Nursing


Thursday, 8 September 2011

thinking

im thinking of going back home for few days more since my so-called-world-class-university announced that my yudisium will be on 19 September. i dont know what to think. should i curse or what? aku dah balik sini semula baru nak bagitau start 19. what the duck mannnn???

tapi maybe ada hikmah la. sebab aku boleh settlekan daftar and bayaran untuk sem ni and settlekan document untuk yudisium nanti.

currently aku dalam state tekanan perasaan dan jiwa. hua3. tengok la entry aku before this, emosi tak stabil. sama la macam sekarang. mereng separuh sat.

tadi alang-alang aku kuar pi tukar duit kat mall, sempat la aku jalan. macam besa, aku lone ranger pi mall sorang2. member smua tak balik agi. abeh aku nak buat ape agi? aku pi jam 11 pagi. ingat nak pi layan movie. haram panggung belum bukak. pastu aku pi tukar duit. pastu aku dok pikir nak buat ape lagi kat mall ni. biasa aku boring ke apa ke aku buzz somebody, tapi somebody tu dah takdak. pastu tetiba saiko dok sedih sorang2 last2 aku bla pi kampus, bayar yuran.

sampai kampus dah settle bayar, aku beli makan tgh hari. takdak mood aih nak makan dgn emosi camni. nak jumpe member yang ada, dieorang exam la pulak. last2 aku beli nasi bungkus, makan sorang2 sambil tgk nora elena. makan nasi tak habeh pon. sumpah takdak mood, tapi kena makan gak. kalau badan masuk angin dengan mood mcm ni, aku rasa end up aku kat spital gak. wad sakit jiwa kot. hua3.

lepas tgk nora elena, aku dah taktau nak buat apa. pastu tangan gatai pi tekan blog somebody tu dan tengok facebook die lagi dan lagi dan lagi. tapi yang ada just ucapan takziah. hrmmm.

aku sambung tgk nora elena balik. tapi tak habes lagi. reserve untuk tgk nanti2 plak. lepas tu aku pi main keyboard. sebab bosan. ape nak jadi ntah, buat satu lagu pon boleh dah dok tersedu seko2. lagu almost lover tu aku dah record lama. aku janji nak kasi kat somebody tu sbb nak soh die komen psal lagu tu. die tahu main piano, so boleh la jadi judger. tapi aku busy gila kat rumah, last2 tak sempat nak bagi die dengar, die pergi dulu. hrmmm.

skarang aku tgh pikir nak balik kalau betol la 19 september tu baru yudisium. hang gila nak dok kat sini tak buat apa2 last2 boleh jadi mereng tau tak?

sorry la aku banyak merepek kat sini. orang yang aku selalu repekkan satu dah bla dengan hala tuju life dia sebab kekangan family, yang satu lagi dah pergi buat selama-lamanya. aku takdak la emosi sangat walaupun aku memang emosi tapi gitu la. hidup ni bukan pasai aku sorang ja. mak bapak family kawan-kawan punya la ramai kena amek kira tapi sorang bestfriend yang betul2 tau life kita kena la ada gak sorang. tapi takpa, ni dugaan sekarang. tu la, last week aku dah pesan kat diri sendiri, jangan dok bergelak tawa ngat aih sambut raya, nanti next week sedih. ha amek hang sedih gila dah ni.

ni aku tengah try tahan mata. taknak tido petang. aku tau sangat la aku ni kalau tido petang time2 homesick camni, memang teruk jadi. malam aku takleh tidoq. pastu pas bangun tido petang tu mesti nangeih ja non stop. nak kata aku apa pon kata la. hidup aku kat sini bukan macam kat msia. aku dok sorang2 kat sini. bukan aku takdak kawan, tapi susah nak cari housemate berkualiti macam kak Ahlam tu. aku taknak la dok ngan member aku last2 gadoh pasai rumah. tak elok. aku dah penah gaduh skali ngan ex housemate yang namanya dirahsiakan and aku rasa cukup la kot skali cari gaduh.

sumpah wei, aku homesick gila. pasai tu aku tulis entry ni panjang lebar. malam ni aku ingat nak naek basikal amek angin. masalahnnya basikal takdak angin. takpa nnti aku tanya makcik sebelah ada pam ke tak. untung makcik sebelah ni baik hati and banyak cakap. huhu.

semalam sampai2 je rumah dari airport, aku masuk je rumah, sebak sorang2. ni petanda homesick yang berlebihan. terus aku msg member aku nak beli topup internet. alhamdulillah, dapat topup. untung la ada internet. kredit aku tak banyak, nak sms mak ayah aku, rasanya sekelip mata dah habes. untung ada facebook, ada group family. terhibur gak tgk kakak abang adik aku dok merepek. skali ngan mak ayah aku skali. terubat rindu. hua3.

kenapa aku tulis entry panjang lebar ni? aku tau la kakak2 abang2 mak aku baca blog ni. tapi lantak la. nak tulis gak. aku rindu dieowwwaannng..wuaaaaaaaaaaaaaa. takpe lah. kalau aku tak jadi balik pon, aku akan balik dalam masa setahun lebih dari sekarang. dan itu adalah FOR GOOD!!! insyaAllah. aku sangat tak sabar. tapi kena jugaklah. bukan senang nak jadi senang. so susah la sementara diberi kesempatan untuk bersusah payah. aku rasa once dah dapat jadual full clinic, haha, aku nak buat countdown brape bulan lagi nak balik. semoga masa berputar dengan cepat. for now, ni lah motivasi aku untuk tidak terus sedih. hua3.

meanwhile, aku mencari orang nak buat suami. sape berminat? haha. takde. ini statement kontroversi. saje je. abang aku nak kawen tetibe aku rasa excited gak. tapi tu lah. takdak jodoh agi. harap-harap dipermudahkan lah segalanya. hua3

dah banyak sangat aku mencarut di bulan syawal yang mulia ini. haish, macam2 la anak dr latiff ni. ape nak jadi?

saya nak jadi doktor, cikgu. sobsob.

okay bai nak pi mandi and siap2 pi surau depan umah. naseb la surau betul2 5 langkah dari pintu umah. alhamdulillah, Allah bagi peluang nak soh aku tambah pahala. kenapa menolak?

okay kalau nak pahala banyak toksah bising2. bai.



"Whatever you would like to accompany you in the Hereafter, plant it today, and whatever you hate to accompany you in the Hereafter, then abandon it today."
[Salman b. Dinar — Sifatus-Safwah, vol. 2, p. 166]






-adios-





1 comment:

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...