Nursing


Friday, 17 June 2011

community service = bakti sooooo-sial

hai. hari ni baru keluar list nama untuk bakti sooooo-sial untuk bulan julai nanti. BS ini akan berjalan selama satu bulan, yakni 4 minggu. Alhamdulillah, tempat BS tu aku dapat dalam Surabaya je. Meaning that takde la dapat jauh-jauh yang masuk kampung rumah takde elektrik, nak masuk kawasan kena naik lori, line phone totally takde. So, sangat bersyukur bila dapat area Surabaya ni. Lagi best boleh pi sana ulang-alik tiap-tiap hari. Lagi best lagi ade bemo @ angkutan kota yang pi sana jugak. Lagi besttt lagi kalau ade member Indonesian baik hati nak tumpangkan naek kereta mereka, duit minyak tong-tong la aku tak kisah, janji kesenangan bersama.

Btw, aku dah google map tadi. Tempat tu around 20-30 minit je if naek kereta and around 50-75 minit lah kalau naek bemo. Alhamdulillah lagi sekali, takde la susah nak pikir ape-ape kan. Dan semoga saja kawan-kawan satu group dari fakulti-fakulti lain semua baik-baik dan tak skema sangat. Pening lah dealing ngan orang skema-skema ni. Rasa nak hantuk kepala kat dinding.

Aku jugak mintak tolong semua yang membaca ini mendoakan supaya takde kuliah ataupun exam before pergi bakti sosial ni sebab aku dah ada plan lain. Korang boleh amiiin kan je ape yang korang baca, kalau rajin leh tolong buat solat sunat hajat skali, boleh doakan sekali dengan aku punye final exam and yudisium nanti. Thanks a lot ;)

For now, kena focus final exam this two weeks. Kalau taknak shortsem this sem, kena betul-betul score, or else, aku akan berpuasa kat sini lama this year. Taknak! Aku mesti balik puasa kat Msia sampai raya. Mesti! Pasti! Wajib! *sekadar monolog dalaman.



Partner aku dari fakulti yang sama tu aku tak kenal sape die. Budak junior. Semoga saja dia ada kereta. Huhu.






-adios-

No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...