Nursing


Friday, 27 May 2011

horayyyy!!!

hola!

aku baru habes post test clerkship pediatric.Alhamdulillah tak sia2 banyak baca cases walaupun ada salah paham sket pastu lepas post test baru tau bahawa aku salah paham dalam pembacaan.dammmmnn.tapi takpe,still alhamdulillah pasai tak fully blur tadi.haha.

semalam aku dapat berita yang boleh menyebabkan aku menampar diri sendiri.next week hari khamis dan jumaat cuti rupenya...sepatutnya cuti hari khamis je,tapi disebabkan kerajaan dieorg bagi cuti jugak hari jumaat tu,maka bercutilah aku...cuti?4 hari???hujung minggu?yeay!boleh balik msia!tak pon pi Bali!!!!!hoooraaaayyyy!!!!!

................................................


excited state lalu tiba-tiba jatuh ke depression state...kerana dari last week lagi ayah sudah membeli tiket untuk datang ke surabaya pada hari jumaat itu...tidakkah aku merasa bengang dengan keadaan itu?ya,aku bengang sehingga tidak terkata.diberitahu ayah, tidakkah ayah ingin menukar tiket ke tarikh yang lain?ayah kata ayah takde masa lain dah nak pi sini pasai busy...lalu aku hanya mampu pasrah.....ingin rasanya memaki hamun kenapa dieorang baru bagitau bahawa jumaat itu cuti,(dalam kalendar patutnya khamis je cuti), namun bila memikirkan ayah dan adik yang mahu datang,aku jadi tersengih kambing kembali.

tetapi sebelum menempuh saat-saat manis bercuti itu,terjadilah satu berita yang kurang enak.memandangkan next week aku masuk bahagian Neuro selama seminggu(sepatutnya),maka,haruslah ada post test,dan ujian post test neuro adalah LISAN a.k.a ORAL.semua orang tau aku BENCI GILA ujian ORAL sebab akan menyebabkan aku takikardi,palpitasi,akral pucat dingin basah dan lain-lain tanda shock.dan apa yang menarik,ujian post test neuro diawalkan,iaitu pada hari RABU!!!hoooraaaaay!sila jangan pengsan lagi...

nak ditambahkan ape lagi yang best???hari Ahad ni still ade oncall pediatric pada siang hari.besok pagi maen futsal.malam ni ade program santapan rohani.isnin dan selasa kuliah dan visit patient satu hari full.sungguh gembira rasanya kerana aku mempunyai begitu banyak sekali masa untuk membaca dan menghafal semua pemeriksaan dan teori2 neuro...sekarang aku boleh pengsan.baibai......




p/s : ade satu post menarik untuk dibaca...sila click sini...dan sila baca sampai habis.










-adios-

No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...