Nursing


Sunday, 12 June 2011

Ganung vs Kelate

So ganung menang piala FA, 2-1 lawan kelate. Aku tak tengok match pon leh tau. Kecoh satu fb. T___T.

1. Lagi-lagi mercun + laser. Taktau la retardasi mental ke ape tapi ape hal la korang main mercun dalam stadium. Bro, cam kanak-kanak terencat la main mercun dalam stadium. Kanak-kanak normal pon tau cari mana tempat yang sesuai nak main mercun. Dah, pi balik kampung sana! Penyokong-penyokong hampeh macam ni la yang buat malu Msia. Aish, pi main jauh2.

2. Bila kelate kalah macam-macam pulak tuduhan. Cakap game dah dibayar rasuah la, ape la, yang paling tak tahan, game dah kena jampi. Apekah??? Terima lah kekalahan sebab kekalahan itu lah yang akan membuatkan anda lebih hebat dari yang dulu. Ganung sokmo kalah dari dulu, tapi dari kalah itu la boleh tingkatkan usaha biar menang kan? So lepak je. Takyah nak stress sangat, kang nanti end up masuk psychiatry ward.

3. Aku bukannya suka sangat bola. Takde keje nak tengok match2 bola ni. Bosan. Tapi bila match2 yang dah final ni aku suka tengok. Sebab banyak ragam dan biasanya ada ummpph. Yang menang akan dengan ragam excitednya, dan yang kalah pasti dengan ragam kecewanya, sambil menuding jari ke orang lain. Tak kiralah pape match pon, mesti macam tu.

4. Ganung dapat satu gol free sebab kelate jaring gol. Terima kasih lah kasi gol free. Tapi kanak-kanak mane ntah kat fb siap boleh buat page "kami suka daudsu jaring gol sendiri". Ada jugak orang yang buat page "kami sedih daudsu jaring gol sendiri". Lepas tu komen-komen dalam tu toksah cakap la. Bahasanya sungguh sopan lemah gemalai sekali, pijak kutu pon tak mati. Wei, lepak je la. Takyah nak emo lebih-lebih kat mamat tu. Dah takdir malam ni die TERjaring gol tu, terima jelah. Takyah emo-emo. Kesian die, tak pasal-pasal tak boleh tido malam.

5. Khairul fahmi ape cer? Takde plak orang nak salahkan die. Eh, ke die tak main? Ntah. Aku tak tengok pon. Baca update dalam fb je pon. Haha. Tapi kalau die main, apehal bro bolos 2 gol? Dah jangkit Zizan ke, "bolos sajaaaa dinding itu!!!". Kesian jejari runcing, tak pepasal kena jawab persoalan kenapa khairul fahmi bolos saja dinding itewww.

6. Lepak je dol, tak payah nak emo-emo segala. Match je pon. Dalam dunia ni, semua dijadikan berpasangan. Dunia atau akhirat, lelaki atau perempuan, busuk atau wangi, hidup atau mati, KALAH atau MENANG. So takyah nak drama sangat emo-emo semua. Satlagi esok lusa lupa gak. Buang karen je korang emo-emo.

7. Sudah-sudah. Pi tido sana. Tak perlu nak merempit pasal menang ke kalah ke. Kesian doctor2 yang oncall kat spital hari ni, takleh tido pasal banyak case. Haish.


Okay bai aku ngantuk.


-adios-


Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...