Nursing


Wednesday, 8 June 2011

keppok dan bihun goreng


hai! hari ni aku decide untuk membuat pesta keropok lekor atau singkatan ganungnya keppok. tapi takde la pesta pon, just ayah aku bawak 3 bungkus keppok tu so aku pon bagi la sikit member2 aku rasa. sungguh baik aku ini, semoga mendapat berkat. hihi...

ini adalah pesta keppok yang kedua selepas pertama diadakan di rumah yang sama pada..... mungkin kira-kira setahun lebih yang dulu. dulu pesta keppok semata, so sekarang aku rasa macam bosan la makan keppok saja mane kenyang kan. so aku decide untuk memasak bihun goreng...

berbekalkan perencah nasi goreng segera adabi yang dibawakan khas dari malaysia, ye nasi goreng punye perencah, bukan bihun ye, maka menggoreng lah aku bihun tu dengan menambahkan fishball, udang kering, belacan, hotdog dan carrot ke dalam bihun tersebut. walaupun bihun goreng very the simple sebab takde bawang pon sebenarnya, perencah semata (very the malas u knowww?), tapi rasanya tetap ummppphhh, lazat rasanya, mantaaap enaknya!

lepas tu kawan-kawan aku seperti fun, teah, adnin, imran, bah dan oki telah datang, maka, aku menggoreng lah keppok kerana keppok sedap dimakan panas-panas. fun sangat best sebab beliau bawak cordial air oren yang begitu sedap sekali. maka, setelah segalanya dihidangkan, semua makan dengan best sekali walaupun bihun goreng aku tu versi very the malas. but who care anyway??? janji leh makan.hahaha...

selepas itu, kami bersembang sambil menonton tv yang hampir rosak. selepas itu, aku kembali menggoreng keppok untuk dibungkus kepada kawan kami yang merupakan pasangan suami isteri iaitu sya dan pali kerana mereka tersasar tidur petang, dah isya baru bangun dan terlepas peluang ke pesta keppok terhebat abad ini. selepas itu kami kembali bersembang. setelah semua dehidrated kerana terlalu banyak bercakap(sembang lebeyyyh), maka mereka pon pulang ke rumah masing-masing.

itu sahaja kisah keppok dan bihun goreng aku. untuk melihat gambar, sila scroll ke bawah. sekian berita, roger and out.




bihun yang dah tinggal separuh, keppok didalam periuk nasi dan lada keppok didalam mangkuk 



sungguh klasik gambar ini...itu dia imran, adnin, bah, oki dan teah.manakala fun sedang menggunakan internet ku didalam bilik...




-adios-

1 comment:

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...