Nursing


Sunday, 10 July 2011

poli-tikus

hai. aku di surabaya balik setelah cuti seminggu. cuti yang busy. hihi

aku balik semalam. sampai malam semalam. penat macam hampeh. kepala pening. hidung berair. mata berair. pakej terbaik.

takdak ape pon aku nak tulis. just esok start bakti siswa. semoga okay-okay sahaja.

semalam bersih. hampeh haktuih. motif merepek. orang Islam zaman sekarang mudah diperalatkan bak kat Dr. M.

for aku korang nak bersih ke kotor ke, lantak korang la. tapi gaduh2 siap facebook blog segala macam haramjadah. pastu start judge parti-parti politik. yang ni kutuk yang tu yang tu kutuk yang ni. bahasa toksah cerita la. yang pakai kopiah, songkok, coat, tudung, purdah semua, bahasa memang terbaek. mana ntah pegi pelajaran Pendidikan Islam yang belajar dari darjah 1 sampai tingkatan 5 tu. semua nak cari gadoh. nak judge sesama manusia. ni lah susah bila manusia nak jalankan tugas Allah. Allah yang berhak judge manusia. bukan korang. so better jalankan tugas anda sebagai hamba dulu sebelum jalankan tugas Allah.

for aku jugak, semua parti politik ade pro and kontras. ada baik buruk. kerajaan macam ni, pembangkang macam tu.tapi depa semua ni ego. semua nak raih pengundi. semua tak peduli apa jadi, janji depa dapat apa depa nak. ni yang susah. toleransi takdak. kerjasama takdak. last2 jadi hampeh camni. semua bermasalah. semua pening. semua ego. kerajaan pon ade hampeh. pembangkang pon ade hampeh. orang-orang neutral pon sama hampeh. last2 baik semua kembali ke jalan Allah. berdoa yang terbaik, usaha ke arah keamanan bukan sahaja untuk agama, negara, dan dunia, tapi yang paling penting, keamanan dan ketenteraman individu itu sendiri. kalau takdak kenteteraman individu, semua pon maen caci maki last2 nothing, zero, nihil yang berpekdah yang anda dapat. 

insaf la wahai rakyat msia, Islam terutamanya. dunia akhir zaman, Islam gaduh sesama Islam, keamanan tergugat, tak lama lagi siapa tahu kiamat. sempat ke bertaubat kalau still kucar-kacir macam ni?

hidup tak lama, live life to the fullest. bersyukur dengan segala nikmat. Allah bagi macam-macam untuk kita bersyukur. kalau semua tak reti nak bersyukur, sampai masa Allah tarik nikmat, baru tau nak bertaubat. kan, tetiba aku dah bukak tazkirah hari ahad. bukan apa, cuma muak dengan orang-orang zaman sekarang. tak salah memperjuangkan Islam, tapi janganlah sampai menggadaikan maruah Islam.

ape kata semua buang ego, bergabung bersama, mantapkan Islam, mantapkan pemerintahan. dari bukak mulut yang kerja mencaci dan menghina, meng-binatangkan manusia dan lain-lain. wonderpets ade ajar, ape yang penting? KERJASAMA!. sampai berkali-kali wonderpets cakap macam tu. mesti ade sebab. kartun pon pandai berkerjasama, pemimpin-pemimpin plak? haram! semua nak cari gadoh. semua perasan masing-masing bagus. ego melangit. malu je kat itik yang pakai aviator scarf dalam wonderpets tu. 

saja sebagai makluman. singapura jauh maju ke depan sebab tak de parti opposition. mereka berkerjasama dalam satu parti. kita sedap-sedap dok kapir kapir kan orang singapura, orang-orang kapir ni la yang guna ajaran Islam untuk maju, tolerate, kerjasama semua ada. orang Islam sendiri? tepuk dada tanya selera.



p/s : tulisan aku pandangan aku dari otak pikiran aku. you can have your own thought(s). i respect yours, and hope you can respect mine.


-adios-

No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...