Nursing


Tuesday, 9 August 2011

Sahur sahur!

Hai. Hari ni aku sahur ngan kawan-kawan - Eva, Shikin and Fun. Aku masak Nasi Minyak + Ayam Masak Merah + Ikan Sardin. Sahur tadi disertai Air Milo Panas. Saja je ajak dieorang sahur skali sebab stok ayam banyak. Disebabkan aku nak balik Msia agak lama, so baik aku habeskan bekalan ayam sebelum ianya membusuk.

Kenapa sahur, dan bukan berbuka?
Aku still ulang alik dan kadang-kadang tidur di tempat KKN @ community service. So memang tak sempat masak untuk berbuka. Biasa beli je untuk berbuka. Tapi sahur aku memang masak selagi aku ada kat rumah.

Nanti tengah hari aku bertolak pi tempat community service aku balik, dan menginap untuk terakhir kalinya di sana. Berbuka dan bersahur juga untuk terakhir kali di sana. Besok pagi balik rumah balik dan petangnya berbuka dengan kawan-kawan di Malioboro. Katanya Ayam masak Telur Masin kat sana sedap. Ntah lah. Besok baru nak try. Will update about it later once dah kat sana and maybe with picture.

Lusa tengah hari dah boleh bertolak balik ke Msia. SUB-KUL flight jam 1205 kot. Aku pon lupa. Haha. Nanti jumpa ayah dekat airport dan akan tidur di rumah julpa dan jahya. Hooray! Jumaat petang balik TGG satu flight dengan mak, ayah dan abangkim. Dah lama rasanya tak travel ngan dieorang. Excited jugak.

Okay bai nak sambung tido sbb ngantuk.



-adios-


Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...