Nursing


Thursday, 7 December 2017

Girl Crush

Assalamualaikum,

Ok nak cerita pasal girl crush. Aku ni sejenis yang suka benar tengok orang lawa. Maksud lawa di sini adalah tengok dia beratus juta kali pun tak rasa boring dan position apa pun muka dia orang candid tetap nampak lawa.

Gila takde kerja aku post pasal ni. Jarang yang amat aku buat entry pasal retis. Haha.

Anyway, top 5 persons yang aku ada girl crush on (later aku buka laptop aku masuk gambar skali) :

1. Song Hye Kyo - Beliau ni memang dalam hierarki tertinggi la. Girl crush since aku form 2 lepas tengok cerita Autumn in My Heart. Lepas tu Hotelier, Full House and latest adalah Descendant of The Sun. OMG feeling sangat cerita DOTS tu! Askar kahwin dengan doktor la katakan. Haha. Dia ni lawa gila walaupun kalau google ada la sikit-sikit die buat plastic surgery, tapi tengok muka dia masa kecik pun actually tak berubah mana. Tetap comel and lawa gila cenggitu. Beliau ni juga baru berkahwin dengan Song pemende ntah (tak minat pasal jambu sangat haha), yang juga hero cerita DOTS tu.

2. Syafiqah Aina - Beliau ni baru kahwin. Viral dengan kisah romantik yang super membazir bagi aku (lantak korang ler asal korang bahagia). Namun, wajahnya itu tak pernah bosan aku tengok. Kalau scroll gambar IG husband dia, ada gambar masa dia belum jadi model segala lagi, tetap lawa dan comel. Tapi dari pemerhatian aku, dia memang baiki gigi sket, and eyebrow of course. Nevertheless, dia memang cantik takleh nak cakap apa.

3. Fazura - Beliau baru nikah dengan si Fattah Amin(OMG, why so many girls minat sangat mamat tu, tobat bukan taste aku walaupun dia and family dia aku suka - eh kisah pulak kau pasal family dia kwang kwang kwang). Anyway, bakat Fazura berlakon memang tak boleh dinafikan. Seawal penglibatan dia dalam industri seni negara aku dah follow. Masa aku tingkatan/darjah berapa ntah dia pernah jadi pengacara rancangan kanak-kanak english kat TV2. Pastu dia berlakon filem pemende ntah, Bicara Hati ke apa, kuar interview dalam Wanita Hari Ini. Masa tu semua macam siapakah makhluk ini. Tapi aku rasa nama dia kaw-kaw naik masa filem Gol & Gincu kot? Apa-apa pun dia ni berlakon memang superb macam real dan muka dia tak pernah bosan tengok, walaupun nyanyiannya haruuuu seperti nyanyian suaminya.

4. Dian Sastrowodoyo - Siapa yang tengok Ada Apa Dengan Cinta memang kenal sangat la dengan watak Cinta ni. Gila dia ni memang lawa gila walaupun masa dalam filem AADC 1 tu agak-agak berkarat sikit pasal ye la jadi budak sekolah kan. Tapi tetap comel gila. Ni dah jadi mak-mak pun still lawa. Berlakon pun tiptop. 5 tahun lebih aku kat Indonesia tak pernah dengar sangat gosip liar pasal dia. Well behave and sekali lagi, gila cun dia ni. Agaknya hari hari telan jamu, tak pun telan STMJ. Wakakaka.

5. Norjuma - Beliau ni dahulunya adalah pengacara Nona. Pernah berkahwin dengan seorang ternama dan menubuhkan brand tudung bawal Aidijuma, yang mana masih meletop sehingga ke hari ini. Muka dia memang tak boring tengok. Walaupun lepas beranak anak first viral gambar dia tembam gilos. Tembam-tembam dia pun now dah kurus noksss. Aku jugak masih begini. Wakakaka. Nanti tengok la gambar dia masa kahwin ya Rabbi apa jenis comel la ini orang.



Sekian sahaja lalutan malam hari. Berjumpa lagi kita di lain hari.


-adios-

Sent from android

Wednesday, 6 December 2017

28th and alive

Assalamualaikum,

2 December 2017 marks my 28th birthday. Alhamdulillah still breathing, for now. No cake, no gift this year as we headed to JB last weekend for my birthday trip hihu.

Anyway, thanks everyone for the wish. May Allah bless all of you.


Till then, toodles!

-adios-
Sent from android

Tuesday, 5 December 2017

#2 Product Review : Philips Steam Generator Iron GC 7808

Assalamualaikum,

Hello allz. Gila last buat product review punya lah lama, itu pun pasal shampoo Lakme tu which I haven't used for years since dah jumpa shampoo yang betul-betul best. Nanti ada masa aku up pasal tu. Anyway, I got a new toy at home. Aku pernah bagitau before this both aku husband and wife sangat tak suka gosok baju. Haha. Basuh okay, jemur okay, lipat okay tapi bila sampai part gosok, memang gila malas. Sampai sebakul baju yang dah dilipat dibiar tak bergosok. Kena cari mood dulu baru la pulun gosok perabih. Haha.

