Nursing


Thursday, 25 August 2011

4. Empat. Four. Arba'ah

hai.

hari ni 25 August 2011. 6 hari lambat post ini ditulis. wakaka. aku busy aa. jadi nanny. hihi. berbalik kepada tajuk seperti yang diatas. 19 August 2011. Tarikh bersejarah. wakaka. takde la sejarah sangat. tapi sejarah la jugak. argh. kecoh.

ok. pada 19 August 2011, saya telah pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Indonesia, lebih spesifik, Surabaya. so kira pada 19 August 2011 ni kira dah, err, 4 tahun kot aku kat sini... 4 tahun kat Surabaya, Alhamdulillah, boleh survive. walaupun banyak up and down, tapi takpa, at least aku belaja hidup berdikari. hihi.

dah 4 tahun kat sini maksudnya aku ada la dalam setahun lebih lagi camtu la nak habis. kira plus minus la. hopefully setahun lebih lagi camtu ak dah settle semua dengan sebaik-baiknya dan balik malaysia untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. cewwah. ayat takleh nak lagi poyo ka?

4 tahun kat sini jugak aku rasa Indonesian language aku dah bertambah OK. bukan bagus ye, OK. bahasa Jawa masih lagi menjadi epic fail terhebat abad ini. sebab orang surabaya punya bahasa jawa sangat pekat. so susah nak paham. baiklah. itu alasan. aku yang malas nak blaja sebenarnya. wakaka.

4 tahun kat sini total pemindahan rumah dah 2 kali. first time datang duduk rumah ngan senior selama 2 tahun. pastu pindah rumah dengan senior yang sama 2 tahun. now dah pindah ke rumah yang ketiga duduk sorang2 sebab senior itu sudah pulang for good. rindu beliau walaupun kadang2 kami saling merasa annoyed antara satu sama lain. wakakaka.

4 tahun kat sini jugak aku bersyukur dipermudahkan hidup. Alhamdulillah. semoga tahun mendatang baik-baik saja.

4 tahun kat sini aku pon dah takdak idea nak tulis apa. so bai bai.



-adios-




No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...