Nursing


Thursday, 16 June 2011

kisah seekor tikus derhaka

     Pada suatu hari, di sebuah kampung di tengah-tengah kesibukan bandar kedua terbesar di Indonesia, ada seekor tikus yang lagaknya habis macho, idaman setiap tikus betina. Untuk menunjukkan kemachoan beliau lagi, beliau bercadang untuk keluar secara senyap-senyap(sneakout), tanpa pengetahuan ibubapanya. Sudah dipesan oleh ibubapanya, jangan bermain di luar rumah pada malam hari, nanti buruk akibatnya. Tapi apa yang terkesan di hati sang anak? Tiada. Lalu pada malam tadi, si tikus itu pun keluarlah, mencari sedikit hiburan, untuk menggembirakan jiwa mudanya.

     Asalnya, tikus itu cuma mau bermain-main di sekitar tong sampah di bahagian dapur. Biasalah, di rumah mana-mana pun tong sampah adalah tempat kegemaran si tikus dan rakan-rakannya bermain. Tetapi, pada malam itu, tikus itu mahu mengeksplorasi tempat permainan baru, maka masuklah ia ke dalam sebuah bilik yang gelap. "Wow, enak juga disini ye. Bau pun harum, tak macam tempat aku selalu main tu", getus hati kecil si tikus. Lalu bermainlah ia di dalam bilik gelap itu walaupun tidak mempunyai idea sama sekali apakah sebenarnya tempat itu.

    Sedang rancak bermain sendirian, tiba-tiba, "Hoooo mak kau terbalik aku", latah si tikus. Splassshhh!!! Bunyi air tersasar mengikut Prinsip Achimedes pun berbunyi. Si tikus masih keliru dimana beliau sedang berada. Dicubanya untuk naik ke permukaan tapi tidak berjaya, licin mungkin. Setelah beberapa ketika mencuba untuk keluar dari tempat tersebut tetapi tidak berjaya lalu si tikus membuat keputusan untuk tidak lagi mencuba. Habis tenaga sahaja yang difikirkannya. Si tikus bercadang untuk menunggu sahaja hari siang supaya paling tidak, dia tahu dia di mana.

     Setelah terbit fajar, teman seperjuangan si ayam berkokok, lalu matahari pun keluar, menunjukkan taring sinarnya yang keterlampauan sehingga bisa menerangi seluruh alam semesta. Pada ketika itu, si tikus tersedar, "Oh my God, apa yang sudah aku lakukan???", kata hati kecil si tikus, gusar dengan keadaannya. Si tikus menangis dan terus menangis, meratapi kesedihan hidupnya. Mengapa mahu diratapi sedangkan yang memulakan itu siapa? Si tikus tersedar dengan kesalahannya iaitu keluar secara diam-diam pada malam hari dan tidak memberitahu terlebih dahulu kepada ibubapanya. 

     Si tikus sedar bahawa dia telah derhaka terhadap kedua ibubapanya. Sekarang si tikus buntu, mencari jalan keluar. Dicubanya untuk memanjat, tapi tidak berjaya. "Hah, padan muka kau, siapa suruh mencari bahana?", kata si tikus sendirian. Ketika ini, tiada apa yang dapat dilakukan melainkan berdoa kepada si Pencipta. Kalau mencari kesenangan tapi akhir bahana yang datang, siapa dikau untuk menentukan takdir ilahi? Ajal dan maut di tangan Tuhan. Si tikus hanya mampu berserah.

    Pada ketika menunggu sisa-sisa hidupnya selesai, tiba-tiba si tikus mendengar bunyi tapak kaki. "Ah, tidak mungkin papa dan mama berjalan, bagaimana bisa?", getus hati kecil si tikus. Semakin lama bunyi itu semakin mendekati. "AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!! bodoh bodoh bodoh", tiba-tiba suara itu berbunyi. Suara seorang manusia yang lagaknya seperti beruk yang sedang terkejut. Rupa-rupanya manusia itu ingin mandi, malangnya beliau terlihat sebuah objek yang tidak begitu aneh kelihatannya di dalam tab ataupun kolah mandi. Lalu manusia itu bertempiaran lari keluar dari bilik air itu dan tidak jadi mandi.

   "Jahanam kau tikus, kecil-kecil taknak pergi sekolah, bila besar menyusahkan aku!", maki si manusia. Si tikus hanya mendengar, tidak mampu berkata apa-apa. Merayulah sekuat apapun, kini yang tinggal hanyalah masa bertaubat, sebelum pergi menghadap Ilahi. Manakan mungkin manusia mahu menolong si tikus itu. Berani bermain, beranilah terima padahnya!

    Akhirnya, manusia tadi tidak jadi mandi, dan disini beliau, mengarang kisah hidup si tikus yang derhaka sambil menunggu pembantu rumahnnya datang untuk menamatkan riwayat tikus itu, lalu membersihkan kolah mandi itu. Kepada si tikus, bertaubatlah, masa anda cuma sekejap saja lagi dan ketika anda mati nanti, Rest In Peace.



p/s : cerita tikus adalah fiksyen. cerita manusia adalah cerita benar. tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.



-adios-


No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...