So now, that problem kinda solve! Haha. Thanks to Philips and whoever invented the steam generator technology. Definitely my life saviour!

I've been eyeing on that thing since last year, but since we're expecting another child at that time, so I keep my intention until I delivered. I've surveying a lot too, to make sure I buy the right one, and without breaking my pocket too much. So, last two weeks I saw a post from this one instagram that sell things pre order from the UK. Long story short, I saw this one model, it said it's a new 2017's model, the compact one. My preferences are simple, it must be value for money, NO temperature setting required and does NOT have any cartridge to change. I started to compare this model with the viral Philips Iron which collaborate with Amway, GC 8625. I simplified in the table below.

Ok now you see the differences. The specifications are ALMOST the same as AMWAY-PHILIPS, but you can get it for the lower price(almost half price)! Memang sangat-sangat berbaloi. I've tried the 9-series which has the most powerful specification but it doesn't much different pun. Creases are removed easily using both. Easy Clean and Smart Clean are two different things but both are easy to use not like the other lower specs of Philips steam generator iron which you need to change the cartridge. Ouh and, I don't need to buy the new ironing board too since this is compact series so the normal and strong one will do. So, I think this time I made the right choice. Hehe. Anyway, you can buy this on LAZADA and if you have any discount coupon, the price definitely can goes as low as RM 600++ or lower who knows?


And the most thing I love about this iron is,


THE COLOUR!!!!!

How gorgeous!!!





 Till then, bubbye!




-adios-

Friday, 1 December 2017

Salam Maulidurrasul

Assalamualaikum,

Esok cuti yeehaa! Anyway, saja nak tulis. Tadi ada kawan share pasal cerita Bilal bin Rabah kembali ke Madinah setelah kewafatan Rasulullah SAW dan laungkan azan. Tengah-tengah laungan tu dia tak mampu nak teruskan sebab terlalu rindu kat Rasulullah SAW.

Bila baca tetiba dia ada datang satu perasaan ni. Yes, perasaan rindu kat Nabi. Sangat magic perasaan tu. Rindu pada orang yang kita tak pernah jumpa langsung, cuma dengar cerita dan baca kisahnya sahaja. Tapi Allah Maha Besar. Diberikan kita rasa rindu tu pada kita supaya kita ingat, dan kita yakin akan segala kejadian yang Dia dah jadikan. Allahuakbar. Sungguh magic.

Semoga satu hari nanti kat akhirat kita semua dapat bersua muka dengan Nabi Muhammad SAW. Mesti best gila. Tapi dengan syarat kena banyak buat amal kebaikan dulu. Always need to improve myself and struggle and striving for Jannah so that one day I can have all I want including this super dream of mine, to meet Rasulullah SAW.

Anyway, sempena maulud ni, mari banyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.

Salam Maulidurrasul dari Anna, Joey, Zaheen & Nadzmin.


-adios-

Sent from android

Tuesday, 21 November 2017

Zaheen Yang Sweet

Assalamualaikum,

So nak dijadikan cerita, this week aku berada dalam fasa bendera Jepun tengah naik. Zaheen plak kebetulan ternampak masa tengah "bocor". Siang tadi dia dengan muka curious datang tanya

Z :  "Mommy, kenapa? Kenapa?"
M : Kenapa apa?
Z : Mommy darah...
M : Iye...
Z : Mommy darah... Mommy akittt... (Dengan muka concern gila)
Cerita habis kat situ lepas aku pi big hug dia terharu punya pasal concern nya dia kat Mommy.

Malam ni pun situasi sama, tapi ayatnya lain.

Z : Mommy, mommy darah...
M : Iye Zaheen, mommy darah...
Z : Sayaaaaaang mommy
M : Aik, sayang Mommy?
Z : Ha, sayaaaaaang Mommy. Mommy, Mommy sakit kat ane? Sakit ane?
M : Sakit kat bawah ni...
Z : Sayaaaaaannnggg Mommy..
*Kemudian berlalu pergi sambil bebel
Z : Daddy buat Mommy.....
D : Eh apa pulak Daddy, Daddy duduk diam-diam je sini. Zaheen la buat...
Z : *sambung bebel* Daddy buat....


Comelnya anakku. Mula-mula dok pikir ingatkan dia cakap "Kesian mommy". Turn out bila pikir balik everytime Zaheen terhantuk ke jatuh ke and nangis kuat, mesti aku pujuk and cakap kat dia Zaheen sakit kat mana? Sape buat? Dan ayat last aku mesti, Sikit je ni, sayaaaaang Zaheen. And now turn dia pulak cakap camtu kat Mommy. So sweeeettttt.

Betullah anak-anak ni tengok cara kita bercakap and apa kita buat, then dia akan ikut. Contoh lain : Zaheen sekarang suka cubit aku sebabnya aku selalu cubit dia kalau dia naughty sangat wuaaaaaaaaaa.


-adios-
Sent from android
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...