faham perselisihan yang berlaku, tetapi apa yang saya faham peraturan diubah sesuka hati dan tidak sesuai dengan hasil perbincangan. Lebih menyedihkan, apabila ditegur, ada panatia yang menjawab kurang lebih begini bunyinya(lupa pula ayat sebenarnya bagaimana. haha) "Kami tidak boleh terima jika anda menyalahkan kami". 

3. Cerita pingpong. Apa yang saya faham masalah ini berlanjutan sehingga ke pihak atasan. Dari apa yang saya faham kontinjen Bandung seharusnya dikeluarkan kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan. Mereka membawa masuk lebih 30 persen dari pemain lokal yang dibenarkan. Tetapi masalah ini menjadi besar kerana mereka tidak mahu beralah dan melibatkan pihak panatia atasan. Yang lebih memalukan, mengapa perbincangan harus 3,4 kali dilakukan baru mencapai kata sepakat, dan mengapa kata sepakat akhirnya sering diubah-ubah? Apa gunanya syarat dan peraturan yang berlaku di dalam BG2011? Dan adakah ianya boleh diubah sesuka hati mengikut yang boleh disesuaikan dengan kontinjen pihak panatia? Apa yang lebih ajaib di sini (tidak dapat dibuktikan kesahihannya.haha), ada panatia atasan merupakan pemain pingpong dari kontinjen Bandung. Adakah kerana itu, peraturan boleh diubah sesuka hati?

4. Pihak pengurusan atasan seharusnya tidak pilih kasih. Jika anda berada dalam satu organisasi PUSAT, sila berlaku lebih adil dan tidak memihak kepada kontinjen anda semata-mata.

5. Bukanlah satu perkara mengejutkan atau menghairankan jika kontinjen tuan rumah yang berjaya memenangi juara keseluruhan. Hanya beberapa kontinjen yang menghantar wakil untuk semua permainan sedangkan kontinjen lain menghantar wakil untuk beberapa permainan sahaja kerana masalah kurang mahasiswa. Persoalan lagi, apa rasionalnya permainan yang begitu banyak jika yang boleh turut serta bertanding SEMUA atau MAJORITI permainan hanyalah dari beberapa kontinjen?

6. Masalah masa. Timing perlawanan pada tahun ini agak berserabut jika dibandingkan dengan tahun lalu. Banyak perlawanan yang akhirnya jauh lebih lambat dari waktu yang ditetapkan seperti di dalam jadual.



Sekian sahaja persoalan-persoalan yang bermain di benak minda. Anda boleh menyokong atau tidak apa yang ditulis di sini tetapi kajilah semula bagaimana pengurusan BG2011 tahun ini. Dan diharapkan BG akan datang lebih baik dari BG yang sebelumnya dan yang lebih penting, janganlah jadikan Bandung Games HANYA untuk BANDUNG. Majoriti semua permainan yang dimenangi hanya kerana jumlah mereka yang jauh lebih besar dari kontinjen-kontinjen yang lain.



Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara.





-adios-




2 comments:

  1. hok ni lawan sesama student malaysia ke ada indonesian gak?
    14-16 jam? perghh lama gila. boleh sampai england tu..

    ReplyDelete
  2. dibuka kuota 30persen untuk indonesia..tapi besa la..bandung suka main tipu..malang pon.hahhaha

    ReplyDelete

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...